Hello semua!

Buntu mencari resepi cucur yang sedap? kami sarankan anda mencuba resepi cucur yang kami kongsikan di bawah ini. Ada banyak jenis cucur, cucur manis, cucur udang, cucur ikan bilis dan ada juga cucur ayam seperti resepi yang kami kongsikan hari ini.

Cucur ayam merupakan alternatif masakan ayam terutama untuk anda yang tidak suka ayam atau anda yang jenuh makan ayam dengan resepi biasa. Kanak-kanak confirm akan suka cucur ayam resepi ini. Cucur ayam boleh dimakan bersama nasi atau dimakan sepertu itu sahaja. Cicah dengan sos lagi sedap.

Resepi cucur ayam atau disebut juga bebola ayam bersayur yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Pasalnya, cucur ini sangat mudah, bahan-bahannya simple dan sangat sedap serta menggiurkan. Resepi ini tidak menggunakan tepung dan cara penyediaannya juga sangat senang.

Sila cuba resepi di bawah ini dan jamu selera keluarga anda dengan cucur ayam sedap buatan anda. Selamat mencuba.

Resepi Cucur Ayam

cucur ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam (ambil bahagian isi dagingnya sahaja).
  • Bawang merah (hiris dadu).
  • Cili merah.
  • Daun sup/daun kucai/daun bawang (guna yang mana saja).
  • Sedikit garam.
  • 1-2biji telur (kalau ayamnya banyak, tambahkan telur).

Cara Membuat :

1. Rebus ayam terlebih dahulu.

2. Selepas rebus kisar ayam sehingga hancur (letak air sedikit untuk bagi dia basah).
3. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.

cucur ayam

Imej via Facebook

4. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan, sedia untuk diangkat. Siap!

Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cucur ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.