Nasi kandar Penang adalah antara makanan yang wajib anda cuba jika di Pulau Pinang. Tidak dapat disangkal lagi, ianya merupakan antara makanan ‘nostalgia’ di Pulau Pinang.

Pelbagai restoran nasi kandar anda dapat jumpa di sini. Tetapi mencari nasi kandar yang enak tidaklah semudah yang disangka. Namun, jangan risau kerana kebanyakkannya tidak sukar untuk dicari.

Untuk itu, berikut kami sediakan senarai terkini restoran nasi kandar Penang sedap-sedap yang boleh anda terjah jika berpeluang ke sini. Teruskan membaca!

#1  Deens Maju Nasi Kandar

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 2 – 10 pm

Nama restoran ini tidak perlu kami perkenalkan lagi, tambahan pula kepada orang Penang. Restoran Deens Maju Nasi Kandar ini merupakan antara restoran nasi kandar di Penang yang sangat terkenal.

Buktinya, jumlah pelanggan di restoran ini tak pernah tak ramai. Kebanyakkannya juga sanggup beratur panjang demi mencuba nasi kandar di sini. Wah, hebat juga penangannya!

deens maju @ nasi kandar penang

Imej via Foursquare

Ada banyak jenis lauk-pauk yang disediakan. Antaranya ialah ayam goreng berempah, telur sotong dan kari kepala ikan. Jangan lupa tambah sayur bendi bersama!

#2 Original Penang Kayu Nasi Kandar

Alamat: 15, Lebuh Nipah, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam
Walaupun ianya restoran nasi kandar, Restoran Original Penang Nasi Kandar juga terkenal dengan menu lain seperti Roti Tiga Rasa. Namun begitu, kali ini kita fokus kepada nasi kandar di sini yang tidak kurang hebatnya.

nasi kandar penang

Imej via Foursquare

Rata-rata pengunjung yang datang ke sini memuji nasi kandarnya yang bukan sahaja sedap malah asli. Untuk lauk, kebanyakkannya menggemari ayam goreng. Dan semestinya, kuah banjir jangan dilupa.

#3 Restoran Hameediyah

Alamat:  164, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi:  Setiap hari, 10 am – 10 pm

Restoran ini boleh dikatakan legend juga, kerana ianya mula beroperasi sejak tahun 1907 lagi! Sehingga kini, Restoran Hameediyah kekal sebagai antara restoran mamak terbaik di Penang.

hameediyah

Imej via Foursquare

Walaupun ianya terkenal dengan nasi briyani, nasi kandar di sini tidak kurang hebatnya. Ianya juga antara menu terlaris di sini. Antara lauk yang wajib dicuba ialah ayam madu, rendang ayam dan ayam tandoori.

#4 Restoran Mohammed Raffee Nasi Kandar

Alamat: No. 295, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

Nasi Kandar selalunya dinikmati bersama lauk-lauk yang kerap kita dengari seperti ayam goreng, telur sotong dan sayur bendi. Di restoran ini, lauk tersbeut juga laku namun kami mahu anda cuba kari ayam mereka.

nasi kandar penang

Imej via Foursquare

Kebanyakan pelanggan yang mencubanya memuji rasa kuah kari yang pekat namun tidak melampau. Isi ayamnya yang lembut membuatkan ia begitu enak jika dinikmati panas-panas bersama lauk yang lain.

#5 Nasi Kandar Beratur Original

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 8.30 malam
Melihat namanya sahaja anda boleh mengagak penangan nasi kandar di restoran Nasi Kandar Beratur ini bagaimana – semestinya bikin ramai pelanggannya sanggup beratur panjang demi mencubanya!

nasi kandar beratur

Imej via Foursquare

Keistimewaan utama nasi kandar di sini terletak pada lauk-pauknya. Antara lauk yang wajib anda cuba ialah ayam ros, telur sotong dan telur bawang, memang laku habis!

#6 Restoran Nasi Kandar Line Clear

Alamat: Beside 161 & 177 Penang Road, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

Jika anda orang Penang dan anda tak pernah dengar nama restoran ini, anda memang rugi. Restoran Nasi Kandar Line Clear merupakan antara restoran nasi kandar yang namanya cukup gah di Penang.

Ada beraneka jenis lauk yang disediakan, namun kami cadangkan agar anda cuba lauk yang cukup laris di sini – kari kepala ikan. Saiznya berbeza namun ianya memang besar. Puas jika dinikmati beramai-ramai!

line clear

Imej via Foursquare

Lauk lain seperti sambal sotong, ayam madu, kari daging dan sayur-sayuran lain juga ada disediakan. Alang-alang ke sini, cuba sahaja kesemuanya sekali!

#7 Nasi Kandar Kampung Melayu

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 6:15 am – 1:30 pm

Tidak dinafikan, harga nasi kandar kadangkala agak mahal. Walaupun ada beberapa jenis lauk sahaja yang dipilih, boleh jadi harganya akan mencecah lebih RM7!

nasi kandar kampung melayu

Imej via Foursquare

Jika anda masih mengidam nasi kandar yang berpatutan harganya, lekaslah singgah di restoran Nasi Kandar Kampung Melayu. Bukan sahaja harganya murah, malah lauknya juga berbagai.

Kuah kari merupakan keistimewaan utama restoran ini. Menggunakan resepi rahsia yang melazatkan kuah karinya, kuah kari ini juga memang sedap walau dimakan bersama nasi putih sahaja!

#8 Nasi Kandar Pelita

Alamat: 146A, Jalan Macalister, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

Kami yakin pasti nama restoran Nasi Kandar Pelita ini sudah biasa anda dengar. Biasalah, restoran terkenal! Restoran ini mempunyai cawangan di serata Malaysia, jelas menunjukkan betapa popularnya ia.

nasi kandar penang

Imej via Foursquare

Semestinya menu yang wajib anda cuba jika ke sini ialah nasi kandar. Ayam gorengnya yang rangup dan kuah campurnya yang ‘padu’ telah bikin ramai terpukau dengan keenakkannya. Rugi tak cuba!

#9 Subaidah Nasi Kandar

Alamat: Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Penang

Waktu Operasi: 24 jam

Siapa sahaja yang tak pernah dengar nama restoran Subaidah Nasi Kandar ini? Restoran ini juga mempunyai beberapa cawangan sekitar Malaysia dan Penang.

Walaupun ianya terkenal dengan menu nasi lemak, nasi kandar di sini juga boleh tahan sedap. lauk yang boleh dipilih juga ada berbagai, memang bikin ramai rambang mata!

subaidah

Imej via Foursquare

Ianya juga beroperasi 24 jam, jadi jika anda mengidamkan nasi kandar pada jam 3 pagi pun tak menjadi masalah.

#10 Nasi Kandar Jamal Mohamed

Alamat: 4846, Jalan Kampung Benggali, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

Jika anda menikmati nasi kandar di restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed ini, pinggan anda pasti dipenuhi dengan lauk dan dibanjiri dengan kuah campur. Biasalah, terlajak sedap!

nasi kandar jamal mohammed

Imej via Foursquare

Ada banyak lauk yang boleh anda pilih, antaranya ialah telur ikan, telur sotong, sayur kobis dan ayam masak merah. Semuanya sedap-sedap belaka. Kebersihan kedai dan servis yang baik juga turut dipuji.

#11 Nasi Kandar Pokok Ketapang

Alamat: Jalan Telekom, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 6 pm

Di Butterworth, nama restoran ini memang menjadi sebutan ramai. Tidak kira pelanggan baru mahupun lama, restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan.

nasi kandar pokok ketapang

Imej via Foursquare

Nasi kandar di sini dipuji dari segi rasa, tekstur dan baunya. Ada pelanggan yang mengatakan nasi di sini lembut dan aromanya memang wangi. Bukan senang nak jumpa nasi kandar sebegini, bukan?

Lauk yang disajikan juga ada banyak, namun lauk yang terlaris di sini ialah telur sotong, telur ikan dan kari sotong. Jika dibanjiri dengan kuah campur, pasti padu!

#12 Tajuddin Hussain Nasi Kandar

Alamat: 45-63, Lebuh Queen, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 3 pm, 6 – 10pm manakala Jumaat 10 am – 1:30 pm, 6 – 10 pm

Pernah terdengar tentang ayam ros? Ayam ini merupakan ayam masak merah versi Utara. Jika anda menikmatinya di restoran Mamak terutamanya di restoran Tajuddin Hussain Nasi Kandar, anda pasti akan jatuh cita dengannya!

nasi kandar penang

Imej via Foursquare

Ramai pelanggan memuji keenakkan menu tersebut di sini. Rasa manisnya tidak melampau, memang secukup rasa. Bila dijadikan lauk untuk nasi kandar dan dibanjiri dengan kuah campur, sedapnya tak terhingga.

#13 NS Nasi Kandar

Alamat: 142-I, Jalan Burma, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

“Ayam gorengnya memang terbaik” – ini merupakan salah satu komen yang kami lihat di Internet. Restoran NS Nasi Kandar ini memang ada menyediakan berbagai lauk untuk nasi kandar, namun ayam gorengnya tetap nombor 1.

nasi kandar ns

Imej via Foursquare

Ramai memuji isi ayamnya yang lembut dan rangup di luar. Jika dimakan bersama kuah campur banjir bersama sayur kobis dan telur masin, memang ‘kaw’!

#14 Restoran Nasi Kandar Salam

Alamat:  85, Jalan Raja Uda, Kampung Paya, 12300 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

Nasi kandar di sini agak istimewa bagi kami. Selalunya nasi kandar disediakan terus di dalam pinggan, namun nasi kandar di Restoran Nasi Kandar Salam ini disajikan bersama daun pisang.

nasi kandar penang salam

Imej via Foursquare

Kalau dah ada daun pisang, semestinya aroma nasi lebih harum dan rasanya juga lebih sedap. Bila dimakan bersama lauk seperti kari sotong, kari kambing atau ayam goreng, memang terangkat habis!

#15 Nasi Kandar Makbul

Alamat: 66, Jalan Tengah, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 24 jam

Satu lagi restoran nasi kandar di Bayan Lepas yang boleh anda singgah ialah Nasi Kandar Makbul. Bukan sahaja menyediakan nasi kandar yang terbaik, malah servis dan kebersihan juga sangat dipuji.

nasi kandar penang makbul

Imej via Foursquare

Antara lauk-pauk yang disediakan ialah ayam goreng, kari daging, sambal sotong dan ayam masak merah. Untuk extra kekenyangan, pesanlah telur rebus dan sayur bendi bersama. Kuah memang wajiblah banjir!

Kesimpulan

Yang mana menjadi pilihan kami? Secara jujurnya, kami sendiri rambang mata kerana semuanya enak-enak belaka. Jadi singgah sahaja di mana-mana restoran ini jika ke Penang.

Anda juga digalakkan untuk datang pada waktu yang sesuai. Dikhuatiri akan berebut ruang parkir dan ruang dalam restoran nanti kerana orang ramai. Selamat menjamu selera!

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Penang? Klik sahaja pada link di bawah!

Tempat Makan di Penang

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .