Bila kita dengar tentang ikan bawal, mesti akan terbayang akan keunikan bentuk ikan dan keenakan rasanya. Ikan bawal ni kalau kita ke pasar kita akan lihat harganya memang agak mahal lagi-lagi untuk ikan bawal emas. Haa ikan bawal pun ada banyak jenis tau. Ada ikan bawal hitam, putih, emas dan cermin. Nak tahu perbezaan antara kesemuanya kena lah rajin pegi pasar atau google sahaja.

Yang paling orang suka adalah bawal putih dan bawal emas sebab rasanya memang sedap. Nak buat masakan jenis apa pun semuanya sedap-sedap belaka. Nak goreng biasa pun boleh, nak kari, gulai, sup, atau bakar pun sangat menyelerakan kesemuanya. Yelah kan, bila ikan sedap dan harganya pun boleh tahan, maka perut pun kenyang suka hati. Sekali sekala apa salahnya.

Biasanya yang paling mudah adalah ikan bawal goreng biasa. Letak garam kunyit dan goreng. Jika dimakan panas-panas sangat membangkitkan selera. Jika anda terlebih rajin, boleh lah buat lebih sikit contohnya masak pedas ker, tiga rasa ker atau sebagainya sebagai penambah perasa kepada ikan bawal yang dah siap digoreng tadi.

Kali ini kami ingin kongsikan satu resepi ikan bawal special yang telah disumbangkan oleh saudari Norsharmiza Ashikin di Facebook. Masakan ala-ala cina ini ialah ikan bawal goreng halia. Sangat baik untuk membuang angin dalam badan anda semua. Boleh try, confirm sedap!

Resepi Ikan Bawal Goreng Halia

Ikan bawal goreng halia

Image via Facebook

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal emas
Garam kunyit untuk goreng ikan
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Halia sebanyak mana yang suka
Cili padi sebanyak mana yang suka

Cara Penyediaan:

(1) Mayang halus bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi
(2) Kelar ikan dan lumurkan dengan garam kunyit.
(3) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat.
(4) Goreng halia sampai garing dan angkat.
(5) Tumis garing bawang besar, bawang putih dan cili padi. Angkat dan letak/tabur di atas ikan
(6) Last sekali, tabur halia goreng tadi. Biar nampak halia kat lapisan atas sekali.

Anda suka tak resepi best, sedap dan mudah camni? Haa kena lah selalu follow blog ini tau sebab banyak sangat resepi yang menarik yang kami kongsikan buat anda semua. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.