Buat peminat roti sekalian, sekiranya anda datang ke Melaka, wajiblah mencuba roti nan di Pak Putra Tandoori Dan Nan. Pelanggan biasanya makan di meja luar restoran berbumbungkan langit sambil menghirup angin malam, sangat santai suasana kedainya. Tandoori dan Nan di sini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.

tandoori dan nan
Imej via [google]

Naan Dan Tandoori Penuh Permintaan

Sementara hidangan lain dimasak di dapur belakang restoran, naan dan ayam tandoori disediakan menggunakan dua ketuhar tandoori tanah yang diletakkan betul-betul di luar kedai. Oleh itu, pengunjung boleh melihat proses penyediaannya. 

tandoori dan nan
Imej via [google]

MENU UTAMA DI RESTORAN PAK PUTRA TANDOORI DAN NAN

Menu makanan di Pak Putra agak banyak sebenarnya. Selain dari pelbagai jenis roti naan dan ayam tandoori, terdapat juga pilihan sayur-sayuran, daging dan makanan laut yang dimasak dalam pelbagai variasi. 

Sesuai dengan kemasyhuran restoran ini, hampir 20 jenis roti nan dihidangkan. Antaranya adalah Planta Nan, Onion Nan, Cheese Nan, Garlic Nan, Kashmiri Nan dan macam-macam lagi pilihan. 

Roti nan yang segar baru dimasak sangat gebu dan empuk panas-panas pasti membuatkan anda terliur. Kemudian, ia dimakan bersama kuah dan kari yang disediakan.  Kuantiti yang dihidangkan juga berbaloi dan mengenyangkan.

naan roti
Imej via [bangsar]

Untuk menu  tandoori juga banyak pilihannya. Antara yang menarik adalah Chilly Chicken Garlic, Chicken Pasanda, Bombay Chicken, Chicken Kolhapuri dan sebagainya. Ayam tandoorinya yang lembut dan juicy telah diperap dengan rempah ratus dimakan bersama beberapa cicahan yang disediakan.

roti naan
Imej via [google]

MENU LAIN DI RESTORAN PAK PUTRA TANDOORI DAN NAN

Selain tandoori dan nan, terdapat juga menu daging yang disediakan di sini seperti Mutton Kolhapuri, Acar Mutton, Mutton Saagwala dan sebagainya.

Di samping itu, anda juga boleh menikmati makanan laut. Sebagai contoh Fish Masala, Fish Goan Curry, Tawa Prawns, Prawns Pasanda dan lain-lain lagi.

Seterusnya, hidangan berunsurkan vegetarian juga dihidangkan semisal Potato Zeera, Spinach With Cheese dan Tawa Vegetables.

roti naan
Imej via [google]

Jika ditanya akan minuman pula, minuman yang terkenal di sini adalah Lassi, Mango Lassi, Watermelon Juice, Apple Juice dan sebagainya.

Pak Putra Tandoori Dan Nan sangat terkenal dengan keenakan roti nan serta ayam tandoori mereka. Kebiasaannya pengunjung datang makan pada malam hari sebagai makanan supper. 

Lokasi: 56 & 58, Jalan 4, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 5.30 pm – 1 am

No Telefon: 012 601 5876

Jom baca juga Jom baca juga Restoran Indorassa, Restoran Jepun Halal Selangor, Fujiyama Japanese Restaurant dan Soru Station.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.