Resepi kali ini merupakan resepi tular yang sangat popular di Malaysia pada masa ini. Ianya adalah resepi kuah steamboat atau lebih dikenali dengan nama kuah oden. Ianya merupakan kuah yang rasanya masam – masam manis pedas serta dihidangkan bersama hidangan steamboat.
Kuah steamboat ini menggunakan beberapa rencah bagi mendapatkan rasa original seperti di Family Mart. Antara rencah yang digunakan adalah tomyam, sup siam dan asam pedas. Ia menghasilkan sebuah kombinasi rasa yang amat menarik! Cara pembuatannya tidaklah sukar untuk disediakan. Terdapat tiga langkah mudah yang pastinya boleh diikuti oleh sesiapa sahaja.
Selepas ini, bolehlah anda menyediakan sendiri kuah steamboat ini. Pastinya lebih jimat dan kebersihan juga terjamin. Resepi ini telah dikongsikan oleh Imani Az – Zahra dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat!
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!