Mencari resepi untuk diet? Selalunya makanan diet tidak sedap? Siapa kata? Kali ini kami bawakan resepi sihat, sesuai untuk mereka yang tengah berdiet atau yang mengamalkan gaya hidup sihat iaitu resepi Ayam Bakar Kenny Rogers.

Resepi ini amat mudah untuk disediakan tetapi masih menghasilkan rasa yang amat lazat. Kalori pada ayam bakar lebih kurang dibandingkan dengan yang bergoreng tau! Jadi, jangan gusar untuk makan, kini anda boleh diet dan menikmati makanan anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Pooja di laman Facebook milik beliau dan beliau telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif.

Resepi Ayam Bakar Kenny Rogers

Resepi Ayam Kenny Rogers

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ekor ayam(cuci bersih)
  • 2 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sb pati Oren sunquick (yang dalam botol)
  • 1 senduk sos blackpaper
  • 3 sb marjerin (cairkan atas api)
  • 1 biji ubi kentang (rebus empuk)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sk garam
  • 2 sb gula pasir

Cara penyediaannya:

  1. Blend kesemua bahan dengan sedikit air (suku cawan air).
  2. Perapkan bahan yang telah diblender dengan ayam selama 2 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
  3. Masukkan ke dalam oven dan bakar menggunakan suhu 200 celcius selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api atas bawah.
  4. Siap untuk dihidangkan!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.