Kuih bahulu adalah resepi kuih raya tradisional yang dibuat menggunakan bahan-bahan yang amat ringkas iaitu telur gula dan juga tepung. Selalunya, cara tradisional pembuatan bahulu adalah dibakar menggunakan bara sabut kelapa yang diletakkan di bahagian atas dan juga di bahagian bawah acuan. Pembuatannya agak rumit di mana tepungnya juga dijemur sehingga menjadi ringan, telur pula dipukul bersama gula sehingga kembang menggunakan tangan.

Sesiapa saja yang pernah mengalami pembuatan bahulu ini akan tahu betapa rumit nya proses membuatnya namun begitu kini ia lebih mudah untuk disediakan dari perkongsian ini yang anda harus cuba sendiri. Ianya telah diinovasi dan lebih praktikal untuk dilakukan pada zaman moden. Caranya juga lebih ringkas dan tidak serabutkan kepala.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Linawati Latip dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat resepi dan cara pembuatannya.

Resepi Bahulu

Bahulu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 biji telur A (pukul manja)
  • 1 1/4 cawan gula (pukul kembang)
  • 1 sdt esen ros / sunquick oren (pukul sehingga putih)
  • 1 3/4 cawan tepung gandum

Cara – cara memasak:

  1. Pukul manja 4 biji telur gred A.
  2. Kemudian, masukkan gula dan pukul kembang.
  3. Masukkan esen ros atau sunquick oren dan pukul sehingga putih.
  4. Ayak tepung gandum dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati menggunakan spatula.
  5. Bakar menggunakan suhu 200C selama 10 hingga 12 minit api atas bawah.
  6. Lanserkan acuan dengan minyak dan panaskan acuan terlebih dahulu lebih kuran 10 minit di dalam oven.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.