Tinggal di KL tapi nak makan nasi kandar yang rasa seperti di Penang. Tapi tak tahu nak makan di mana. Itu bukan masalah! Restoran Kudu Abdul adalah tempatnya.

Kata orang, jika anda ingin mengetahui sesuatu kedai makan itu sedap atau tidak, lihatlah berapa ramai beratur menunggu makanan. Pemandangan begitulah anda akan lihat setiap hari di Restoran Kudu Abdul.

Ramai orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang datang berduyun-duyun untuk menikmati hidangan kari dan sambal pedas yang disajikan oleh restoran ini selama beberapa dekad lamanya. Rasa juadah yang disediakan tidak dipersoalkan lagi oleh mereka.

restoran kudu abdul
Imej via [google]

Di satu sudut dinding restoran nasi kandar Kudu Abdul ini terdapat keratan akhbar dan gambar pengasas restoran ini iaitu Kudu Bin Abdul.

Beliau yang merupakan seorang india muslim telah memulakan perniagaan restoran ini pada tahun 1960. Kini, Restoran Kudu Abdul dikendalikan oleh menantu beliau dan merupakan pemilik semasa, Haja Noordhin yang mengambil alih pada tahun 2006.

nasi kandar kudu abdul
Imej via [freemalaysia]

Menu Restoran Kubu Abdul

Semestinya nasi kandar adalah makanan utama dan tumpuan pengunjung ke sini. Restoran Kudu Abdul menawarkan menu biasa yang terdapat di kedai nasi kandar lain seperti ayam kurma, ayam kari, ayam madu, kambing, daging dan lain-lain lagi. Makanan laut seperti ikan, sotong dan udang pelbagai variasi masakan juga terdapat di sini.

nasi kandar kudu abdul
Imej via [google]

Lauk asas yang wajib disediakan di sini adalah nasi putih, ayam goreng atau daging hitam, bendi dan kuah campur.  Namun menu kegemaran kebanyakan pelanggan di sini adalah Ayam Goreng Bawang. Gabungan kari dan kuah memantapkan rasa nasi kandar. Anda boleh minta ‘kuah banjir’, pastinya sangat pekat likat dan sedap.

nasi kandar kudu
Imej via [google]

Menu Lain Di Restoran Kudu Abdul

Selain nasi kandar yang menjadi menu utama, terdapat pelbagai makanan lain yang turut disediakan. Jenis roti yang menjadi pilihan ramai adalah roti canai, roti telur, roti tisu, roti milo dan lain-lain. Begitu juga murtabak ayam dan kambing ada turut terdapat di sini.

Jika anda ingin makan makanan berat selain nasi, terdapat mee goreng, kuey teow goreng, mee hon goreng, maggie goreng dan seangkatan dengannya.

nasi kandar penang
Imej via [google]

Restoran Kudu Abdul sememangnya menarik untuk anda kunjungi beramai-ramai. Jika anda adalah orang Pulau Pinang yang menetap di KL, makan serta merasai suasana di restoran ini pasti mengingatkan anda akan kepada kampung halaman. 

Walaupun ramai pengunjung datang ke sini, jangan risau kerana anda tidak akan beratur lama sebab pekerja yang menguruskan bahagian lauk bekerja dengan cermat dan pantas. 

Jom baca juga Nasi Lemak Wanjo Di Kampung Baru, Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi dan Tanjung Tirai View Cafe.

Lokasi: 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 am – 10 pm
No Telefon: 03-26977082

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.