Burger Malaysia telah lama menjadi kegemaran masyarakat. Kuih yang mendapat tempat di hati segenap lapisan rakyat Malaysia bersesuaian dengan namanya, burger malaysia.

Kuih ini sudah ada sejak lama, selalunya di jual sebagai kuih camilan pagi di gerai makan tepi jalan. Dekat pasar malam pun banyak yang jual kuih ini. Biasanya burger Malaysia menggunakan inti ikan bilis yang pekat.

Cara membuat burger Malaysia ini sangat simple dan mudah. Anda hanya perlu menyediakan adunan roti sendiri yang dibuat daripada tepung gandum. Ada dua jenis isi yang biasa digunakan iaitu, isi sambal ikan bilis dan isi sardin.

Berikut kami berkongsi kepada anda cara paling mudah beserta resepi yang lengkap dengan gambar bagi menghasilkan burger mini malaysia yang gebu, lembut dan cepat. Sila ikuti resepi yang dikongsikan oleh ‎Noorastella Muhamma‎ di Facebook. Burger Malaysia yang gebu dan lembut. Tutorial berikut menggunakan 1 kg tepung gandum dan menghasilkan 80 biji burger mini mengikut saiz.

Resepi Burger Malaysia

burger malaysia

Imej via Facebook

Bahan dan Cara Menyediakan

1. Tepung

burger malaysia

Imej via Facebook

2. Masukkan hujung sudu garam.

burger malaysia

Imej via Facebook

3. Masukkan 2 sudu penuh gula.

burger malaysia

Imej via Facebook

4. Masukkan setengah sudu baking powder.

burger malaysia

Imej via Facebook

5. Masukkan 1 sudu penuh ragi/yis.

burger malaysia

Imej via Facebook

6. Masukkan setengah senduk nasi margerin.

burger malaysia

Imej via Facebook

7. Gaul rata semua bahan.

burger malaysia

Imej via Facebook

8. Kemudian adun sebati menggunakan air suhu bilik. Tak perlu gunakan air suam. Pastikan doh sedikit lembik dan doh melekat sekitar basin dan jari.

9. Bahagikan doh mengikut saiz kesukaan. Bila proses bahagi doh selesai, boleh mulai panaskan minyak utk menggoreng. Doh ini memamg cepat kembang tanpa perlu tunggu lama di sebabkan penggunaan yis/ragi dan baking powder.

burger malaysia

Imej via Facebook

10. Goreng dalam api perlahan agar burger masak sekata.

burger malaysia

Imej via Facebook

11. Angkat bila kuih sudah berwarna keperangan.

burger malaysia

Imej via Facebook

12. Sejukkan burger sebentar.

burger malaysia

Imej via Facebook

13. Bila sudah sejuk, potong keliling burger menggunakan gunting. Jangan putuskan ya.

burger malaysia

Imej via Facebook

14. Dalam pada itu, sediakan hirisan timun dan inti mengikut kesukaan. Boleh gunakan sambal ikan bilis ataupun sambal udang kering. Di sini sy gunakan ikan sardin dlm tin yg di tumis dan di tambahkan sos cili.

burger malaysia

Imej via Facebook

15. Buka belahan burger dan masukkan hirisan timun.

burger malaysia

Imej via Facebook

16. Kemudian masukkan inti.

burger malaysia

Imej via Facebook

17. Tutup rapi burger dan inilah dia burger malaysia yang gebu gebas!

burger malaysia

Imej via Facebook

Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi burger malaysia, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.