Semua orang suka makan ayam goreng lebih-lebih lagi kanak-kanak. Apabila sebut ingin belanja ayam goreng KFC pasti mereka akan suka dan gembira. KFC mempunyai keunikan ayamnya yang tersendiri. Ayam yang digoreng rangup sehingga keemasan telah membuatkan masyarakat jatuh cinta dengan ayam gorengnya. KFC tidak asing lagi dari Malaysia.
KFC telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman. Sekarang lebih dari 500 cawangan KFC yang dibuka di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Di mana-mana sahaja kita pergi pasti ada KFC. Maka mudah lah kita untuk memesan KFC. KFC juga salah satu ‘fast food’ yang mudah dipesan untuk dimakan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
KFC kembali dengan tawaran baharu, KFC Golden Egg Crunch, yang boleh didapati di mana-mana lokasi KFC atau melalui aplikasi penghantaran KFC sahaja. Anda boleh memuaskan keinginan anda dengan harga serendah RM15.99 setiap bulan. Mari kita lihat dengan lebih mendalam apa yang berlaku.
Dengan promosi KFC Golden Egg Crunch, anda boleh bersulang untuk sebarang majlis dalam gaya keemasan! Cubalah sendiri gabungan ayam goreng rangup dengan rempah telur masin!
Harga tersebut termasuk cukai jualan (SST) 6%. Anda boleh membeli KFC Golden Egg Crunch di lokasi KFC tempatan anda, atau ia boleh dibeli secara dalam talian menggunakan aplikasi KFC Delivery. Jangan buang masa lagi dan jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja.
Promosi lain yang anda boleh cuba selain promosi Secret Recipe: