Bercadang untuk bercuti di Melaka namun tidak tahu mahu singgah di tempat makan yang mana? Singgah sahaja di Qasreena Cafe yang terlatk di Bukit Katil.

Kafe yang beroperasi sejak tahun 2006 ini merupakan antara kafe yang sentiasa menerima kunjungan pelanggan yang ramai, membuktikan yang ianya popular sekitar sini.

Agaknya apa yang membuatkan Qasreena Cafe begitu popular di Melaka dan menu apa yang best di sini? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Mi Racun, Sesuai Dinikmati Pencinta Makanan Pedas

Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca merupakan peminat tegar makanan pedas. Kalau makanan yang dinikmati terasa tawar dan kurang pedas, memang rasa kurang kick.

mi racun @ qasreena cafe

Imej via Foursquare

Jadi, jika anda singgah di Qasreena Cafe ada satu menu pedas yang wajib anda pesan – mi racun. Namanya sahaja sudah menarik, bayangkanlah rasanya sendiri.

Kebanyakan pelanggan yang pernah mencubanya mengakui yang kepedasan hidangan ini tidak dapat dinafikan lagi. Sampaikan ada yang tak mampu menghabiskannya kerana terlalu pedas!

Selain kepedasannya, hidangan ini juga enak rasanya. Jika anda menggilai makanan pedas, cabarlah diri anda untuk mencuba sendiri mi racun di sini. Dijamin memuaskan hati!

Berbagai Jenis Hidangan Nasi Untuk Dicuba

Kurang menggemari makanan pedas? Tidak mengapa, pesan sahaja hidangan nasi di kafe ini. Jangan risau, nasi lemak dan nasi gorengnya tidak sepedas mi racun.

nasi goreng qasreena cafe

Imej via Foursquare

Antara nasi goreng yang disajikan ialah nasi goreng Qasreena dan nasi goreng ‘coleseum’. Saiz hidangannya besar dan rasanya juga enak. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan, sekitar RM 12 dan RM 8 sepinggan.

nasi lemak qasreena cafe

Imej via Foursquare

Untuk nasi lemak pula, anda boleh cuba nasi lemak telur goyang dan nasi lemak ayam. Sambalnya sedap dan tidak terlampau pedas, rugi tak cuba!

Makanan Barat Yang Sedap-Sedap Belaka

Bukan makanan tempatan sahaja yang disediakan, malah makanan Barat juga boleh anda pesan. Antara menu yang ‘laku keras’ di sini ialah Chicken Chop dan Lamb Chop.

chicken chop

Imej via Foursquare

Menu-menu ini disediakan dengan beberapa cara – biasa, bersama Buttered Rice & bersama Eggs and Sausage. Untuk kekenyangan yang lebih berganda, pesan sahaja Buttered Rice.

Selain itu, menu lain juga boleh didapati. Fish & Chips, Garden Salad, Western Omelette dan Snacks Basket merupakan antara yang boleh anda cuba.

Banyak Lagi

Makanan lain yang boleh anda cuba di Qasreena Cafe ialah soto ayam. Hidangan bersaiz sederhana ini cukup enak dinikmati panas-panas semasa minum petang.

float qasreena cafe

Imej via Foursquare

Untuk minuman pula, minuman float merupakan minuman terlaris di kafe ini. Ada Bandung Soda, Rose Float dan Cupid Rose Float. Ianya tidak terlampau manis, dijamin sedap!

Kesimpulan

Sudah tidak sabar-sabar mahu menikmati hidagan yang lazat-lazat di Qasreena Cafe? Jika anda berkesempatan untuk ke Melaka, serbu sahaja sebelum terlepas peluang.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi kafe ini. Singgah pada waktu yang sesuai ya, takut berebut ruang parkir dan ruang dalam kafe nanti.

Alamat: 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil, 75450 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Sabtu (12 pm – 12 am) manakala Ahad (12 pm – 9.15 pm)

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Melaka? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
Tempat Makan Sedap di Melaka

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.