Ada yang mencari resepi mee kuning yang simple tapi sedap? Banyak resepi yang bakal kami kongsikan dan yang pasti memudahkan anda untuk memasak. Hasilnya juga pasti tidak akan menghampakan.
Sesetengah orang tidak menyukai mee kuning kerana kadangkala terasa pahit kapur pada mee kuning. Disini kami kongsikan dua tips untuk menghilangkan rasa pahit kapur pada mee:
1. Basuh mee kuning dengan air biasa. Masukkan mee ke dalam air panas bersama satu sudu garam. Didihkan sehingga menggelegak lalu tapis dan boleh masak seperti biasa.
2. Campurkan sesudu gula ke dalam air suam. Rendamkan mee kuning pada air tersebut selama 15 minit. Toskan dan boleh masak seperti biasa.
Dah tahu cara hilangkan rasa pahit kapur pada mee, bolehlah anda memasak dengan sedap. Jom tengok 10 resepi mee kuning yang boleh anda cuba.
Liza Saufi berkongsikan resepi mee goreng basah yang pasti menjadi. Resepi ini menggunakan 1 paket mee kuning sahaja. Sesuai untuk hidangan keluarga kecil.
1. Panaskan kuali lalu masukkan minyak.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk. Tunggu sehingga naik bau lalu masukkan cili boh. Tunggu mendidih atau pecah minyak.
3. Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram, ayam, sotong dan fish ball. Tunggu sehingga mendidih serta ayam masak.
4. Masukkan mee lalu gaul sebati. Boleh tambah air kalau kuah makin berkurang. Masukkan sawi, tomato dan cili besar.
5. Siap untuk dihidangkan.
Jika malas ke restoran mamak tetapi teringin untuk makan mee goreng mamak, apa kata anda cuba resepi ini di rumah. Namun resepi kali ini sedikit basah dan pedas. Buat penggemar makanan pedas, resepi dari Shahmlah JD ini pasti menepati citarasa anda.
1. Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik.
2. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan lain seperti udang, sotong mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.
5. Masak sampai pecah minyak.
6. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.
7. Sebaik sahaja mula mendidih, tambahkan telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.
8. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sedikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.
9. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak.
10. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.
11. Mee Goreng Mamak sedia untuk dihidangkan.
Ada penggemar mee jawa di sini? Tengok sahaja gambar sudah pasti ada yang terliur. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azie Kitchen di Facebook ini.
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan air dan kacau.
3. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
5. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.
Menu Thai ini memang unik dan sedap. Jika anda mencari resepi mee kuning yang luar biasa tetapi sedap, anda perlu cuba resepi ini. Menu ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak pedas. Ikuti resepi dari Noor Aziah Mohd Noor.
*buat telur dadar yang nipis untuk gulung mee
1. Mee digaul dengan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair.
2. Tumis bawang putih dan masukkan mee dan sedikit air, kacau dalam 2 minit lalu ketepikan dan gulung dengan telur dadar tadi.
1. Tumis bawang putih dan masukkan air biar mendidih.
2. Masukkan carrot dalam 2 minit, kemudian tambahkan sos tiram, nampla dan kicap cair.
3. Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan masukkan udang.
4. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
5. Kemudian pekatkan dengan bancuhan tepung jagung. Kalau nak tambahkan telur pun boleh.
6. Tuangkan kuah atas mee yang sudah di gulung tadi.
7. Siap.
Resepi mee kuning seterusnya ini pasti menjadi kegemaran ramai lebih-lebih lagi dimasak dengan tulang daging. Kuahnya yang pekat pasti membuatkan ramai bertambah. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ainul Mardhiah ini.
1. Tumis hirisan bawang, apabila sudah wangi, masukkan udang kering yang sudah dikisar.
2. Apabila sudah naik bau masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis sampai pecah minyak.
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air rebusan daging bersama daging dan tulang.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan ubi keledek dan kentang yang telah dikisar. Kemudian masukkan sos, perasakan dengan gula dan garam.
5. Kalau kuah kurang pekat, kisar 3 atau 4 biji kentang yang sudah dikupas kulit (tak payah rebus). Masukkan dalam kuah dan biarkan mendidih. Kuantiti kentang ikut atas pekat mana kuah yang kita nak.
6. Siap.
Rupa-rupanya memang mudah untuk membuat mee kari. Sesuai untuk mereka yang mencari resepi mee kuning paling simple tetapi sedap. Resepi yang dikongsikan ini bakal menghasilkan kuah yang pekat dan mantap.
Nota: Celur bahan di atas dan tos.
1. Hiris semua bahan untuk kuah.
2. Tumis bawang-bawang dan halia sampai garing.
3. Masukkan serbuk kari Babas dua peket kuning lalu kacau sekejap. Masukkan daun kari.
4. Masukkan ikan bilis dengan air rebusannya sekali. Biar naik minyak kemudian masukkan fishball dan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
5. Tuang 3 cawan air lalu tutup periuk tadi guna api paling perlahan dan biar mereneh. Apabila sudah nampak ayam elok empuk, masukkan garam dan perasa.
6. Masukkan juga tauhu lompong dan udang. Tambah santan 1 kotak 500ml. Biar mendidih.
7. Kalau nampak pekat boleh tambah air sedikit. Letak sedikit tomato dan biarkan sekejap. Apabila sudah siap, rasakan mengikut citarasa anda.
Sebut sahaja mee udang, pasti ramai yang terbayang mee udang di Kuala Sepetang. Namun untuk resepi kali ini, mee udang diolah mengikut resepi dari Penang. Jika ada yang tidak pernah mencubanya, ikuti resepi milik Anas Heshlee.
1. Kisar sebiji bawang besar, 5 atau 6 ulas bawang putih, 2 genggam lada kering, setengah keping belacan dan 2 genggam udang kering.
2. Tumis dalam minyak yang banyak. Terus masukkan garam dan ajinamoto. Apabila sudah garing, masukkan sedikit gula.
1. Sangai kulit udang dengan sedikit minyak.
2. Kisarkan kulit udang dan ambil patinya.
3. Tapis dan curah ke dalam periuk.
4. Kisar sengkuang setengah biji dan masuk ke dalam kuah tadi.
5. Tambah air dalam setengah periuk, garam, aji dan kiub ayam. Ceduk sambal tadi sesenduk lalu masukkan ke dalam kuah tadi. Kuah akan menjadi sedikit cair. Perasakan dengan garam.
Muliadi Ramli telah berkongsikan resepi Rojak Ayam resepi khas daripada Terengganu. Rasanya pasti berlainan dengan rojak mee atau rojak ayam yang popular di Penang.
1. ½ ekor ayam dipotong dua kemudian disapukan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan perasa.
2. Goreng ayam sehingga garing.
3. Apabila ayam siap digoreng, boleh dipotong kecil-kecil. Siap.
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan serai. Apabila sudah naik bau, masukkan cili kisar.
3. Tumis hingga pecah minyak dan kemudian masukkan bahan kisar halus.
4. Tumis lagi sampai pecah minyak dan apabila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi lalu kacau rata.
5. Masukkan nisan, air asam jawa dan tambahkan dua cawan air.
6. Renihkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat. Masukkan garam dan gula dan bahan perasa tutup api. Siap.
1. Kesemua bahan disatukan.
2. Masukkan air dan gaul rata. Ketepikan untuk 30 minit.
3. Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Apabila cucur sudah siap digoreng, bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.
Resepi ini pernah tular kerana mudah, enak dan lain daripada yang lain. Jika resepi mee kuning yang lain dijadikan menu utama atau makanan berat, lain pula resepi ini kerana dijadikan sebagai kudapan. Hanya menggunakan lima bahan, jom cuba resepi mudah mee maruku yang dikongsikan oleh Rhozaimah Md Noor.
1. Basuh mee dan toskan. Gunting-gunting sedikit supaya mee tidak terlalu panjang. Pastikan mee tidak melekat dan bergumpal.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng mee. Goreng bagi garing dan masukkan daun kari.
3. Angkat mee dan toskan daripada minyak.
4. Tunggu hingga sejuk, taburkan serbuk cili dan serbuk kari ikan. Siap!
Jika anda seorang penggemar mee berkuah, mee ladna antara resepi yang boleh anda cuba. Noordin Mat Desa berkongsikan resepi yang paling mudah dan sedap.
1. Panaskan periuk. Masukkan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan sayur bunga kubis, kailan, lobak merah dan cili padi lalu kacau sekejap.
4. Masukkan sos tiram dan air perahan limau.
5. Apabila air sudah mendidih, masukkan udang dan sotong.
6. Masukkan tepung jagung dan stok ayam, kacau sehingga pekat.
7. Hidangkan panas-panas.
1. Celur mee sekejap.
2. Gaul dan goreng mee dengan kicap pekat sekejap.
3. Tuangkan kuah yang masih panas di atas mee.
Memang sedap resepi mee kuning di atas. Ada yang boleh dijadikan menu utama dan ada yang boleh dijadikan kudap-kudapan. Yang pasti, rasanya memang memukau dan menyelerakan.
Sebelum memasak, pastikan anda mengikut tips untuk menghilangkan rasa pahit kapur pada mee agar mee lebih sedap. Selamat mencuba!
Nak lebih banyak resepi sedap dan mudah untuk disajikan buat keluarga atau tetamu? Ini antara resepi yang boleh anda cuba: