Kuih Bakar Pandan merupakan kuih yang menjadi kegemaran ramai orang. Rasanya tidak terlalu manis tetapi menyelerakan dan lazat untuk dimakan. Cara pembuatannya juga mudah, jadi sesiapa yang baru berjinak dalam memasak bolehlah mencuba resepi ini.

Kuih Bakar Pandan juga mempunyai bahan yang mudah untuk didapati. Oleh itu, anda tidaklah perlu susah – susah mencari bahan – bahannya. Malahan, bahan ini boleh didapati di kedai runcit berdekatan dengan rumah anda.

Resepi ini dikongsikan oleh Rusuzaimi Ishak dan telah mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau. Jom kita lihat!

Resepi Kuih Bakar Pandan

resepi-kuih-bakar-pandan

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan kotak KARA dan 2 cawan air
  • 1 cawan air daun pandan (10 helai daun pandan diblend hancur dan ditapiskan)
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu besar majerin
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika perlu)
  • Sedikit bijan

Cara – cara penyediaannya:

  1. Sapu acuan dengan majerin.
  2. Panaskan oven 180 celcius selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
  3. Blender semua bahan supaya sebati dan tapiskan.
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapukan minyak dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Boleh juga bakar di atas api dahulu  selama 15 minit untuk  lebih singkat sebelum dimasukkan dalam oven.
  6.  Sejukkan, keluarkan daripada acuan dan potong.
  7. Sedia dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.