Pernah atau tidak anda mengidam nasi briyani tetapi tiada pula jemputan ke majlis kahwin/akikah/kenduri dalam masa terdekat? Pernah tak rasa nak minta orang rumah masakkan nasi briyani tapi tak dilayan sebab leceh dan tak berbaloi sebab anda seorang je pun nak makan?
Haa… jangan susah hati susah perut jawapannya ada pada Restoran Sri Wangsa Briyani Batu Pahat! Restoran nasi briyani ini baru saja beroperasi sejak dua bulan lepas (Sep 2016), tetapi sudah menjadi buah mulut orang Kuala Lumpur, dari orang biasa mahupun VVIP! Dato’ Siti Nurhaliza pun pernah makan sini!
Team Saji dijemput khas untuk mencuba menu Johor yang menjadi menu utama restoran Sri Wangsa Briyani Batu Pahat. Dah nama pun Batu Pahat kan, mestilah dari Johor! Kami dihidangkan dengan Nasi Briyani Kambing, Nasi Briyani Kaki Kambing (Lamb Shank) dan Mee Bandung Muar.
Kami juga dihidangkan dengan minuman air Kopi O Muar 434 ais, air bandung soda ais dan air teh limau ais. Kami dilayan mesra oleh Ketua Chef sendiri, iaitu Chef Mohd Nor yang cukup berpengalaman – pernah menjadi chef antaranya di MAS, pelantar minyak (oil rig), restoran dan juga hotel terkemuka.
Menurut Chef Mohd Nor, presentation hidangan memang sengaja dibuat seperti makan di kenduri – bersahaja dan tidak terlalu tersusun. Bagi team saji, warna dan aroma hidangan sudah cukup untuk menarik kami untuk menjamah – tidak perlu pun presentation lebih-lebih!
Kedua-dua daging kambing sangat lembut, malah daging pada lamb shank dengan mudah gugur dari tulang, bukti ianya dimasak dengan baik. Kuah briyani dan dalca yang menjadi pengiring memang sedap sehingga menjilat jari. Nasinya pula, memang daripada beras yang berkualiti dan masakannya tidak terlalu berat.
Bila makan mee bandung Muar – memang terasa seperti di Muar! Cukup rasa dan sangat mengenyangkan. Memang puas lah team Saji makan hari itu!
Kopi O Muar 434 – siapa yang tak kenal? Walaupun dihidang sejuk, tapi tetap kaw! Nasi Briyani Batu Pahat dengan air bandung soda – memang tak dapat dipisahkan – menjadi pelengkap hidangan dan kegemaran team Saji. Air teh limau ais restoran Sri Wangsa Briyani Batu Pahat pula mempunyai rasa yang tersendiri.
Ketiga-tiga air ini tidak terlalu manis, dan sesudah selesai makan, kami dihidang dengan air lemon suam untuk meneutralkan semula perut setelah menjamu hidangan-hidangan lazat tadi.
Restoran ini sangat mementingkan kualiti sehingga kan setiap jenis hidangan hanya dilakukan oleh chef tertentu (specialized). Kami dimaklumkan 2 chef bertanggungjawab memasak nasi dan seorang chef bertanggungjawab pada hidangan mee. Tambahan pula, kebanyakan bahan juga dihantar dari Batu Pahat, bagi memastikan kualiti dan rasa yang sama seperti di Batu Pahat – baik daging, rempah ratus, perencah, semuanyalah!
Sebenarnya nama Sri Wangsa Briyani Batu Pahat ini memang tidak asing lagi di Batu Pahat mahupun negeri Johor! Lebih dikenali sebagai syarikat catering, tempahan untuk catering dengan Sri Wangsa Briyani Batu Pahat sudah penuh sehingga Disember 2017! Dahsyat kan?
Tetapi orang Kuala Lumpur yang nak buat kenduri jangan risau, Sri Wangsa Briyani Batu Pahat cawangan KL ini juga menerima tempahan katering, tanpa sebarang minimum tempahan. Jika tempahan melebihi daripada 50pax boleh dapat harga yang lebih menarik! Ketua Menteri Sabah pun ada buat tempahan untuk catering majlis perkahwinan anak beliau. Jauh tu!
Kalau nak buat jamuan dekat restoran pun sesuai sangat. Restoran Sri Wangsa Briyani Batu Pahat ini ada sediakan dua bilik yang boleh ditempah untuk mengadakan lunch meeting ataupun jamuan ofis ataupun jamuan hari jadi atau apa-apa jamuan lah! Selesa, bersih dan luas, bila tutup pintu memang tak boleh dengar riuh di luar.
Yang penting kena buat tempahan, sebab selalunya penuh lagi-lagi waktu makan tengahari. Memandangkan lokasi restoran memang berhampiran dengan pejabat-pejabat, pastikan anda datang awal sebelum lunch crowd supaya tidak kecewa!
Dah tengok gambar-gambar ni, mesti terliur kan? Jadi, apa lagi, pergilah serbu restoran Sri Wangsa Briyani Batu Pahat sekarang!
Alamat: Lot G106, Myfoodloft, No. 8 Persiaran Capsquare, 50300 Kuala Lumpur. Kalau dari Jalan Ampang, memang boleh nampak papan tanda tersergam indah. Berdekatan dengan Jakel Mall dan Lulu Supermarket, boleh la singgah makan lepas penat membeli belah! Tak pun, kalau malas nak ke restoran, buat je panggilan dan tempah – 0326023770 atau 0129356441 (Has).
Masih ragu-ragu untuk mencuba? Apa kata sertai pertandingan untuk memenangi baucer set hidangan briyani (nasi dan minuman) untuk 2 orang?! Menarik kan? Cuma jawab soalan mudah dan anda berpeluang untuk menjamu hidangan menjilat jari tajaan Sri Wangsa Briyani Batu Pahat.
Jutaan terima kasih kepada Restoran Sri Wangsa Briyani Batu Pahat. Semoga restoran terus berkembang maju dan menjadi pilihan nasi briyani orang ramai.