Mungkin ada yang tidak mengetahui lokasi sebenar Balakong ini. Balakong sebenarnya terletak di kawasan sempadan Cheras. Banyak pembangunan yang telah berlaku di sekitar kawasan ini.

Sekiranya anda mempunyai urusan di sekitar Balakong, apa kata anda cuba menjejaki beberapa tempat makan yang begitu menarik di sekitarnya. Pasti anda tidak akan rugi jika mencubanya.

#1. Restoran Ayam Penyet Bulldozer

Hidangan utama di sini adalah nasi ayam penyet seperti mana nama restorannya. Sambal cili yang disediakan memang terangkat jika menikmatinya. Pedas dan sedap.

Ayam Penyet @Ayama Penyet Bulldozer

Imej via facebook

Selain itu, menu lain yang juga menarik untuk dicuba adalah gulai utara yang dihidangkan dalam periuk tanah liat (claypot). Ikan yang digunakan untuk masak gulai ini juga segar dan masih manis rasanya. Memang terasa padu gulai ini.

Seafood @Ayam Penyet Bulldozer

Imej via facebook

Terdapat menu – menu lain seperti asam pedas, shellout (Thai spicy chili / curry masala / lemon buttermilk), masakan panas, makanan Barat seperti chicken chop, pasta, lamb chop dan banyak lagi. Kalau anda hendak tahu, nasi goreng bulldozer memang berbaloi untuk dicuba.

Dengan harga RM 11.00 sepinggan, anda boleh menikmati nasi goreng dengan saiz hidangan yang agak besar yang disajikan bersama chicken chop bersama kuah black pepper, coleslaw, telur mata dan 3 – 4 ekor udang goreng.

Alamat : No 49, Off Jalan Balakong, Jalan Cengal, Taman impian Ehsan, 43300 Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11:00 pagi hingga 11:45 malam setiap hari

#2. Restoran Warung Pak Ali

Restoran Warung Pak Ali yang terletak di Balakong ini merupakan cawangan kedua restoran ini. Ia menyajikan hidangan ala Thai, seafood, ikan bakar, masakan panas, makanan Barat, otak – otak serta sate. Kepelbagaian menu ini memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati hidangan yang bervariasi.

Chicken Chop @Warung Pak Ali

Imej via facebook

Anda boleh mencuba tomyam di sini yang memang puas hati kalau dapat menikmatinya. Ikan tiga rasa, stim limau, kangsom, bakar antara yang menjadi pilihan.

Mee Celup @Warung Pak Ali

Imej via facebook

Sebagai hidangan terakhir mungkin anda boleh mencuba pulut mangganya yang lemak manis, coconut shake serta air batu campur (ABC) yang sememangnya menarik hati.

Alamat : 30, Jalan Balakong Jaya 6, Taman Balakong Jaya, 43300 Balakong, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari

#3. Experiment Kitchen

Experiment Kitchen bukanlah sebuah dapur untuk membuat eksperimen, tetapi ia sebenarnya sebuah restoran yang agak terkenal di kawasan ini. Restoran ini memang mendapat perhatian ramai sebaik sahaja ia mula beroperasi suatu tika dahulu.

Burger @Experiment Kitchen

Imej via facebook

Ia sangat popular kerana menu yang disajikan begitu enak sekali. Menu utama adalah makanan Barat yang pastinya menarik minat ramai. Ruang makan yang tersedia juga begitu selesa.

Hidangannya pula didatangkan dalam bentuk set dan pakej yang menarik. Namun, terdapat juga set biasa yang boleh anda pilih. Antara menu yang menarik terdiri dari chicken chop dan juga lamb chop.

Western Food @ Experiment Kitchen

Imej via facebook

Ada berbagai pakej yang disediakan seperti set talam, mini talam dan burger. Disediakan set biasa seperti chicken chop, lamb chop, salmon, pasta, nachos dan banyak lagi.

Yang menariknya lagi, restoran ini memberikan diskaun sebanyak 10% pada hari Selasa untuk Ladies, Rabu untuk pelajar dan pada hari Khamis pelanggan yang memakai baju kuning akan mendapat hidangan sup cendawan dan garlic bread percuma.

Alamat : Pusat Perniagaan Cheras Maju, Jalan Cheras Maju, 43200 Balakong Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.30 petang hingga hingga 1.00 pagi setiap hari (kecuali Isnin tutup)

#4. Don’s Cafe

Menikmati hidangan makan malam di atas bukit menghadap tasik, antara suasana damai dan tenang yang boleh anda rasakan di Don’s Café ini. Sudahlah pemandangan dari tempat makan cukup menarik, ditambah pula menu yang tersenarai cukup menggegar selera.

Burger @ Don's Cafe

Imej via facebook

Mungkin ramai tidak tahu hendak memilih yang mana satu menjadi pilihan hati, apa kata cuba salah satu menu killer di sini. Antara menu killer dan popular di sini adalah nasi lemak ayam crispy, monster burger besar gedabak, nachos ayam, roti john cheese leleh, makanan Barat seperti chicken chop, lamb chop, fettucini carbonara, masakan panas dan ala carte, air buah raksasa dan juga mangga susu blended.

Mee Udang @Don's Cafe

Imej via facebook

Lagi satu tarikan di restoran ini adalah perkhidmatan wifi percuma, memang seronoklah kalau duduk lama di sini. Terdapat juga live band pada malam minggu, pasti terhibur. Malah, terdapat skrin besar disediakan untuk menonton movie dan juga perlawan bola secara langsung.

Alamat : No 11A, Jln Suarasa 8/3, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari (kecuali Isnin tutup)

#5. Bidor Station Kopitiam

Harga chicken chop di sini sangat murah dan rasanya juga enak. Nampak macam sama seperti di tempat lain, namun ianya berbeza dari segi rasa dan harga. Bidor Station Kopitiam menjanjikan sesuatu yang berbeza.

Lamb Chop @Bidor Station Kopitiam

Imej via facebook

Kualiti makanan di sini seperti makan di hotel, namun harganya seperti makan di warung. Pernah menjadi pilihan JJCM, pastinya memiliki hidangan yang istimewa.

Mee Kari Ketam @Bidor Station Kopitiam

Imej via facebook

Menu yang boleh anda nikmati selain chicken chop yang sedap adalah seperti mee rebus tulang, tomyam, mee sup, laksa Bidor, menu makanan Korea, dessert seperti aiskrim, udang galah tempoyak,udang galah gulai kemangi dan banyak lagi.

Dekorasi restorannya sangat old school tapi tetap memiliki keunikan yang tersendiri.

Alamat : Jalan Seri Taming 1E, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.30 tengahari hingga 2.00 pagi setiap hari

#6. Nasi Lemak Tepi Jalan 1996

Nasi lemak tepi jalan bukan sekadar nama. Ia antara restoran yang begitu terkenal dengan menu nasi lemaknya yang begitu enak dan menyelerakan.

Nasi Lemak Lobster @Nasi Lemak Tepi Jalan

Imej via facebook

Jika anda biasa melihat di serata tempat orang menjual nasi lemak yang dilengkapi sambal bilis, ayam goreng, timun dan juga kacang tanah, namun di restoran ini anda boleh menikmati nasi lemak bersama ketam dan juga lobster.

Nasi Lemak Ketam @Nasi Lemak Tepi Jalan

Imej via facebook

Lauk sampingan ini ternyata begitu padu rasanya apabila dimakan bersama nasi lemak. Mungkin ada yang merasa pelik dengan menu ini, namun ianya cukup enak apabila dinikmati bersama.

Ketam dan lobster dimasak bersama sos keju, pastinya memberi sedikit kelainan rasa. Namun, itulah penyedap hidangan ini. Harga pula sangat berpatutan iaitu hanya RM 20.00 untuk nasi lemak lobster dan RM 25.00 untuk nasi lemak ketam.

Alamat : D1- 7, 28-G, Jalan Dutamas 1, Balakong, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 malam hingga 1.00 pagi setiap hari

#7. Kopi & Kesum

Kopi & Kesum merupakan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai hidangan menarik untuk dinikmati. Semua menu yang disediakan pula begitu enak seolah – olah hasil air tangan seorang ibu, pendek kata sepert makan di rumah sendiri.

Asam Pedas @ Kopi & Kesum

Imej via facebook

Menyajikan pelbagai hidangan dari Johor dan beberapa menu tempatan, ternyata ia memberi kepuasan kepada para pelanggan yang datang menjamu selera. Antara menu yang terdapat di sini adalah sepert laksa Johor, asam pedas, mee rebus, mee kari, soto, bihun sup, laksa dan banyak lagi menu.

Laksa Johor @Kopi &Kesum

Imej via facebook

Asam pedasnya menggunakan resepi asli dari Muar, memang terbaik rasanya. Bagi yang sukakan dessert, anda boleh menemui pelbagai jenis kuih – muih tradisional di sini. Jangan lupa secawan kopi yang sedap di sini.

Alamat : 27, Jalan Balakong Jaya 2, Taman Balakong Jaya, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#8. Le Gardenz Café

Bagi yang tidak sempat bersarapan pagi boleh juga mencuba brunch set yang terdiri dari pelbagai menu menarik seperti healthy vege sandwich, nasi lemak with rendang, black pepper chicken with rice, seafood paprika, marmite fried chicken with rice, eggs benedith dan banyak lagi.

Ayam Grilled @Le Gardenz Cafe

Imej via facebook

Antara lain yang disajikan adalah masakan Barat yang sedap – sedap. Antara menu light blues yang boleh dicuba adalah seperti beef ball, lamb ball, Mexican taco chicken, winder fries, Italian cheezy bread, fried mushroom, chicken popcorn, sweet potato fries  dan banyak lagi.

French Toast @ Le Gardenz Cafe

Imej via facebook

Layanan yang diberikan oleh staff di restoran ini cukup bagus. Harga makanan pula sangat berpatutan dan berbaloi dengan hidangan yang disajikan.

Alamat : Jalan Kpb 5, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan dibuka mulai jam 9.30 pagi hingga 11.00 malam setiap hari Sabtu dan Ahad

#9. Restoran Umi Steak & Café

Restoran Umi Steak & Café ini terletak berhampiran AEON Balakong (Cheras Selatan), apa kata lepas membeli belah di AEON, singgah makan di sini dahulu sebelum terus pulang ke rumah. Jom kita tinjau menu yang terdapat di restoran ini.

Steak @Restoran Umi Dan Steak

Imej via SayzonEdward

Menyediakan sarapan pagi yang menarik dan pelbagai, boleh anda nikmatinya di waktu pagi. Ada nasi lemak, mee dan bihun goreng, nasi goreng, kuih muih dan sebagainya.

Masakan panas juga turut disediakan mengikut permintaan pelanggan. Anda boleh mencuba masakan panas ala Thai tomyam, ayam goreng kunyit yang sedap, ikan siakap dan banyak lagi.

Nasi Goreng @Restoran Umi Dan Cafe

Imej via SayzonEdward

Paling mendapat permintaan ramai adalah masakan Baratnya yang memang best ! Anda boleh mencuba set special grill chicken yang terdiri dari spaghetti, chicken chop grill, kentang goreng dan salad, di samping sos lada hitamnya yang begitu menarik sekali.

Alamat : No 5, Jln Suakasih 1/2, bandar Tun HUssein Onn, 43200 Cheras, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#10. Restoran Gulai Panas

Gulai bukan sebarang gulai, gulai panas disajikan buat para pelanggan. Restoran Gulai Panas menyediakan pelbagai menu mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Nasi Goreng @Restoran Gulai Panas

Imej via facebook

Ia terdiri dari nasi campur kampung style pastinya menjadi pilihan ramai. Menu gulainya juga sangat mendapat permintaan. Ada sup utara, nasi ayam, nasi ayam penyet dan banyak lagi lauk pauk kampung yang menarik.

Nasi Goreng @Restoran Gulai Panas

Imej via facebook

Selain itu, bagi masakan panas yang paling menarik untuk dicuba adalah nasi goreng Obama yang dilengkapi pelbagai lauk pauk menarik dan mengenyangkan. Terdapat juga char kuetiaw, sup gear box, yong tau fu, sotong kangkong, sate, burger bakar dan banyak lagi pilihan.

Memang rugi kalau tak mencuba menu – menu yang ada di sini.

Alamat : 24A, Jln Suarasa 8/5, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#11. Sate Rosley dan Anak-Anak

Siapa tak suka sate, memang rugi. Kerana sate mempunyai keunikan yang tersendiri. Sate Rosley dan Anak-Anak yang merupakaan perniagaan keluarga ini begitu mendapat sambutan ramai, tidak kira bangsa samada Melayu, Cina mahupun India.

Sate @ Sate Rosley Dan Anak Anak

Imej via broughtup2share

Sate yang dibakar sangat lembut, berjus serta terasa perapan yang enak. Kuah kacangnya pula pekat dan cukup rasanya, lemak, manis dan pedas.

Sate @Sate Rosley Dan Anak - Anak

Imej via foursquare

Gerai ini sentiasa dipenuhi orang ramai yang cukup menggemari sate di sini. Anda boleh memilih samada sate ayam, daging atau kambing. Nasi impit juga turut disediakan mengikut pesanan pelanggan.

Tunggu apa lagi, jomlah kita cuba sate Rosley ini.

Alamat : Jalan Besar, Balakong, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam setiap hari Selasa hingga Ahad (kecuali Isnin tutup)

#12. Warung Simple

Warung ni nama saja simple, tetapi menu yang disajikan di sini tidaklah terlalu simple. Malah, menu – menu yang ada sangat menggamit selera anda.

Tomyam @Warung Simple

Imej via facebook

Apa yang ada di sini agaknya ? Kalau anda hendak tahu, di Warung Simple ini terdapat set nasi bersama gulai dan pilihan samada ayam cincang goreng / keli goreng / bawal goreng / tilapia goreng. Setiap set nasi juga dilengkapi ikan masin, ulam dan juga sambal belacan.

Nasi Berlauk @Warung Simple

Imej via facebook

Kesemua lauk – pauk utk set nasi ini akan digoreng panas – panas, pastinya memberi rasa yang lebih enak. Maka tidak hairanlah kadang – kala lauk pauk yang digoreng cepat kehabisan, makanya jika anda terlambat, terpaksalah menunggu beberapa minit.

Kesemua set nasi tersebut cumalah RM 5.00, murah kan ? Ulam dan sambal pula adalah percuma dan boleh ditambah tanpa sebarang caj. Konsep di Warung Simple ini adalah secara layan diri di mana pelanggan perlu membuat pesanan di kaunter yang disediakan.

Menu-menu lain yang ada dan boleh dicuba seperti char kuetiaw, mee celup, rojak, kerabu dan banyak lagi. Satu dulang Char Koew Teow boleh boleh dikongsi 6 orang. Lauknya juga pelbagai. RM30 untuk ketam, sotong, kerang dan udang.

Alamat : Taman Sutera Residences, 1, Jln Sutera 4, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.30 pagi hingga 12.00 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu (kecuali Ahad tutup)

#13. Warong KakLong

Rasa macam tidak masuk akal pula jika ada yang menjual nasi lemak dengan harga RM 0.50 sen sebungkus. Namun, anda boleh mendapatkannya di Warong KakLong ini, macam mustahil tapi inilah kenyataannya sehingga kan setiap hari jualannya mencecah 1,000 bungkus.

Nasi Lemak @Warung KakLong

Imej via facebook

Selain nasi lemak lima puluh sen, Warong Kak Long juga turun menyediakan pelbagai menu masakan kampung serta makanan tradisional. Makan tengaharinya juga begitu meriah dengan lauk pauk kampung yang menarik.

Lontong @Warung KakLong

Imej via facebook

Pada sebelah petang, terdapat hidangan ringkas dan sering mendapat sambutan. Antaranya seperti keropok lekor, sukun goreng, pisang goreng, getuk ubi, cucur dan banyak lagi.

Alamat : 12-10, Jalan Suasana 2/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 3.00 petang setiap hari

#14. D’Laqu House

Kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan pihak restoran, maka jika pelanggan mahu membayar lebih atau kurang, ianya terpulang kepada para pelanggan. Ini selaras dengan konsep yang diperkenalkan iaitu ‘sendiri makan, sendiri kira, sendiri bayar seikhlas hati’ mengikut kepuasan diri.

Murtabak @D'Laqu House

Imej via facebook

Berkonsepkan pelanggan hanya perlu bayar mengikut harga yang pelanggan sendiri tetapkan adalah sesuatu yang luar biasa. Wang bayaran perlu dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang disediakan. Walau bagaimana pun, pembayaran seikhlas hati ini terhad kepada nasi campur sahaja.

Salmon @D'Laqu House

Imej via facebook

Masakan utama berasaskan makanan negeri Johor. Anda juga boleh menikmati pelbagai hidangan lauk pauk yang terdiri dari 20 jenis lauk yang cukup memuaskan hati. Menu tengahari yang begitu popular di sini seperti asam pedas, ayam masak kicap, ayam masak merah dan banyak lagi.

Murtabak yang popular di Johor juga turut disediakan di sini. Jangan lupa untuk mencubanya juga.

Alamat : Jalan Dutamas 3, Balakong, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi: Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#15. Kakma Nasi Ulam

Nasi ulam atau nasi kerabu? Kedua – duanya adalah sama, namun sesetengah individu memanggilnya dengan nasi ulam atau sebaliknya.

Nasi Kerabu @KakMa Nasi Ulam

Imej via facebook

Rindukan masakan dari negeri asal sebelah Pantai Timur ? Kunjungilah KakMa Nasi Ulam yang terletak di Taman Bukit Belimbing, Balakong.

Restoran ini sudah pastinya menyediakan nasi kerabu dengan pelbagai lauk pauk menarik seperti ikan goreng, daging bakar, ayam percik, solok lada dan bermacam lagi. Nasi berlauk juga boleh anda nikmati di sini.

Nasi Berlauk @KakMa Nasi Ulam

Imej via facebook

Kuih muih juga begitu banyak tersusun di atas meja membuatkan pelanggan rambang mata untuk memilihnya. Menjelang tengahari pula pelbagai jenis lauk pauk disediakan seperti kerabu perut, gulai, kerabu mangga, ikan singgang, ulam – ulaman dan banyak lagi yang menarik.

Alamat : No. 1 Jalan Pandan, Taman Bukit Belimbing, Balakong, 43300 Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.15 pagi hingga 4.00 petang setiap hari (kecuali Ahad tutup)

#16. Warong Mak Tok

Dibuka seawal jam 8.00 pagi, Warong Mak Tok menyajikan nasi lemak, nasi goreng, mee goreng dan bermacam jenis lagi. Semuanya menjadi pilihan ramai.

Shell Out @Warung Mak Tok

Imej via cherasfoodheaven

Warong Mak Tok bukan sebarangan restoran, kerana menu popular di sini adalah hidangan shellout yang begitu superb. Ramai pelanggan yang datang menjamu selera di sini akan repeat order shellout.

Shellout @Warung Mak Tok

Imej via facebook

Selain itu, semasa makan tengahari, nasi ayam penyet menjadi kegilaan ramai. Ini kerana ayamnya yang begitu enak serta sambalnya begitu membangkit selera.

Masakan panasnya juga memang menarik. Anda boleh juga cuba mee sizzling yang tidak kurang hebat. Suasana restoran ini juga begitu bersih dan selesa.

Alamat : 9, Jln Suarasa 8/5, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)

Kesimpulan

Tidak di sangka sekitar Balakong ini  juga mempunyai banyak tempat – tempat makan yang begitu menarik untuk di cuba. Sambil berjalan cuci mata, apa kata cuba pula di tempat – tempat makan yang dicadangkan ini. Pastinya anda tidak akan kecewa.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .