Otak- otak sangat popular di Gelang Patah, Johor. Ia sering menjadi kudapan atau merupakan hidangan ringan yang sering disajikan kepada para pengunjung restoran sambil menunggu hidangan utama yang dipesan tiba.

Ia merupakan isi ikan yang diadun bersama rempah ratus, dibungkus dalam daun kelapa dan seterusnya dipanggang pula. Untuk versi terkini, otak – otak dibungkus pula dalam kulit popia dan digoreng pula dengan minyak panas. Sesuai dimakan pada waktu minum petang.

Mueng Kao Thai Cuisine merupakan sebuah restoran makanan Thai terletak di Damansara Jaya, Selangor. Ia bukan sahaja menyajikan pelbagai hidangan Thailand, malah turut memperkenalkan otak – otak berkuah menggunakan resepi dari negara Thailand.

Otak-Otak Berkuah

Imej via facebook

Otak – Otak Berkuah

Restoran ini dimiiki oleh Iman Rosul menyajikan otak – otak berkuah di restorannya yang disajikan bersama makanan laut segar. Ia terdiri dari sotong dan udang yang dimasak bersama kuah santan dan juga cili.

Rasa otak – otak ini hampir sama dengan otak – otak tempatan, namun kuahnya yang pekat serta lemak pedas menampilkan rasa yang berbeza. Itulah istimewanya kuah otak – otak yang dihidangkan di sini.

Keunikan otak – otak Thailand ini adalah kerana ia diadun bersama rempah istimewa, dimasak dengan cara kukus dan dihidang dengan sebiji kelapa muda. Ia juga sesuai dijadikan sebagai ‘starter’ selain dijadikan hidangan ringan minum petang.

Restoran ini juga turut menyajikan hidangan dari bahagian tengah Thailand yang menampilkan makanan tradisional penduduk negara tersebut. Thailand menampilkan hidangan yang berbeza mengikut daerah, iaitu Thailand Timur Laut, Thailand Utara, Thailand Tengah dan juga Thailand Selatan.

Setiap daerah di Thailand memiliki pengaruh masakan Cina kecuali Thailand Tengah yang sehingga kini masih mengekalkan keaslian makanan tradisional penduduk tempatan. Sajian hidangan Thailand yang dibawa ke negara kita rata – rata dari bahagian selatan Thailand.

Ketam Butter

Imej via facebook

Hidangan Dari 4 Buah Daerah

Hidangan yang mempunyai pengaruh dari empat buah bandar utama iaitu Ayutthaya, Bangkok, Sukhotai dan Kanchanaburi disajikan di restoran ini. Sajian asli yang mempunyai ramuan asli serta teknik – teknik masakan tradisional menjadikan hidangan di sini begitu berbeza.

Menu – menu yang disediakan di sini juga merupakan hidangan yang jarang kita temui di restoran lain. Antara menu yang disajikan adalah ikan puyu Australia yang dikukus bersama cili serta limau nipis. Ternyata ianya menu yang begitu unik dan pasti membuka selera anda.

Miang Kham yang merupakan kudapan tradisional yang semakin popular di negara ini turut menjadi menu pillihan restoran ini. Ia merupakan kepingan daun kaduk yang dimakan bersama beberapa bahan serta sosnya pedas manis boleh dimakan begitu sahaja.

Tomyam putih bersama udang juga pasti membuka selera. Menu kangkung goreng Thai pula digoreng bersama sos istimewa sememangnya enak dimakan bersama nasi panas. Malah boleh dimakan sebagai kudapan.

Aiskrim Kelapa

Imej via facebook

Ais Krim Kelapa Penyejuk Hati

Ais krim kelapa antara pencuci mulut yang sememangnya menyegarkan. Tambahan pula ia dihidangkan dengan taburan biskut kelapa serta kacang rangup menjadikan ia cukup sempurna.

Boleh juga anda mencuba pulut mangga yang memang sinonim dengan ‘side dish’ Thai. Hidangan bubur nangka pula disajikan bersama buah kabung, red ruby menjadikan ia pencuci mulut yang harus anda cuba.

Restoran ini dibuka setiap hari mulai jam 12.00 tengahari hingga jam 10.00 malam setiao hari.

Alamat: SS 22/11, 47400Petaling Jaya

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .