Terdapat pelbagai variasi lauk-pauk yang boleh kita sediakan menggunakan daging. Pada kali ini, kita akan kongsikan resepi daging bakar bersama anda.
Resepi-resepi ini amat mudah untuk disediakan di rumah dan tidak memakan masa yang banyak untuk disediakan. Jadi bolehlah anda mencuba resepi ini untuk disediakan sebagai bekal anak-anak ke sekolah dan suami ke tempat kerja.
Daging Bakar Ala Danok
Siapa yang pernah cuba daging bakar Danok pasti sudah tau kelazatannya yang tak terkata. Ikut resepi Aiennurr Hasmaraini pasti menjadi. Terasa perapan daging serta hasilnya daging akan menjadi juicy. Beliau turut berkongsikan resepi sos ala thai yang sedap.
Bahan-bahan perapan daging:
500g daging
2 sdm sos tiram
2 sdm sos ikan
3 sdm gula thai atau gula merah
1 sdt lada hitam
2 sdm minyak masak
Serbuk secukup rasa (optional)
Cara memasak:
Masuk kesemua bahan ke dalam bekas.
Gaul dan perap semalaman dalam peti ais.
Bakar seperti biasa
Bahan sos pencicah daging:
1 sdm beras pulut (sangai dan tumbuk kasar)
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
Akar daun ketumbar (tumbuk lumat)
1 ulas bawang merah (hiris)
Daun ketumbar (hiris)
2 biji limau nipis (ambil jus)
1 sdm sos tiram
1 sdm sos cili
1 sdm sos ikan
2 sdm gula thai atau brown sugar
1 sdm cili flakes
Cara memasak:
Gaul semua bahan sampai sebati.
Siap.
Daging Kambing Bakar Berempah
Nak cuba resepi daging bakar lain daripada lain, apa kata cuba resepi daging bakar berempah yang dikongsikan oleh Amm Lynaa. Hanya dengan tiga langkah mudah, anda dapat hasilkan daging bakar yang sedap.
Bahan-bahan:
Bawang Merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Serai
Serbuk kari daging
Serbuk cili
Jintan manis
Kicap
Serbuk perasa
Garam
Gula
Daun pandan ( untuk kurangkan bau hamis)
Cara memasak:
Tumbuk kesemua bahan kecuali daun pandan.
Perap semalaman.
Bakar seperti biasa.
Kambing Bakar Mudah
Resepi yang ketiga ini juga sangat mudah untuk dimasak kerana menggunakan 3 bahan sahaja. Jom ikut resepi milik Aniza Mustafa, pasti menjadi dan kambing bakar tidak akan bau hamis.
Bahan utama:
5 kepingan kambing
Bahan lain:
Segenggam lada hitam (goreng dengan minyak sedikit dan tumbuk atau kisar)
2. 1/2 botol sos cili atau 500 gram
1/2 botol sos tiram atau 500 gram
Cara memasak:
Gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga sebati pada kambing.
Perap sekurang-kurangnya 2 jam. Lagi lama lagi sedap.
Bakar daging.
P/s : Nak rasa lebih sedap, perap satu malam dan simpan dalam peti ais di suhu biasa. Cara ini paling best menikmati kambing bakar yang sedap. Nak gantikan dengan ayam pun sedap.
Kambing Bakar Sedap
Resepi yang dikongsikan oleh Aryn Locos ini khas untuk hidangan dua orang. Boleh terus dibakar atau perap untuk beberapa jam. Untuk resepi kali ini, beliau menggunakan daun rosemary untuk meningkatkan aroma daging bakar. Ini bahan-bahan dan cara memasaknya.
Bahan-bahan :
5-6 keping daging kambing
2sb sos tiram
3sb sos lada hitam
3sb kicap
Hirisan halia (tumbuk halus)
Gula (saya pakai gula perang, nak pakai madu pon boleh)
Serbuk lada hitam
Daun rosemary
Cara memasak :
Masuk semua bahan-bahan dan gaun sebati. Kalau nak perap, tutup bekas pakai plastik atau aluminium foil dan letak dalam peti. Letak di dalam bekas jika mahu bekukan.
Bakar di dalam oven selama 1 hingga 1 jam 30 minit, api atas bawah dengan suhu 200 darjah pada oven. Agak-agak dah hangus sedikit, boleh angkat.
Kalau untuk makan ramai, better bakar atas arang lagi mengancam. Bau semerbak.
Boleh hidang dengan kuah blackpaper atau ratah begitu pun sedap.
Daging Bakar Harimau Menangis
Sebenarnya mudah untuk membuat daging bakar harimau menangis. SuiSan Aliezsha telah berkongsikan resepi mudah dan rasanya ori seperti daging bakar harimau menangis yang dijual di Thai.
Bahan perapan daging:
Daging batang pinang yang telah dicuci lalu kelar dan toskan.
Sos cili
Sos tiram
Sos blackpaper (guna lada hitam lagi sedap)
Sedikit madu
Sos ikan
Minyak masak
Cara memasak:
Gaulkan semua bahan lalu perap. Lagi lama lagi elok.
Bakar suhu 200°, 5 hingga 10 minit (suhu air fryer).
Apabila sudah masak, sejukkan, kemudian hiriskan.
Bahan-bahan sos:
5-6 cili merah besar (potong lalu goreng seketika dan kisar)
4-5 ulas bawang putih (bakar hingga bewarna kekuningan, ketuk dan potong dadu)
Sos cili dan sos tiram
2 sudu makan gula merah
Gula pasir, jus limau, sos ikan dan air asam jawa
1 sudu tepung jagung
3/4 sudu beras (sangai hingga kekuningan lalu kisar atau tumbuk)
Cara memasak:
Satukan semua bahan ke dalam kuali kecuali beras.
Masukkan sedikit air masak sehingga pekat. Pastikan masam, manis garam secukup rasa.
Masukkan beras dan masak. Sejukkan lalu taburkan serbuk cili kering.
Potong bawang merah dan daun ketumbar, tabur sebagai hiasan.
P/s = Jika ada serbuk cili kering thai taburkan.
Resepi Daging Bakar
Resepi daging bakar ini telah dikongsikan di laman sosial Facebook milik Ben Safwan yang telah mendapat ribuan perkongsian.
Bahan – bahan:
Sos perapan:
4 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia muda
2 batang serai kecil
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu makan gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Sambal kicap:
1/2 biji tomato
4 tangkai cili padi
1/2 bwg merah besar
Kicap masin
Sedikit Madu
Sedikit Lemon
P/s: Kuantiti untuk 800 gram hingga 1 kilogram daging.
Cara-cara memasak:
Tumbuk kesemua bahan untuk sos perapan menggunakan lesung.
Apabila sudah hancur kasar sikit, keluarkan dan letak dalam bekas.
Tambah 3/4 cawan air sedikit demi sedikit untuk mengelakkan terlalu cair, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap manis, 1 sudu makan minyak masak dan air lemon 1 sudu makan. Kacau sebati semua. Biar pekat-pekat sedikit.
Panaskan pemanggang/non-stick pan serta sapu cairkan butter sedikit untuk kali pertama, celup daging ke dalam sos perapan dan bakar.
Daging bakar ikut suka nak garing atau lebut.
Sambal kicap:
Potong kecil dan campur semua bahan untuk sambal kicap.
Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!