Apa menu makanan anda hari ini? bagaimana jika anda menmbuat salah satu masakan ala thai iaitu Ikan Tiga Rasa. hmm macam sedap tu. Serius memang sedap pun, apalagi kalau menggunakan ikan talapia yang besar. Satu ikan talapia besar boleh untuk mengisi perut sampai 5-6 orang.
Seperti namanya, ikan tiga rasa ini mempunyai rasa yang unik. Makanan ini memilik rasa pedas, manis dan masam. Hidangan ini sangat sesuai untuk menjamu selera keluarga anda. Tentu and bosan dengan masakan yang itu-itu sahaja, ikan goreng kunyit kalau tak ikan tepung. Ada kalanya anda haru menukar resepi harian anda.
Ditambah lagi, kalau makan ikan tiga rasa di restoran harganya untuk satu ikan besar tidak kurang dari RM 50-60, belum lagi pakai ini dan itu nya. Lebih anda memasak sendiri di rumah, boleh makan sepuas selera. Dan yang pastinya sangat jimat.
Di bawah ini ialah resepi ikan tiga rasa yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa di facebook. Sebetulnya untuk membuat ikan tiga rasa boleh menggunakan ikan jenis apapun, tak kisah. Namun dalam resepi ini menggunakan ikan talapia sebagai bahan utama. Sila mencubanya…
1. Goreng ikan sampai garing kedua-dua belah.
2. Pastikan minyak betul-betul panas.
3. Tumis bawang putih dan bawang yang sudah siap ditumbuk. Sampai naik bau.
4. Masukkan semua sos.
5. Masa ini boleh kalau tambah gula dan garam secukup rasa.
6. Jiruskan secawan air bagi sedikit berkuah.
7. Masukkan timun, nenas dan tomato.
8. Biar sekejap dalam 2-3 minit bagi lembut sikit.
9. Bila dah mendidih, boleh masukkan ikan yang sudah siap digoreng tadi.
Siap.
Selain resepi Ikan Talapia Tiga Rasa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..