Ada yang mencari resepi nasi impit? Nasi impit sering dihidangkan sewaktu hari raya untuk dimakan bersama kuah lodeh, kuah kacang, rendang, soto dan sebagainya. Namun bagi penggemar nasi impit, pasti sering memakannya tanpa mengira waktu. Ada juga yang makannya untuk menggantikan nasi.
Tahukah anda, resepi nasi impit sangat mudah untuk dicuba dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Bahan tersebut pula adalah bahan asas yang semestinya ada di setiap rumah. Bukan sahaja mudah, malah kita dapat membuatnya mengikut kuantiti atau kadar yang kita mahukan.
Walaupun mudah, kadangkala ada yang membuatnya dengan tidak menjadi iaitu nasi impit terlalu rapuh, lembik dan ada juga yang cepat basi. Nak resepi dan tips nasi impit yang sedap, pejal dan lambat basi? Jom kita pelajarinya!
Kami menyediakan dua resepi nasi impit berlainan iaitu resepi nasi impit paket dan nasi impit yang di simpan di dalam bekas. Pilihlah resepi mengikut kemahuan anda.
Sabariah Bahasar telah berkongsikan resepi nasi impit di dalam paket. Ramai yang menyukai nasi impit di dalam paket kerana boleh mengambilnya atau memotong nasi impit mengikut kuantiti yang diinginkan dengan mudah. Jika anda salah seorang darinya, ikuti resepi ini.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam plastik dan staplekan tepinya.
2. Cucuk-cucukkan plastik tersebut dengan garpu.
3. Rendamkan plastik beras tadi selama 20 minit.
4. Panaskan periuk berisi daun pandan dan garam.
5. Apabila mendidih, masukkan plastik tadi.
6. Biarkan atas api sederhana selama 1 ½ jam. Kemudian tambahkan air jika perlu.
7. Apabila sudah masak, basuh nasi impit di bawah air paip untuk hilangkan lendir supaya tahan lama.
8. Sejukkan nasi impit.
Resepi nasi impit ini pula telah dikongsikan oleh Nadira Naser di laman Facebooknya. Beliau menggunakan lima bahan sahaja dan menyimpannya di dalam bekas makanan untuk mendapatkan lebih banyak dan besar saiz nasi impitnya. Ini bahan-bahan dan cara memasaknya.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Cuci beras dengan bersih.
2. Masukkan air, daun pandan yang disimpul, sedikit garam dan minyak masak .
3. Masak nasi impit seperti masak nasi biasa. Selagi nasi belum kering, jangan di kacau.
4. Apabila nasi sudah masak dan betul-betul kering, baru dilenyek semasa nasi masih panas.
5.Alas bekas dengan daun pisang kemudian masukkan nasi yang siap dilenyek tadi.
6. Balut bagi kemas kemudian tindih dengan apa-apa barang yang berat supaya nasi impit menjadi cantik.
7. Simpan ke dalam peti sejuk jika mahu.
Kadangkala nasi impit yang dibuat tidak tahan lama dan cepat basi. Nasi impit instant juga akan cepat basi jika cara penyediaan dan cara penyimpanannya salah. Berikut merupakan beberapa tips agar nasi impit lebih tahan dengan lama.
1. Basuh beras dengan bersih sekurang-kurangnya tiga kali sebelum memasaknya.
2. Basuh atau rendamkan nasi impit yang dipaket dan masih panas di bawah air paip untuk hilangkan lendirnya.
3. Rebus nasi impit paket dengan lama sekurang-kurangnya dua jam.
4. Taburkan sedikit garam atau letak asam gelugur atau limau kasturi sewaktu merebus nasi impit paket.
5. Apabila nasi impit sudah siap dimasak, letakkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan ke dalam peti sejuk beku. Keluarkan kuantiti yang dikehendaki jika anda mahu makan.
Hanya satu tips untuk membuat nasi impit yang pejal dan padat iaitu menekannya atau melenyek hingga mampat. Setelah itu, tindihkan dengan benda yang berat.
Pasti lebih puas hati dapat mencuba resepi nasi impit setelah mengetahui tips-tips penting dalam pembikinannya. Hanya menggunakan beberapa bahan, nasi impit dapat dihasilkan mengikut kuantiti yang diinginkan.
Nak hasilkan nasi impit dengan lebih cepat? Jika anda mempunyai pressure cooker, anda dapat menghasilkan nasi impit dalam masa 20 minit sahaja. Selamat mencuba!
Sekiranya anda mencari resepi yang sesuai untuk dimakan bersama nasi impit, mungkin anda perlu cuba resepi enak seperti: