Masih tercari-cari kedai kopi yang mana menyajikan kopi terbaik? Di Seremban, kedai kopi yang terkenal sejak tahun 1957 iaitu Mr Manshor Kopitiam Power ini pasti kena dengan citarasa anda!
Walaupun kafe ini terletak di Seremban, namun ada rata-rata pengunjungnya datang dari negeri luar. Biasalah, kalau dah kualiti kopinya terbaik, pencinta kopi pasti sanggup datang dari jauh!
Zaman sekarang, memang susah untuk mencari kopi yang pekat dan tidak terlampau pahit. Kebanyakannya menawarkan rasa yang tidak kena dengan citarasa si pencinta kopi – sama ada terlalu manis atau pahit.
Namun, di Mr Manshor Kopitiam Power, kami berani jamin yang anda tidak akan mengalami masalah sebegitu! Kopi yang paling istimewa di sini iaitu Kopi Power sudah berjaya menawan hati ramai!
Yang istimewa tentang kopi ini ialah ianya sangat pekat, namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan. Pendek kata, kopi yang melimpah luah hingga ke piring ini memang cukup sempurna.
Bukan Kopi Power sahaja yang ‘power’ di Mr Manshor Kopitiam Power ini, malah berbagai jenis kopi dan teh lain yang dihidangkan turut digilai ramai pelanggannya.
Percaya atau tidak, Mr Manshor Kopitiam Power ada menyediakan lebih 25 jenis kopi dan teh tersedap di dunia! Cukup beraneka, kami yakin anda pasti akan rambang mata!
Antara kopi dan teh yang anda boleh cuba ialah Kopi Badam, Kopi Burung Walid, Nipon Teh dan banyak lagi. Harga untuk setiap kopi dan teh juga berlainan, jadi pesan sahaja yang mana anda berkenan.
Seperti tagline di sini, harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding hotel dan restoran mahal. Jika dilihat sendiri, harga di Mr Manshor Kopitiam Power pula ialah lebih kurang RM 10 – RM 17 sahaja.
Bukan mudah untuk mencari kedai kopi yang menjanjikan kualiti kopi yang terbaik dan menawarkan harga yang berpatutan. Terutamanya jika namanya menjadi sebutan ramai, bukan?
Bukan minuman sahaja yang disediakan Mr Manshor Kopitiam Power, makanan juga turut disajikan. Sambil anda mengopi bersama sahabat handai, anda boleh juga memesan makanan seperti mi rebus, roti bakar dan sup kambing.
Mi udang merupakan antara makanan yang cukup terkenal di sini. Dihidangkan bersama udang yang bersaiz besar, ianya bukan sahaja enak malah mengenyangkan. Lebih enak dikenakan bersama kopinya yang tiada tandingan!
Kami yakin pasti para pembaca sudah mula memasang niat untuk serbu kedai kopi ini, bukan? Jangan tunggu lama-lama, lekas singgah ya.
Anda juga dinasihatkan supaya datang lebih awal kerana dikhuatiri akan berebut tempat parkir atau tempat duduk. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi Mr Manshor Kopitiam Power. Selamat menjamu selera!
Alamat: Lot 717 Jalan Seremban – Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 pagi – 1 pagi manakala Isnin 4 petang – 1 pagi