Kuih Boko Ubi Kayu merupakan kuih tradisional yang kini telah menjadi tular kembali di media sosial. Cara permbuatannya adalah dengan mengukus ubi kayu yang diparut berserta beberapa bahan dan dituangkan santan diatasnya. Rasanya amat lazat dan berlemak. Ianya juga amat sesuai untuk dimakan oleh sesiapa sahaja!

Kuih Boko Ubi Kayu juga mudah untuk disediakan. Oleh itu, resepi ini juga amat sesuai bagi sesiapa yang amatur. Jadi jom kita cuba!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Iffat Irdina dan telah mendapat banyak komen positif di media sosial.

Resepi Kuih Boko Ubi Kayu

resepi-boko-ubi-kayu

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan ubi kayu yang siap diparut (diperah buang air)
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 2 cawan air

Santan:

  • 1 cawan santan kotak
  • 1 cawan air
  • 2 sudu tepung beras
  • 1/2 sudu garam
  • Secubit gula

Cara – cara penyediaan:

Santan:

  1. Masak gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga mendidih.
  2. Tutup api dan masukkan ubi yang telah diparut.
  3. Masukkan ke dalam bekas kukus sehingga 20 minit dan sejukkan sekejap.

Kepala santan:

  1. Panaskan santan, air, tepung beras, garam dan gula.
  2. Panaskan dan kacau sehingga agak-agak pekat.
  3. Kemudian, tuangkan atas lapisan ubi yang telah dikukus.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .