Selamat berakhir minggu semua..
Hari ini kami ingin berbagi resepi mango cheesecake, boleh anda makan untuk menemani akhir pekan anda, terutamanya anda-anda yang stay di rumah menghabiskan masa bersama keluarga. Untuk membuat akhir pekan anda semakin menarik, tidak ada salahnya anda mencuba resepi ini.
Para pencinta cheese mesti sangat menanti-nantikan resepi ini. Inilah dia resepi Mango Cheesecake yang sangat digilai. Rasa dan aroma khas daripada cheese dicampur mango sangat terasa di lidah. Olahan kek berbasis cheese ini akan meletup di mulut anda seawal gigitan pertama.
Tampilan kek ini sangat menarik, dengan warna kuning daripada mangga sangat membuat tergiur, selain dari lapar mata lapar perut pun dapat diatasi. Confirm anda terus mahu makan kek ini sampai habis.
Bentuknya yang menarik dan rasanya yang unik sangat disukai ramai dan telah mendapat perhatian orang ramai, sehingga mendapatkan perkongsian sebanyak 14.5K di facebook yang di unggah oleh Puan Shima. Sila praktikan resepi ini dan kongsikan kepada jiran-jiran anda mango cheesecake anda yang lazat.
1. Mula cairkan butter dan gaul dengan biskut marie yang sudah dihancurkan
2. Selepas itu masukkan ke dalam loyang springform sebagai base. (Saya pakai saiz 9).
3. Padatkan biskut ke dalam loyang. Tekan-tekan dan masukkan ke dalam freezer.
1. Masukkan 1½ sb gelatin ke dalam air suam. Biarkan larut.
2. Mula putar whipping cream sampai kental dan ketepikan.
3. Setelah itu pukul cream cheese dengan gula castor sampai berkrim, masokkan puree mangga separuh. Gaul.
4. Masokkan whipping cream ke dalam adunan cheese tadi. Gaul sebati pakai spatula.
5. Masokkan larutan gelatin tadi. Gaul sebati.
6. Adunan cheese tadi boleh dimasokkan ke dalam loyang yang sudah siap buat base biskut marie.
7. Simpan dalam freezer.
1. Larutkan 1 sb gelatin ke dalam 50 ml air suam.
2. Masukkan gelatin yang sudah larut tadi ke dalam puree mangga dan gaul sebati.
3. Masukkan ke dalam loyang.
4. Masukkan sampai habis. Boleh disimpan ke dalam freezer semalaman atau sehingga set.
Itu sahaja resepi kek mango cheesecake ini. Kek ini lagi sedap kalau dihidangkan sejuk. Sila cuba..
Selain resepi Kek Mango Cheese Cake yang sedap dan meleleh di lidah ini, kami juga menulis resepi lain pada artikel sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya