Mencari port nasi ayam yang best?
Nasi ayam boleh dikategorikan sebagai antara makanan yang sangat digemari oleh orang kita tanpa mengira bangsa. Makanlah berapa banyak kali pun, memang tak jemu.
Mahu menikmati nasi ayam yang menepati citarasa anda? Berikut kami senaraikan 10 port nasi ayam yang sedap-sedap sekitar KL & Selangor, Teruskan membaca ya!
Alamat: 50, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 10 malam
Walaupun gerai nasi ayam ada berbagai, tak semuanya mampu menyediakan nasi ayam Hainan yang sedap, halal dan asli. Berbeza dengan restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng yang sangat popular ini.
Nasi yang lembut serta isi ayam yang sangat juicy menjadi punca utama menu ini begitu digemari. Sambalnya yang pedas dan manis juga merupakan pelengkap selera hidangan ini.
Untuk menggandakan lagi keenakkannya, pesanlah menu sampingan bersama. Kerabu kaki ayam, tauhu kukus dan kerabu mangga merupakan antara menu sampingan yang terlazat di sini.
Restoran ini juga menggunakan resepi turun-temurun sejak tahun 1965 lagi, jelas menunjukkan yang kualiti nasi ayam Hainan di sini sangat terjaga. Memang rugi kalau anda tak cuba!
Alamat: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 8 pagi hingga 7 malam
Restoran CRG Chicken Rice Guys ini juga merupakan antara port nasi ayam yang wajib anda serbu. Restoran ini baru beroperasi sejak 2014, namun sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan.
Nasi ayam Hainan merupakan menu yang laku keras di restoran CRG Chicken Rice Guys ini. Resepi yang digunakan asli dan sambal kicapnya juga dibuat sendiri.
Isi ayam yang lembut dan secukup rasa membuatkan ramai pelanggan menggemarinya. Nasinya juga lembut dan tidak tawar, jadi bila dimakan bersama sup dan sambal kicap memang berganda kelazatannya.
Jangan lupa pesan menu sampingan bersama. Anda boleh cuba sup wantan, taugeh kukus dan bakchoy. Pasti lebih sedap dan mengenyangkan!
Alamat: 299, Jalan Gombak, Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 11 malam
Melihat namanya, anda pasti tertanya-tanya tentang penangan nasi ayam di restoran Nasi Ayam Mancongkam ini, bukan? Mencengkam sangat ke? Semestinya ya!
Buktinya, restoran ini selalu ramai dengan pelanggan, terutamanya pada waktu tengah hari. Jelas menunjukkan yang nasi ayam di sini bukan sebarang nasi ayam.
Ayamnya garing di luar namun lembut isinya. Supnya juga secukup rasa, memang mampu membangkitkan selera siapa sahaja. Kicapnya juga masin dan manis, rugi kalau anda tak cuba!
Alamat: 2, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 8 pagi – 11.30 malam
Sekiranya anda berada di Shah Alam, singgah sahaja di Nasi Ayam Pak Mal untuk menikmati nasi ayam yang bukan biasa-biasa sedapnya.
Keistimewaan utama nasi ayam di sini terletak pada sambal kicapnya. Sedikit tips, tuangkan saja sambal kicap pada ayam kalau anda mahukan rasa ayam yang pedas dan manis. Dijamin sedap!
Restoran ini juga turut menyediakan banyak lagi menu yang lazat selain nasi ayam. Jika anda datang ke sini bersama keluarga, pesan sahaja mana-mana menu yang anda teringin.
Alamat: 102, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 9 malam
Jika anda pencinta nasi ayam, nama restoran Nasi Ayam Hailam ini pasti sudah biasa anda terdengar. Maklumlah, bila restorannya popular, siapa sahaja yang tak kenal?
Ayamnya tidak terlampau masin dan isinya cukup lembut. Saiz hidangannya juga agak besar, jadi kalau anda datang dengan perut yang kosong pun tak menjadi masalah.
Hidangan sampingan yang wajib anda pesan bersama ialah kerabu mangga dan wantan goreng. Kerabu mangga yang tidak terlampau masam dan wantan goreng yang rangup mampu menggandakan keenakkan menu ini.
Alamat: 18, Jalan Besar, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 11 malam
Berada sekitar Batu Caves? Alang-alang isi sahaja perut anda dengan mencuba nasi ayam di Nasi Ayam Sup 88. Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan nasi ayam, malah sup Utaranya juga merupakan antara menu yang laku keras.
Yang istimewanya, nasi yang disediakan merupakan nasi butter. Jadi, ianya lebih lembut dan lemak berkrim. Ayamnya juga sedap, pendek kata nasi ayam di sini memang terbaik!
Sup yang disediakan juga sangat dipuji. Sup daging dan sup cendawan merupakan antara yang dikatakan terbaik di sini. Kalau dimakan bersama nasi ayamnya, pasti lazat & kenyang tak terhingga!
Alamat: Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 pagi – 10 malam
Nasi ayam memang makanan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Baik pada waktu sarapan, makanan tengah hari mahupun makan malam, semuanya boleh. Asalkan dapat isi perut!
Nasinya lembut dan tidak tawar. Sup yang disediakan juga menggandakan kelazatan nasi ayam. Ayamnya pula lembut isinya, memang nasi ayam yang ‘tip-top’!
Selain itu, servis yang ditawarkan, suasana dan kebersihan restoran juga turut dipuji ramai. Memang rugi kalau anda tak singgah di restoran Nasi Ayam Hainan Ikhwan ini!
Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 pagi – 3.30 petang
Jika anda tanyakan tentang nasi ayam yang terkenal di Taman Melawati, pasti penduduk di situ tahu nasi ayam apa yang anda maksudkan – semestinya Melawati Nasi Ayam Aunty Hainan!
RM 5 untuk nasi ayam Hainan yang sedap rasanya dan asli resepinya? Sangat berbaloi! Selain itu, saiz hidangannya juga besar dan sambal yang disajikan juga enak.
Restoran ini sering diserbu oleh orang ramai pada waktu tengah hari, jadi anda perlu datang sedikit awal agar tidak terlepas peluang nanti. Kalau tidak, memang frust habis!
Alamat: Persiaran Subang Mewah, Taman Subang Mewah, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6.30 pagi – 1.30 pagi
Subang Jaya memang terkenal dengan lambakan kedai makan yang menarik. Nasi Ayam Klasik USJ merupakan salah satu restoran yang boleh anda singgah untuk mencuba nasi ayam yang lazat dan berpatutan.
“Best nasi ayam in town”, merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggannya. Ayam yang disediakan bersaiz besar dan sambalnya juga pedas.
Restoran ini juga ada menyediakan nasi campur dan aneka jenis lauk-pauk. Alang-alang singgah di sini, cuba sahaja nasi ayam dan nasi campurnya, pasti anda akan menyukainya!
Alamat: 2831, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 10.30 malam
Restoran Ewa ini menyediakan hidangan Cina-Muslim yang berbagai, dan nasi ayam atau Nasi Ayam Krispi merupakan antara menu terlaris di sini.
Kalau anda sukakan nasi ayam yang garing ayamnya, inilah restoran yang wajib anda tuju untuk mencuba menu itu. Ayam di sini diakui garing oleh pelanggannya sendiri dan semestinya sedap.
Ada yang mengatakan rasa ayamnya unik kerana jarang-jarang dijumpai nasi ayam yang garing di luar, jadi jika anda tertanya bagaimana rasa menu ini, singgah sahaja sebelum rugi!
Anda pasti sudah tak sabar-sabar mahu serbu port nasi ayam Hainan yang kami senaraikan ini, bukan? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja sebelum rugi!
Kami juga ingin nasihatkan agar anda datang pada waktu yang sesuai, kerana pada waktu kemuncak selalunya ramai pelanggan yang menyerbu. Takut nanti melepas pula.
Selamat menjamu selera!