Pernah dengar mengenai Nasi 7 Benua? Kalau belum, mari sini kami ingin ceritakan. Artikel hari ini adalah mengenai Nasi 7 Benua yang terletak di Sungai Ara Pulau Pinang.

nasi 7 benua nasi 7 benua
nasi 7 benua

Gambar: Foursquare

Kenapa ianya dipanggil Nasi 7 Benua? Nasi 7 Benua ini terhasilnya daripada kepelbagaian nasi yang ada dalam hidangan ini yang kelihatan seolah-olah benua. Ianya terdiri daripada adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang.

Pernah tidak anda makan kesemua jenis nasi ini?Jika tidak, ini masanya untuk mencuba. Untuk kes kami, ini pertama kali kami mendengar tentang nasi kacang.

Untuk lauk pula, anda akan dapat memilih dan meletaknya sendiri.Pelbagai lauk boleh anda pilih berdasarkan kegemarana anda. Jika anda belum pernah mencuba 7 jenis nasi ini, ini adalah saatnya untuk merasai Nasi 7 Benua.

 

Berapakah Harga Hidangan Nasi 7 Benua?

Harganya berbeza dan tidak tetap. Harga sepinggan Nasi 7 Benua ini adalah bergantung kepada lauk yang anda pilih.Seperti harga nasi campur yang selalu anda makan di tempat lain. Apa yang menjadikan ianya menarik, kedai ini turut memberikan minuman percuma iaitu Sirap dan Teh O Ais. Susah juga sebenarnya untuk dijumpai kedai di sekitar Pulau Pinang menyediakan air minuman percuma melainkan air masak.

sekadar info,bukan sahaja Nasi 7 benua ini yang boleh dinikmati tetapi anda juga boleh memilih sebagai contoh sepinggan nasi lemuni atau nasi tomato atau nasi putih disini.

 

Info Kedai Nasi 7 Benua

Gerai ini diberi nama Koo Boo Cafe. Lokasi gerai ini pula sangat mudah dan tidak susah dicari. Ia betul-betul bersebelahan Stadium Sungai Ara, atau berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE.

Waktu perniagaan adalah dari 11 pagi-11 malam. Kalau saya tidak silap kedai ini ditutup pada hari Isnin. Tetapi jika anda berkunjung dari jauh saya galakkan ke kedai ini pada sebelah malam lebih kurang jam 8. Kenapa? Waktu tengahari boleh dikatakan agak sedikit sesak. Jika anda datang dari jauh sudah pasti inginkan keselesaan bukan?

Malas ingin kami bercerita lanjut. Apa yang penting tiba masanya untuk mencuba. Berdasarkan gambar, pasti anda dapat membayangkan keunikkan dan rasanya bukan. Semoga anda dapat berjumpa kedai ini dan merasai sendiri keenakan keunikan menu ini.

Kredit sebahagian artikel ini datangnya daripada sumber informasi Arzmoha.

Penulis: Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.