Mencari restoran nasi kerabu di Kota Bharu?
Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan yang kaya dengan berbagai tarikan. Ini termasuk juga dengan restoran makanan sedap yang pelbagai. Semestinya jika anda singgah ke sini, anda ingin mencuba nasi kerabu, bukan?
Tertanya-tanya restoran mana yang menyajikan nasi kerabu yang enak? Berikut kami senaraikan 8 restoran nasi kerabu di Kota Bharu. Teruskan membaca!
Alamat: Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 2 pm
Ingin menikmati nasi kerabu untuk sarapan? Tidak dinafikan, selain nasi lemak, nasi kerabu merupakan antara menu sarapan. Untuk itu, singgah sahaja di restoran Lieniey yang terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi ini.
Keistimewaan nasi kerabu di sini terletak pada kepelbagaian lauk yang ditawarkan. Sambalnya juga ditumis dengan sempurna jadi ianya melengkapi rasa nasi kerabu yang disajikan.
Antara lauk yang terlaris ialah kambing bakar. Ianya dikatakan cukup lembut dan juicy isinya, Selain itu, anda juga boleh cuba lauk-pauk lain seperti daging bakar, ikan goreng dan ayam goreng.
Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 am – 6 pm
Pernah menikmati nasi kerabu dengan ayam percik? Kebanyakan lauk-pauk yang selalu disajikan bersama nasi kerabu ialah ayam goreng dan ikan goreng. Jika anda inginkan kelainan, singgah sahaja di restoran Yati Ayam Percik ini.
Restoran ini sememangnya terkenal dengan ayam percik mereka dan ianya lebih enak dinikmati bersama nasi kerabu. Untuk nasi kerabu, anda boleh pilih sama ada nasi kerabu tumis yang berwarna putih atau nasi kerabu biru.
Ayam percik di sini memang terlajak sedap. Ianya secukup rasa dan aromanya juga harum. Tidak hairanlah restoran ini cukup terkenal bukan sahaja di Kota Bharu, malah di seluruh Kelantan!
Alamat: Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 2 pm
Salah satu restoran nasi kerabu di Kota Bharu yang namanya menjadi sebutan ramai ialah restoran Kak Ma Nasi Kerabu Cherang. Restoran yang terletak di Kampung Belukar ini menyajikan nasi kerabu yang enak dan asli.
Antara lauk-pauk yang boleh anda nikmati bersama nasi kerabu ialah daging bakar, ikan percik, kambing bakar, ayam goreng dan ayam percik. Selain itu, menu sampingan yang wajib anda cuba ialah solok lada dan telur masin, pasti lebih sedap!
Alamat: Lot 947, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 am – 1.30 pm
Satu lagi restoran nasi kerabu yang terletak di Kampung Belukar ialah Nasi Kerabu Panji. Restoran ini dibuka seawal jam 6 pagi, jadi ianya boleh disinggah jika anda ingin menikmati nasi kerabu untuk sarapan.
Restoran ini menyajikan nasi kerabu dan nasi berlauk. Untuk nasi kerabu, lauk-pauk yang disajikan ialah ayam goreng, puyuh goreng, kambing bakar, ayam kampung goreng dan ayam percik. Memang berbagai, boleh bikin rambang mata!
Bukan sahaja menyajikan makanan yang enak, malah servis yang ditawarkan serta kebersihan restoran juga cukup disenangi ramai. Selain itu, lokasi restoran ini cukup strategik kerana ianya terletak berhadapan dengan stesen minyak Caltex.
Alamat: 1308, 3, Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 4 – 9 pm
Tidak sahlah jika anda ke Kelantan namun tidak singgah di restoran Nasi Kerabu Azma. Restoran ini merupakan antara restoran nasi kerabu di Kelantan yang cukup popular.
Harga yang berpatutan serta keenakkan hidangan merupakan antara punca restoran ini sangat terkenal. Antara lauk yang boleh anda nikmati bersama nasi kerabu ialah daging bakar. Ianya cukup enak dinikmati bersama solok lada.
Selain nasi kerabu, restoran ini turut menyajikan hidangan Pantai Timur yang lain seperti laksam, nasi dagang dan nasi berlauk yang semestinya seenak nasi kerabu. Rugi jika tak cuba!
Alamat: Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu
Terletak di Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran dengan Simpang 4 Pasir Hor, Nasi Kerabu Golok merupakan antara restoran nasi kerabu lain yang dikatakan terbaik sekitar sini.
Lauk-pauk yang boleh anda pilih ialah ayam bakar, ikan bakar, daging salai, telur masin, daging goreng dan banyak lagi. Lauk-pauk ini cukup enak dinikmati bersama ulam-ulaman, budu, nyior dan solok lada yang sangat sedap.
Alamat: 1103, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi: Setiap hari, 3 am – 2 pm
Ini juga merupakan antara restoran nasi kerabu di Jalan Long Yunus yang wajib anda kunjungi – Rohani Restoran. Terletak berdekatan dengan balai bomba Kota Bharu, restoran ini sentiasa dibanjiri dengan ramai pelanggan.
Antara menu terhangat yang boleh anda cuba ialah nasi kerabu kambing bakar. Jangan risau tentang kuantiti daging, kerana jumlah daging yang disajikan memang banyak. Isinya juga lembut dan rasanya sangat lazat!
Alamat: Taman Uda Murni, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Adakah anda berada sekitar Taman Uda Murni? Di sini, ada sebuah restoran yang kerap disinggah orang ramai untuk menikmati sarapan pagi – Nasi Kerabu Ruby atau Nasi Kerabu Taman Uda.
Ada pelbagai lauk yang boleh dipilih untuk nasi kerabu. Ayam bakar dan kambing bakar merupakan antara lauk yang menjadi rebutan ramai. Saiz hidangan juga besar, jadi kekenyangan semestinya terjamin!
Sudah jumpa restoran nasi kerabu di Kota Bharu yang ingin dikunjungi? Jika berpeluang ke sini, singgah sahaja satu persatu tempat makan yang kami senaraikan kerana semuanya memang menarik.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!