Apakah anda tertunggu resepi ayam yang power seperti ala-ala restaurant gitu. Anda patut mencuba resepi yang kami kongsikan di bawah ini iaitu Ayam Panggang Madu Lada Hitam. Resepi ini sangat disukai kerana rasanya yang manis dan lazat.

Hidangan ayam panggang madu lada hitam ini boleh disajikan untuk keluarga dan dihidangkan dengan nasi. Hidangan ini akan lebih lazat lagi jika dihidangkan dengan sayur atau kuah asam. Bahan-bahan untuk membuatnya mudah didapatkan, dimana-mana pasar raya dapat dijumpai.

Rasanya yang tidak terlalu pedas, membuat anak-anak juga menyukai ayam panggang madu lada hitam ini. Resepi yang dikongsikan oleh Rosma Ros di facebook ini sangat mudah dan senang. Ia tidak perlu dibakar namun hanya memakai oven. Anda pula tidak perlu menunggu di dapur. Jimat masa kan…
Baiklah, sila mencuba resepi di bawah ini.

Resepi Ayam Panggang Madu Lada Hitam Versi Oven

resepi ayam panggang madu lada hitam

Imej via facebook

Bahan Yang Digunakan

  • Seekor ayam. Potong sesuai selera.
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 3 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • Kicap dalam 2..3 sudu..
  • Madu 4 sudu
  • Sikit garam
  • Satu sudu pati ayam

Bahan Blend

  • Cili kering 11 biji. Pedas mengikut selera.
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 3 batang serai
  • Seinci kunyit

Cara Memasak Ayam Panggang Madu Lada Hitam versi Oven

  1. Bersihkan ayam. Toskan air.
  2. Masukkan ayam ke dalam bekas. Gaul dengan bahan blender dan semua bahan. Perap dalam 5 jam (1-2 jam pun ok cuma rasa nya tak seberapa power sangat).
  3. Sapu dulang dengan minyak dulu sampai menyaluti dulang.
  4. Masukkan dalam dulang pembakar. Curah seedikit kuah.
  5. Bakar dalam 30 minit.
  6. Setelah berbunyi alarm, cuba periksa apakah ayam sudah masak atau belum.
  7. Kuah yg lebih boleh dipanaskan di atas api, boleh digunakan untuk cicah ayam.
  8. Ingin ayam cantik berkilat dengan kuah yang kita masak tu. Masukkan sedikit sahaja kuah ke dalam kuali bersama ayam. Gaul dengan api sederhana. Angkat. Siap.

Sangat senang dan jimat masa bukan? Sila mencubanya..

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ayam Panggang Madu Lada Hitam versi oven, kami juga telah menulis resepi menarik lainnya. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya.. jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.