Resepi kali ini merupakan resepi yang sangat popular dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Resepi ini adalah resepi hati lembu masak pengantin. Seiring dengan namanya, resepi ini selalunya dihidangkan pada majlis keraian terutamanya majlis perkahwinan. Walaupun hidangan ini hanya ditemui di majlis perkahwinan, adakah ianya sukar untuk dihidangkan?

Tahukah anda, hidangan ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Oleh itu, anda juga boleh menyediakannya untuk makan tengahari ataupun makan malam. Resepi ini unik dan sekiranya anda buntu idea untuk masak, resepi ini khas buat anda.

Bahan – bahan dalam resepi ini boleh didapati di pasaraya sekitar anda sahaja. Oleh itu, anda boleh menyediakannya sendiri dan pasti hidangan ini menjadi kegemaran anda sekeluarga. Sekiranya anda ingin mengubah resepi ini ke daging ataupun ayam juga boleh, bergantung kepada selera masing – masing!

Resepi ini dikongsikan oleh Ida Zairi dan mendapat banyak shares, likes serta komen positif di laman Facebook milik beliau. Mari kita lihat!

Resepi Hati Lembu Masak Pengantin

hati lembu masak pengantin
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 500g hati lembu
    (basuh 3 ke 4 kali, masukkan tepung, biar sekejap dan basuh semula supaya hilang bau)
  • 3 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia (dikisar)
  • 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga)
  • 1 sudu cili kisar (pilihan)
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu garam masala (pilihan)
  • Garam/serbuk perasa
  • Sedikit air
  • Kacang buncis (pilihan)

Bahan hiasan

  • Cili merah & daun bawang
  • Bawang besar dipotong bulat

Cara – cara memasak:

  • Garam dan kunyitkan hati lembu yang telah dibasuh.
  • Panaskn minyak & goreng sekejap, angkat toskan..
  • Tumis bahan kisar bersama 4 sekawan.
  • Masukkan cili kisar dan masak sekejap sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam & garam masala.
  • Masak sekejap. Kemudian, masukkan air & hati lembu.
  • Masuk kacang buncis dengan bawang potong bulat.
  • Tunggu sehingga masak angkat & tabur bahan hiasan.

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.