Sebut sahaja kubur, lain macam sahaja rasanya. Seram, takut, semua ada. Tetapi, kalau di Kedai Sawit Corner, Nasi Kambing Kat Kubur yang menjadi idaman ramai. Hilang rasa seram dan takut, timbul rasa lapar pula.

Kedai Sawit Corner letaknya di jalan utama dari Masjid Tanah ke bandar Melaka. Terletak di bawah rimbunan pokok kelapa sawit, ia menampilkan kelainan kepada pengunjung yang datang menjamu selera. Rimbunan pokok kelapa yang berada di keliling kedai makan ini memberikan cuaca yang redup dan begitu nyaman.

Nasi Kambing

Imej via facebook

Kedai ini diusahakan oleh Nabilah Asyyiqin Marzuqi yang merupakan bekas pelajar jurusan Perhotelan dan Katering (ERT) Sekolah Menengah Teknik Setapak,Kuala Lumpur. Ia bermula sejak tahun 2006 lagi dan diusahakan bersama suami Nabilah serta saudara mereka.

Hidangan Ringkas Untuk Permulaan

Pada peringkat permulaan, kedai makan ini hanya menjual bakso, mee kari, laksa, cucur udang serta cendol sahaja. Memandangkan pelanggan semakin bertambah dan perniagaannya semakin berkembang, menu lain turut ditambah bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Antara menu yang ditambah adalah gulai kawah daging, itik dan juga kambing bagi mempelbagaikan pilihan pelanggan. Makanan Barat juga turut disediakan di sini. Cendol biasa yang disajikan di sini boleh ditambah secara percuma jika habis. Harga cendol cumalah RM 1.50 sahaja.

Western Food

Imej via facebook

Nasi Arab Budget

Hidangan Nasi Arab pula diperkenalkan kepada para pelanggannya pada tahun 2011. Harga  Nasi Arab budget juga adalah sangat berpatutan iaitu RM 8.90 sahaja dan disajikan bersama minuman kordial percuma. Penambahan menu ini adalah bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan yang datang menjamu selera agar mereka pulang dengan perut yang kenyang.

Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan pemilik kedai makan ini kerana baginya pelanggan yang datang bukanlah mahukan hidangan sebagai alas perut sahaja. Tambahan pula ada pelanggan yang datang dari jauh semata – mata ingin menikmati hidangan yang disediakan di sini.

Nasi Kambing Kat Kubur

Nama hidangan ini memang agak pelik bunyinya. Ia mendapat nama kerana ramai pelanggan sering bertanyakan lokasi kedai makan ini. Bagi memudahkan pelanggan tiba ke lokasi kedai, apabila disebut bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mualim, Solok Duku, dengan mudah pelanggan dapat menjejaknya.

Nasi Kambing

Imej via facebook

Daripada situlah nama menu ini tercipta iaitu Nasi Kambing Kat Kubur. Kalau hendak makan Nasi Kambing, datang sahaja ke Tanah Perkuburan Islam Mualim, Solok Duku. Gerenti puas hati.

Hidangan Nasi Kambing Kat Kubur ini disediakan dalam dua jenis set iaitu set individu dan juga set keluarga yang diboleh dimakan beramai – ramai. Saiz setiap hidangan agak besar dan sememangnya memberi kepuasan buat pelanggan.

Cocounut Royale Dan Banana Shake

Terdapat dua jenis air minuman yang diperkenalkan di Kedai Sawit Corner ini turut mendapat perhatian pelanggan. Antaranya Coconut Royale dan Banana Shake yang begitu mengujakan apabila dihiasi dengan aiskrim vanilla. Keenakan rasanya turut terserlah apabila digabung dengan kehadiran aiskrim tersebut.

Coconut Shake

Imej via facebook

Kedai makan ini dibuka setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga jam 6.30 petang sememangnya menjadi tumpuan ramai menjelang tengahari.

Alamat : D Sawit Corner, Masjid Tanah, 78300 Melaka

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.