Anda sukakan Kek Pandan? Sebelum ini hanya beli di luar? Ingin menyediakannya sendiri? Kali ini, kami bawakan khas kepada anda resepi Kek Pandan yang sangat fluffy dan menyelerakan.

Resepi ini mudah untuk disediakan dan dapat menghasilkan sebuah kek yang amat cantik teksturnya dan amat sedap untuk dimakan. Kek ini juga pastinya akan dapat menarik selera semua peringkat umur. Jadi, bolehlah anda hidangkan kepada keluarga dan tetamu!

Resepi Kek Pandan ini dikongsikan oleh Ben Safwan dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook.

Resepi Kek Pandan

kek pandan

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
  • 65g minyak jagung
  • 90g susu segar
  • 1 sudu makan pandan paste
  • 70g tepung naik sendiri

Bahan B:

  • 5 biji putih telur gred A
  • 70 gram gula halus

Cara – cara memasak:

Bahan A:

  1. Kacau telur sehingga sebati.
  2. Masukkan minyak jagung, susu bersama pandan pastedan kacau sehingga sebati.
  3. Ayakkan tepung dan kacau sehingga halus elok.
  4. Tambahkan baking powder dalam 1/2 sudu teh dan ayak sebati.

Bahan B:

  1. Masukkan semua putih telur kemudian kacaukan denga mixer sehingga berbuih
  2. Kemudian lajukan mixer dan letakkan gula sedikit demi sedikit. Naikkan kelajuan sehinggan terbentuk soft peak, kemudian hentikan.
  3. Masukkan dalam adunan tadi berperingkat. Kaup balik
  4. Gunakan loyang size 7 x 7 yang dialas dasar dia dengan baking paper.
  5. Bakar menggunakan teknik waterbath (isi air panas dalam dulang) 30 minit pertama, bakarkan pada suhu 160’C.
  6. Kemudian, buka ketuhar dan tutup permukaan atas dengan aluminium foil.
  7. Untuk elakkan dari hangit atau terlalu perang di atas, bakar 30 minit pada suhu 140’C.
kek pandan

image via Facebook

Resepi – resepi yang anda boleh cuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.