QAWA Coffee & Sandwich – satu-satunya kafe kontena yang sangat terkenal di Kuala Terengganu. Jika anda menetap di sana, anda pasti tahu yang ianya merupakan antara port lepak di sini.

‘Qawa’ di sini bermaksud kopi dalam bahasa Arab (قهوة), jadi kini anda pasti tahu yang kafe ini sangat terkenal dengan kopinya. Agak-agak ada berapa jenis kopi yang disediakan?

Tertanya-tanya menu apa yang istimewa dan wajib dicuba di QAWA Coffee & Sandwich? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Berbagai Jenis Kopi Yang Sedap-Sedap Belaka

Jangan terkejut jika kami katakan yang ada lebih 60 jenis kopi yang boleh didapati di kafe ini. Ya, 60! Tidak keterlaluan jika kami katakan yang kafe kontena ini memang syurga pencinta kopi.

qawa coffee

Imej via Foursquare

Kopi di sini sangat digemari dari segi kepekatan, keaslian dan aromanya. Ianya pekat, rasanya asli dan aroma kopinya sangat mengasyikkan. Kalau anda terbau, pasti akan terpikat!

Antara kopi yang boleh anda cuba ialah Mocha, Capuccino, Latte, Espresso dan Affogato. Setiap kopi ini juga ada beberapa jenis yang boleh dicuba, dan di atasnya ada whipping cream yang sangat sedap.

Harga untuk setiap kopi juga berlainan. Yang pasti, ianya sangat berpatutan dengan kualiti yang dijanjikan!

Variasi Pencuci Mulut Yang Sangat Menyelerakan

Sambil menikmati kopi, tidak salah jika anda cuba menu lain seperti pencuci di sini. Selain kopi, pencuci mulut juga merupakan antara menu yang terlaris di kafe ini.

cheesecake qawa coffee

Imej via Instagram

Antara kek yang wajib anda cuba ialah kek keju di sini. Ada yang biasa dan ada jenis coklat, kedua-duanya sangat kaya dengan keju namun tidak memuakkan!

Kafe ini juga turut menyediakan pencuci mulut lain seperti macaroon dan pavlova. Keenakkannya memang boleh membangkitkan mood sesiapa sahaja!

Konsep Dekorasi Yang Unik & Cantik

Sebelum singgah di mana-mana tempat makan, pasti anda akan tertarik dengan konsep dekorasinya dahulu, bukan?

qawa coffee

Imej via Foursquare

Konsep dekorasi QAWA Coffee ini memang sangat unik. Konsep yang menggunakan kontena ini memang lain daripada yang lain. Sebab inilah ramai pelanggan tertarik dengan kafe ini.

Ruang makan yang santai juga membuatkan ramai pelanggan selesa untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga. Juga sesuai untuk sesi ‘lepak’!

Banyak Lagi

sandwich

Imej via Instagram

Kurang menggemari kek? Tidak mengapa, cubalah sandwich dan salad di sini. Antara sandwich yang disajikan ialah Beef Up, Smokey Salmon dan Super Sandwich.

Untuk salad pula, anda boleh cuba Chunky Chicken, Italian Beef dan Smoked Salmon. Bukan sahaja menyihatkan malah menyelerakan dan mengenyangkan!

Kesimpulan

Sudah tak sabar-sabar mahu serbu kafe QAWA Coffee & Sandwich? Sambil melancong di Kuala Terengganu, singgah sahaja di kafe ini. Pasti percutian anda akan lebih menyeronokkan!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi kafe. Singgah pada waktu yang bersesuaian kerana dikhuatiri ruang dalam restoran dan ruang parkir penuh.

Alamat: 1482, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari, Sabtu – Selasa (12 pm – 12.30 am), Rabu & Khamis (12 pm – 2 am) dan jumaat (5 pm – 2 am)

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kuala Terengganu? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Kuala Terengganu

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.