MZ Café Bangi menyediakan sehingga 365 menu setiap hari buat para pelanggannya demi memenuhi citarasa ramai.

Pasti anda terkejut melihat senarai menu yang begitu banyak di sini.

Sotong Bakar MZ

Imej via facebook

Sotong Bakar Limited Edition

Antara tarikan yang terdapat di sini menjelangnya waktu makan tengahari adalah sotong bakarnya yang begitu menyelerakan.

Kalau anda nak tahu, sotong bakar ini hanya dihidangkan sewaktu makan tengahari sahaja dan tidak dihidangkan pada sebelah malam.

Bak kata pepatah limited edition.

 Jadi, sekiranya anda ingin menjamu selera dengan sotong bakar, datanglah ke restoran ini sewaktu tengahari.

Pasti anda akan dapat menikmati sotong segar yang dibakar dan dimakan bersama sos pencicah yang disediakan.

Kalau tak nak kecewa, datanglah awal untuk mendapatkannya.

Pelbagai Masakan Di Sebelah Malam

Pada sebelah malam, café ini menyediakan pelbagai hidangan masakan panas ala Thai, makanan western, ikan bakar dan pelbagai jenis pilihan lagi.

Ikan Bakar MZ

Imej via facebook

Ruang saiz yang agak besar membolehkan café ini menampung jumlah pelanggan yang ramai pada satu – satu masa.

Kemudahan lain yang turut disediakan di sini adalah ruang solat yang bersaiz medium sangat selesa digunakan.

Para pelanggan tidak perlu risau untuk menunaikan solat setelah masuk waktu solat.

Kemudahan tandas yang bersih juga turut disediakan buat para pelanggan.

Ketam MZ

Imej via facebook

Tempat meletak kenderaan juga adalah mencukupi memandangkan café ini berada di suatu kawasan luas dan besar.

Anda tidak perlu khuatir jika berkunjung ke sini kerana ruang parkirnya yang begitu banyak tersedia untuk para pelanggan.

Bagi ibu bapa yang membawa anak – anak menjamu selera di sini, terdapat playground yang menyediakan bounty castle untuk kanak – kanak bermain.

Suasana persekitaran restoran ini yang meriah dengan lampu warna – warni turut menjadi tarikan orang ramai.

Dewan Untuk Pelbagai Majlis

Café ini turut menyediakan sewaan dewan untuk pelbagai majlis. Ia terletak bersebelahan café sahaja.

Anda boleh merancang untuk mengadakan majlis di sini dengan kadar sewaan yang berpatutan.

mzhall

Imej via facebook

Tempahan makanan juga akan diuruskan oleh café ini dengan harga yang sangat berpatutan.

Sekiranya anda tiada masa untuk menjamu selera di café, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan dari café ini.

Waktu tempahan adalah bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 11.00 malam setiap hari Isnin hingga hari Khamis.

Manakala pada hari Jumaat hingga Ahad pula, tempahan bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 12.00 malam

Walaubagaimanapun, perkhidmatan penghantaran pesanan ini hanya untuk pelanggan sekitar jarak 7.5 km dari MZ Café sahaja dengan pesanan minima ialah RM 15.00 sahaja.

MZ Café ini mula beroperasi pada jam 7.00 pagi dengan menghidangkan menu sarapan pagi buat para pelanggan.

Alamat : MZ Garden Hall / MZ Cafe Bangi, Lot 5057, Jalan Utama, Kg. Dato Abu Bakar Baginda, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.