Jom buat coklat cupcake!
Kek coklat kecil sedap dan moist yang diletak dalam paper cup ini sangat menarik. Dengan tampilannya yang comel sangat mengundang selera untuk memakannya. Coklat cupcake ini antara yang paling banyak disukai orang ramai, apalagi kanak-kanak.
Cupcake ini sesuai dinikmati bila-bila suka. Pagi mahupun petang, makan malam pun boleh juga, tapi jangan jerit kalau gemok nanti sebab terlajak makan. Dijadikan hidangan majlis perayaan juga sangat sesuai.
Anda pula boleh buat cupcake untuk niaga. Dengan bahan-bahan yang simple dan peminat yang banyak mestinya sangat berbaloi untuk anda yang teringin berniaga cupcake.
Resepi yang dikongsikan oleh Ruby Dzul di Facebook ini memasak cake dengan cara dibakar, namun menurutnya pula, lebih moist lagi kalau dikukus selama 30-35 minit. Bubuh coklat ganache makin menyengat rasa coklat cupcake. Sila cuba resepi cupcake yang mendapat perkongsian ramai ini.
1. Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati.
2. Masukkan pada acuan cupcake. Panaskan oven 170°C selama 10 minit. Masukkan adunan ke dalam oven dan masak selama 40 minit atau sehingga masak. Guna api atas bawah. Kalau kukus selama 30-35 minit saja. Lagi moist daripada dibakar.
1. Dengan cara double boil, panaskan whipping cream sehingga agak panas tapi jangan sampai mendidih ya. Api perlahan sahaja.
2. Kemudian masukkan coklat dan gaul sebati. Kalau guna coklat compound, potong-potong dulu supaya cepat dan mudah cair.
3. Bila sudah sebati dan tak ada ketulan, tutup api dah alihkan mangkuk coklat dari periuk berisi air tadi. Masukkan butter pada campuran coklat tadi dan gaul sebati.
4. Biarkan sejuk dan coklat agak kental, barulah pipekan mengikut bentuk yang digemari.
Selamat mencuba.
Selain resepi cupcake, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.