Burnt Cheesecake, siapa sahaja tidak tahu? Hidangan pencuci mulut yang menjadi sangat tular di media sosial sekitar kita. Ramai yang menjualnya serta yang membelinya. Kali ini, kami bawakan resepi burnt cheesecake ini khas buat anda semua. Bolehlah anda menyediakannya untuk majlis keraian ataupun sebagai pencuci mulut!

Resepi Burnt Cheesecake ini amat ringkas. Apa yang anda amat perlukan adalah ketuhar. Namun begitu, anda boleh menyediakannya menggunakan air fryer ataupun di atas dapur biasa. Semuanya terpulang di atas kreativiti anda sendiri. Anda juga tidak perlu menggunakan mixer, kerana anda boleh sahaja menggunakan mesin pengisar biasa di rumah anda! Tetapi awas jika menggunakan bekas cili, nanti pedas cheesecake anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Hidayu dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Pasti rasanya amat lazat. Jangan lupa hidangkannya sejuk sejuk, lebih sedap!

Resepi Burnt Cheesecake

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250gm cream cheese
  • 200ml whipping cream/yogurt
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh perahan lemon
  • 1 cawan kecil gula castor
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara – cara memasak:

  1. Kisar kesemua bahan sehingga sebati.
  2. Masukkan di dalam loyang.
  3. Bakar didalam ketuhar pada suhu 200c 40 min api atas bawah dan tambah 10min api atas sahaja.
    ATAU
    Bakar menggunak airfryer pada suhu 170c 30min dan kemudian suhu 200c 10min.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.