PD Famous Cendol Coconut – jika anda menetap di PD, pasti nama ini sudah terbiasa anda dengar. Biasalah, tempat makan popular!

Sempena cuti yang bakal menjengah hujung tahun nanti, pasti ada di antara pembaca yang bercadang untuk ke Port Dickson atau PD yang merupakan destinasi pelancongan paling terkenal di Negeri Sembilan.

Kami cadangkan agar anda singgah di PD Famous Cendol Coconut dan cuba hidangan-hidangan istimewa di sini. Eh, hidangan apa tu? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Berbagai Jenis Cendol Yang Enak-Enak Belaka

Tidak dinafikan, bila cuaca panas-panas sebegini semestinya tekak anda mula memanggil-manggil minuman yang menyejukkan tekak seperti cendol.

Untuk itu, cubalah cendol di restoran ini untuk menyegarkan tekak anda. Kalau dah ada di nama restorannya, pasti hidangan itu merupakan antara yang paling istimewa!

Ramai pelanggan memuji rasanya yang manis namun tidaklah terlampau. Sebaik sahaja mereka merasai cendolnya, kenikmatan gula melaka dan santannya kian terasa, memang ‘best’!

cendol jagung aiskrim

Imej via Instagram

cendol @ pd famous cendol coconut

Imej via Foursquare

Ada beberapa jenis cendol yang boleh dicuba – cendol pulut, cendol jagung, cendol aiskrim, cendol durian dan cendol biasa. Harganya? Cuma RM 2 semangkuk untuk cendol biasa, sangat berpatutan!

Coconut Shake, Minuman Lemak Berkrim Kegemaran Ramai

Kurang menggemari cendol? Tidak mengapa, cubalah Coconut Shake di sini pula. Minuman ini juga merupakan minuman terlaris di restoran ini selepas cendol.

coconut shake

Imej via Foursquare

Minuman ini dipuji kerana rasa lemak berkrimnya yang boleh bikin sesiapa sahaja ketagih. Rasa kelapanya juga agak ‘strong’ dan kemanisannya juga tidak melampau.

Ada dua jenis coconut shake yang disediakan – Coconut Shake Biasa dan Coconut Shake Aiskrim. Coconut Shake Biasa berharga RM 2 dan Coconut Shake Aiskrim yang berharga RM 3. Sangat berpatutan dengan kualitinya!

Aneka Jenis Makanan, Sesuai Untuk Minum Petang

Bukan minuman sahaja yang disediakan di sini. Makanan pun tidak terkecuali. Makanan-makanan yang disediakan kebanyakannya sangat sesuai dinikmati untuk minum petang.

pisang goreng cheese

Imej via Instagram

Antara hidangan berat yang boleh anda cuba ialah laksa, mi bandung dan nasi ayam. Untuk makanan ringan pula, goreng pisang ‘cheese’ yang manis dan rangup wajib anda pesan.

Banyak Lagi

Kalau berada di Negeri Sembilan, semestinya anda tak akan dapat lari daripada hidangan yang lazat ini – Masak Lemak Daging Salai. Rasanya sedap dan tidak terlampau pedas.

pd famous cendol coconut

Imej via Instagram

Selain itu, sotong bakar dan kerang bakar juga turut disediakan. Kalau dimakan bersama lauk-pauk dan ulam-ulaman yang lain, pasti lebih enak dan mengenyangkan!

Kesimpulan

Mula gatal-gatal tekak kerana membayangkan keenakkan hidangan di PD Famous Cendol Coconut ke tu? Usah berlengah-lengah lagi, singgah sahaja jika anda ke PD!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian ya, takut nanti terlepas peluang nak menikmati cendol dan Coconut Shake pula.

Alamat: Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 pagi – 7 malam

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Port Dickson? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Sedap di Port Dickson

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.