Pernah tak pergi kedai makan yang boleh lihat chef masak secara terbuka? Susah nak jumpa kan. Tetapi tidak di Gerai Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey. Chef Fauzey seorang bekas tukang masak di Hotel dan kini menjalankan perniagaan nasi lemak goreng. Viral tau!

Imej via [youtube]

Gerai Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey adalah terbuka di mana anda boleh melihat Chef Fauzey memasak. Bertapak di PJ Old Town, menu nasi lemak goreng Chef Fauzey ini mendapat sambutan ramai sehinggalah sekarang. 

Imej via [facebook]

Nasi lemak goreng sama sahaja seperti nasi lemak biasa cuma nasi tersebut digoreng dengan resepi yang tertentu. Ia dimakan bersama lauk-lauk nasi lemak yang biasa. Sebagai contoh, lauk sambal ayam, sambal kerang, paru, ayam goreng rempah dan lain-lain lagi.

Imej via [facebook]

Begitu juga dengan menu makanan di Gerai Nasi Lemak Goreng By Chef Fauzey ini. Jom tengok antara menu yang boleh kita cuba jika ke sini.

Menu Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey 

Menu utama di sini adalah nasi lemak goreng dan ia diinspirasikan dari pengalaman Chef Fauzey sendiri. Suatu ketika dahulu semasa beliau berniaga nasi lemak biasa, seorang lelaki sering datang makan di gerainya dan memintanya menggorengkan nasi lemak itu untuknya.

Banyak kali juga, akhirnya Chef mencipta resepinya tersendiri lalu menghasilkan nasi lemak goreng. Menarik bukan? Pada waktu itu belum ada nasi lemak goreng lagi, akhirnya ia viral.

Imej via [facebook]

Nasi lemak goreng Chef Fauzey ini lengkap dengan rasa kerana ia juga mengalami proses wok hei di mana chef memasak menggunakan api yang besar untuk mendapatkan aroma makanan tersebut. 

Antara lauk pauk nasi lemak yang boleh anda pilih adalah seperti ayam goreng rempah, udang goreng, telur mata dan juga ikan goreng. 

Menu Lain Di Gerai Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey

Imej via [google]

Selain nasi lemak goreng, menu lain yang terdapat di gerai ini juga adalah nasi lemak kukus ayam, nasi lemak kukus biasa dan nasi goreng biasa. 

Apa yang boleh dikatakan adalah masakan sangat sedap, penuh rasa dan tak jemu makan. Sekali rasa, pasti akan datang lagi. Amat disarankan untuk sesiapa yang belum pernah merasai nasi lemak goreng buatan Chef Fauzey.

Imej via [google]

Tips Berkunjung Ke Gerai Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey

Chef Fauzey juga menyediakan self pickup untuk kawasan berdekatan. Terdapat banyak meja dan kerusi untuk anda makan di kedai. Walaupun ia berkonsepkan gerai atau kedai makan kecil-kecilan tetapi sangat selesa dan sangat ramai penggemar makanan masakan gerai ini. 

Lokasi: Jalan Sentosa 3/57, Pj Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 6 Petang sehingga 10 Malam

Telefon: 019-3765886

Jom baca juga Cendol Durian Runtuh dan Masakan Padang Asli Kampung Baru

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.