Pelbagai resepi belacan yang mudah dan sedap. Belacan merupakan salah satu menu yang sering digunakan di dalam masakan mahupun sebagai sambal. Terdapat pelbagai jenis belacan yang terkenal di pelbagai negeri. Belacan merupakan satu makanan yang diperbuat menggunakan udang yang akan diperam dalam masa yang lama dan dikeringkan. Belacan sememangnya cukup terkenal dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kebanyakan masakan terutamanya untuk menggoreng sayur menggunakan belacan sebagai penambah perasa. Sambal belacan juga cukup terkenal kerana rasanya. Walaupun begitu, baunya yang kuat tidak terlalu menyenangkan dan hanya diminati oleh sesetengah orang. Terdapat pelbagai bentuk dan warna belacan bergantung kepada jenis belacan itu sendiri. Jom tengok pelbagai resepi belacan di bawah.

Sambal Belacan Tomato

Imej via [facebook]

Bagi peminat sambal belacan, anda pasti tahu bezakan diantara sambal biasa dan sambal tomato. Rasa pedas bersama dengan masam masam manis dari tomato menjadikan sambal belacan lebih sedap. Resepi belacan ini dikongsi oleh nafisa shidqia di page Resepi Enak.

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili (sesuai selera)
  • 1 buah tomato (ukuran besar)
  • 2 butir bawang merah
  • 1/2 pes udang abc
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula pasir

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Goreng cili, tomato dan belacan sehingga garing.

3)Kisar kasar bahan yang telah digoreng dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

4)Hidangkan ke dalam mangkuk kecil dan siap!

Sambal Ikan Kembung

Imej via [facebook]

Sambal tumis ikan kembung yang sememangnya tidak jemu dimakan. Masakan kampung ini cukup terkenal dan cara penyediaannya juga sangat mudah. Takt ahu bagaimana cara untuk memasak sambal ikan kembung yang mudah dan sedap? Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Mori Said di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan (kisarkan halus)
  • Cili kering
  • 1/2 sudu kecil Asam Jawa Extra Adabi

Cara Penyediaan:

1)Gaul ikan bersama garam dan serbuk kunyit sehingga rata.

2)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.

3)Bland 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci belacan. Kisarkan halus.

4)Tumiskan bahan yang telah di kisar sehingga wangi dan garing.

5)Setelah bahan tumisan garing, masukkan cili kering dan masak sehingga pecah minyak.

6)Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga sambal masak.

7)Masukkan 1/2 sudu kecil Asam Jawa Extra Adabi dan kacau rata.

8)Setelah sambal masak, masukkan bawang holland yang telah dihiris.

9)Masak sehingga sedikit layu. Perasakan dengan garam dan masukkan sedikit perasa.

10)Masukkan ikan dan gaul rata.

11)Matikan api dan sedia utk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sambal Belacan

Imej via [facebook]

Sambal belacan sememangnya telah menjadi pelengkap rasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Lagi-lagi peminat makanan pedas. Memang tak lengkap kalau tiada sambal belacan. Jom tengok resepi belacan mudah yang dikongsi oleh aras_galeri di page facebook Resepi Enak.

Bahan-bahan:

  • 5 cili merah 
  • 5 cili hijau
  • 10 cili hijau
  • 5 cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil belacan (goreng)
  • 1 sudu kecil gula pasir (boleh guna gula jawa)
  • Garam

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Goreng semua cili dan tomato hingga garing.

3)Tumbuk kasar bahan-bahan yang telah digoreng tadi.

4)Perasakan bahan yang ditumbuk dengan garam, belacan dan gula pasir.

5)Titis air jeruk limau dan gaul rata.

6)Masukkan ke dalam mangkuk kecil dan siap!

Belacan Thai

Imej via [sistemguruonline]

Siapa yang suka masakan Thai, memang tak boleh lepas dengan sambal belacan yang disediakan di kedai. Rasa masam limau kasturi bersama rasa manis tomato sememangnya melengkapkan rasa sambal belacan yang pedas. Resepi belacan Thai ini dikongsi oleh Leya Alia di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili api
  • Tomato
  • Bawang holand
  • Belacan
  • Limau kasturi (perah)
  • Air jus limau thai
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara Penyediaan:

1)Bland ke semua bahan dan masukkan sedikit air.

2)Masukkan ke dalam bekas dan siap untuk di simpan. Selamat mencuba!

Resepi Tumis Belacan Terengganu

Imej via [facebook]

Resepi kali ini pastinya menjadi kegemaran mereka yang bujang. Menggunakan bahan-bahan asas dan mudah disediakan. Bahan utama yang digunakan juga ialah telur rebus. Jom tengok resepi belacan tumis yang dikongsi oleh Zaleha Yusof di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Belacan besar ibu jari
  • 2 batang serai (dipotong kecil)
  • 5 biji cili padi (jika suka pedas)
  • 2 batang serai ( diketuk)
  • 150ml santan
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • Air
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa
  • 4 sudu besar cili boh
  • Perasa
  • 1/2 gula nisan

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Masukkan serai dan tumis hingga wangi.

3)Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.

4)Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sampai pecah minyak.

5)Tambah air dan asam jawa. Biar sehingga mendidih.

6)Masukkan santan dan tumis sehingga pecah minyak.

7)Masukkan perasa, gula nisan, garam dan gula putih secukup rasa.

8)Hidangkan di dalam mangkuk dan siap!

Sayur Keladi

Imej via [facebook]

Sayur keladi rebuss merupakan salah satu menu yang popular dalam kalangan masyarakat kampung. Hal ini kerana mudah disediakan dan menggunakan bahan-bahan asas sahaja. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Supermokti di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Keladi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Isi ikan atau ikan bilis
  • Asam keping
  • Belacan
  • Budu
  • Garam
  • Ajinomoto

Cara Penyediaan:

1)Buangkan kulit keladi dan potong menjadi kecil-kecil. Bersihkan dan tos.

2)Sediakan periuk dan masukkan air.

3)Masukkan keladi yang telah dipotong tadi bersama dengan 2 keping asam.

4)Biarkan sehingga keladi masak dan mendidih.

5)Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam.

6)Toskan air daripada rebusan keladi.

7)Sediakan periuk dan masukkan air yang baru. Masukkan keladi yang telah direbus tadi.

8)Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan kacau rata.

9)Masukkamn belacan dan garam.

10)Tambah air sekiranya air terlalu sedikit.

11)Masukkan isi ikan atau ikan bilis dan kacau rata.

12)Masukkan daun kesum dan asam keping. Kacau sebati.

13)Tunggu sehingga air mendidih dan letakkan budu 1 sudu besar.

14)Letakkan ke dalam mangkuk dan siap!

Nasi Goreng Kampung Ayam Goreng Kunyit

Imej via [facebook]

Biasa kalau makan nasi goreng macaam tu je mesti tak puas. Apa kata kali ni padankan dengan ayam kunyit? Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Zaleha Yusof di laman facebook.

  • Nasi
  • Ikan Bilis (digoreng)
  • Cili api (ketuk)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • Bawang holland (hiris)
  • Kangkung
  • Belacan
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Masukkan bahan yang diketuk dan dihiris tadi. Masukakan belacan. Kacau rata.

3)Masukaan sos tiram dan pecahkan telur. Goreng sehingga agak garing.

4)Masukkan nasi dan kacau dengan menggunakan api besar.

5)Masukkan sos ikan dan gaul rata.

6)Masukkan bilis yang telah digoreng dan masukkan kangkung. Gaul sebati dan tutup api.

Resepi Ayam Kunyit

Bahan-bahan Perap:

  • Isi ayam bahagian dada (hiris)
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Garam
  • Sos ikan

Bahan-bahan:

  • Kacang panjang
  • Bawang holland (hiris)
  • Cili hijau (hiris)

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan ayam ke dalam kuali. Goreng ayam sehingga bertukar keemasan di dalam minyak yang penuh.

3)Setelah ayam masak, angkat dan toskan. Letakkan ke tepi.

4)Kurangkan minyak yang sedia ada di dalam kuali. Masukkan bawang, kacang panjang, cili hijau dan masukkan perasa. Kacau rata.

5)Pastikan bahan-bahan tadi tidak terlalu layu. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

6)Angkat dan hidangkan ke dalam pinggan bersama nasi goreng tadi. Selamat mencuba!

Kangkung Goreng Belacan Rencah Sotong

Imej via [facebook]

Kangkung goreng belacan sememangnya menu yang paling mudah untuk dimasak dan sedap. Lagi sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Yana Kitchen di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 ikat kangkung
  • 2 ekor sotong sederhana

Bahan Tumbuk:

  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 4 biji cili api merah
  • Belacan (sesedap rase korang)
  • Garam
  • Gula
  • 1 sudu serbuk perasa

Cara Penyediaan:

1)Tumis bahan tumbuk sehingga agak garing dan naik bau.

2)Masukkan sotong dan kacau selama 4 hingga 5 minit. Pastikan sotong tidak dimasak terlalu lama bagi mengelakkannya menjadi liat.

3)Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

4)Masukkan kangkung dan kacau laju-laju dengan menggunakan api yang kuat.

Resepi Cencaru Sumbat Sambal Portugis

Imej via [facebook]

Bagi yang takt ahu nak masa kapa untuk tengah hari ini, jom tengok resepi simple dan dijamin sedap. Ikan cencaru sumbat sambal protugis sememangnya menjadi pelengkap lauk tengah hari anda. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Zaliha Salleh di laman facebook.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan Sambal:

  • Daun kesum racik-racik
  • Bunga kantan hiris nipis-nipis
  • 15 biji limau kasturi (perah amik air)
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto (ikut citarasa masing-masing)

Bahan-bahan A:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji Bawang kecil
  • 3 biji Bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 biji Tomato
  • 15 tangkai cili kering direbus
  • 3 cili besar hijau
  • 10 cili api

Cara Penyediaan:

1)Ikan cencaru di belah belakang dan di bersihkan. Toskan.

2)Gaul ikan bersama garam, kunyit dan ketepikan dulu.

3)Blend kasar ke semua bahan A.

4)Tumis semua bahan di blend tadi dengan minyak sehingga naik bau dan pecah minyak. Kacau rata.

5)Bila sambal telah masak, masukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.

6)Kacau sebati kemudian masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kacau sebati.

7)Kacau sambal sehingga pekat dan tutup api. Biarkan sejuk.

8)Masukkan sambal ke dalam bahagian belakang cencaru yang telah dibelah tadi.

9)Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.

10)Angkat dan sajikan ke dalam pinggan. Tuangkan sambal lebihan ke dalam pinggan. Siap!

Sotong Masak Hitam

Imej via [asianfoohttps://asianfoodnetwork.com/en/recipes/cuisine/malaysian/sotong-masak-hitam.htmldnetwork]

Kalau biasa kita dengar daging masak hitam je, kali ni jom tengok resepi sotong masak hitam. Sajian ini merupakan salah satu sajian yang cukup menjadi kontroversi pada masa dahulu. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Sid Tartella di laman facebook.

Bahan-bahan:

Bahan Kisar:

  • 80gm cili kering
  • 200gm bawang merah
  • 20gm bawang Putih
  • 20gm kunyit
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 20gm belacan
  • Sotong hitam

Bahan Menumis:

  • Minyak (untuk menumis)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 100gm asam + 200ml
  • 2 sudu besar garam halus
  • 3 sudu besar secukup rasa
  • 2kg Sotong (potong bulat)
  • 100gm asam
  • Air
  • 30gm garam halus

Cara Penyediaan:

1)Bersihkan sotong seperti biasa dan asingkan kantung dakwat yang terdapat di dalam sotong.

2)Potong sotong mengikut saiz yang anda inginkan.

3)Masukkan kantung dakwat ke dalam blender.

4)Sediakan mangkuk dan masukkan asam jawa bersama garam.

5)Masukkan air dan kacau sebati sehingga garam dan asam jawa sebati.

6)Masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam air asam jawa tadi. Biarkan sebentar.

7)Sediakan blender dan masukkan cili kering yang telah direndam, kantung dakwat, lada hitam, belacan, bawang merah, kunyit, bawang putih dan air. Bland sehingga sebati.

8)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

9)Tumis bahan yang telah diblender tadi. Masukkan serai dan kacau sebati.

10)Setelah sambal naik minyak, buangkan minyak mengikut jumlah yang anda mahukan.

11)Bersihkan sotong yang telah diperap ke dalam air asam tadi dan toskan.

12)Masukkan sotong ke dalam sambal tadi dan gaul sehingga sebati.

13)Masukkan air asam ke dalam sotong tadi. Kacau sebati sehingga sotong masak.

14)Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk. Siap!

Rebung Masak Bedudun

Imej via [facebook]

Resepi kali ini merupakan masakan bangsa Kedayan. Bagi mereka yang sukakan rebung, anda pastinya akan suka dengan resepi rebung ini. Resepi ini dikongsi oleh Jamayah Bujang di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 600 gm rebung
  • 250 gm cangkuk manis
  • 100 gm bagu
  • 100 gm cendawan
  • 250 gm jagung muda
  • 150 gm udang
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • 3 biji cili merah (hiris serong)
  • 540 ml santan
  • 1 sudu teh belacan
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1)Cincang rebung, cangkuk dipisahkan dari batangnya, bagu dan cendawan dihiris nipis-nipis. Bersih dan toskan.

2)Udang dibuang kulit serta kepala dan di bersihkan. Cuci bersih dan toskan.

3)Masukkan santan ke dalam periuk bersama semua bahan. Kacau rata.

4)Rebus rebung hingga mendidih dan angkat.

5)Masukkan ke dalam mangkuk dan siap!

Selain resepi belacan yang dikongsi di atas, anda juga dijemput untuk membaca artikel resepi menarik kami yang lain. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan share. Selamat mencuba!

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.