Starbucks sudah mengumumkan satu minuman yang ditunggu ramai akan kembali di Malaysia iaitu Pumpkin Spice Latte! Minuman ini menjadi kegilaan penggemar kopi terutamanya di luar negara. Sekarang rakyat Malaysia berpeluang merasai minuman ikonik ini di cawangan Starbucks berdekatan untuk masa yang terhad sahaja.

Imej via biggerbolderbaking

Pumpkin Spice Latte atau dikenali sebagai PSL oleh penggemarnya direka pada tahun 2003 oleh pengkaji kopi di Starbucks ketika beliau sedang mencari idea bagi ekspresso berperisa labu. Rasa PSL yang diterokai pada 16 tahun lalu tidak berubah dan membuatkan keunikannya tidak berubah.

Minuman ekspresso dan susu ini mengandungi labu asli, kayu manis, buah pala dan bunga cengkih untuk mencipta minuman yang menarik bagi penggemarnya. Pumpkin Spice Latte ini boleh disediakan secara panas, sejuk atau dikisar.

Starbucks juga ada memperkenalkan Halloween Merchandise Collection mereka! Bulan ini merupakan spooky celebration, jadi orang ramai harus bersedia.  Antara Halloween Merchandise Collection Starbucks adalah Halloween Bat Starbucks Card dan cawan berbentuk kucing hitam dan labu!

Selain itu, Starbucks juga melancarkan dua makanan bertemakan Halloween untuk penggemar makanan manis iaitu Jack-O’ Donut dan Creepy-Crawly Cupcake!

Imej via sugoidays

Pumpkin Spice Latte boleh didapati dengan harga RM17.50 sebagai harga permulaan. Untuk info lebih lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Starbucks.

Penulis: Nor Athirah

Seorang yang berminat untuk menulis sambil berkongsi ilmu.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.