Kuih bingka ubi atau di pantai timur dikenali sebagai bengkang ubi kayu, merupakan sejenis kuih bingka yang diperbuat daripada ubi kayu. Kuih tradisional ini menggunakan bahan tempatan sepenuhnya.
Kuih ini menggunakan ubi kayu yang telah disagat dicampur dengan sagu ubi kayu dan santan dan perasa, dan tidak memerlukan bahan asing seperti tepung sedikitpun. Kuih ini sesuai untuk dihidang pada majlis-majlis.
Resepi di bawah ini menggunakan sukatan cawan sahaja. Bahan-bahannya simple. Menggunakan ubi kayu sebagai bahan asasnya. Sila rujuk resepi bingka ubi yang dikongsikan oleh Cik Puan Mazs Shaari di Facebook. Dapatkan hasil bingka ubi kayu yang memuaskan.
1. Ubi kayu yang disagat masukkan 2 cawan santan.
2. Masukkan gula kacau hingga gula larut.
3. Masukkan garam.
4. Sedikit pewarna kuning.
5. Masukkan dalam loyang 8×8.
6. Bakar 1 jam setengh suhu 200 api atas bawah.
7. Sudah masak dan siap dihidangkan.
Selain resepi bingka ubi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.