Siapa di sini teringin makan ayam golek yang biasanya dilihat di pasar malam ataupun Kenny Rogers?
Tentu terliur melihat bukan? Warna-warna keperangan dan gelap yang menarik deria rasa untuk mencubanya.
Imej via FB
Di sini kami kongsikan resepi daripada Puan Sabrina Sarsan cara membuat ayam golek menggunakan oven. Resepi ayam golek ini telah menjadi viral dan mandapat ribuan perkongsian. Jadi sudah semestinya rasanya telah terbukti dan patut dicuba bagi mereka yang belum.
Nanti boleh cuba membuatnya. Alangkahnya indahnya dapat makan bersama sos lada hitam dan coleslaw. Fuh, tak dapat kami bayangkan beetapa terliurnya kami nanti.
Bahan-bahan utama seperti di dalam gambar
Basuh ayam bersih. Kemudian lapkan dengan tisu makanan ya. Jangan lap dengan tisu muka nati tisu itu semua melekat pada ayam. Bila sudah betul-betul kering, perap ayam dengan bahan-bahan tadi selama 2 jam. Tidak payah masuk peti sejuk.
Kemudian,panaskan oven dengan suhu paling panas(oven saya jenama cornell 43L)
Kemudian turunkan suhu kepada 180°, api atas bawah,tempoh masa membakar dalam 1jam 40 minit bergantung pada oven masing-masing.
Kalau tidak ada pencucuk macam oven saya, guna besi yang jarang-jarang itu letak di tengah-tengah.
Selepas itu letakkan tray pada lapisan bawah,jangan lupa letak air ke dalam tray, supaya ayam tadi tidak kering, bila di makan lembut dan ‘juicy.
Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.
*Setiap 10 minit glis ayam dengan bahan perapan,bila ayam dah btukar warna,bolehlah stop glis ayam tu.
*Bila ayam sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Biarkan ayam dalam oven selama 10 ke 15 minit.
*Fungsi air ialah untuk mengelakkan ayam daripada kering bila dbakar.
*Kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk hasil aroma.
Anda suka resepi yang telah dikongsikan di atas? Pastikan anda tidak lupa untuk mencuba resepi ayam golek ini nanti. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ini.Mana tahu anda ada tips lain yang menarik.