Jika anda berkesempatan ke Kuching, anda pasti teringin untuk mencuba laksa Sarawak di sini bukan? Untuk menikmatinya, kami cadangkan agar anda singgah di restoran ini – Mom’s Laksa Kopitiam!

moms laksa kopitiam

Imej via Foursquare

Ada banyak restoran dan gerai yang menyediakan laksa Sarawak di Kuching, namun restoran ini merupakan antara yang paling disyorkan untuk diserbu oleh ramai.

Jadi, apa yang membuatkan restoran Mom’s Laksa Kopitiam begitu terkenal sekali di Kuching? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut ya!

Laksa Sarawak Yang Enak Rasanya & Asli Resepinya

Walaupun ada laksa Sarawak mudah didapati di mana-mana tempat makan di seluruh Malaysia, tak semua mampu menyediakan laksa Sarawak yang asli. Namun, berbeza dengan restoran ini.

Pelanggan-pelanggannya memuji kelazatan laksa yang menggunakan resepi asli laksa Sarawak. Kuahnya pekat dan kaya dengan rasa. Aromanya pula sangat memikat.

laksa sarawak @ moms laksa kopitiam

Imej via Foursquare

moms laksa kopitiam - laksa sarawak

Imej via Foursquare

Laksa Sarawak di sini bersaiz besar. Udang yang disediakan juga agak banyak, pendek kata memang ‘tidak kedekut’! Kami yakin anda pasti akan pulang dengan kekenyangan dan kepuasan hati.

Harganya juga sangat berpatutan dengan saiz hidangan dan kualiti laksa yang ditawarkan – hanya RM 7 semangkuk. Berbaloi? Semestinya!

Mee Hoon Belacan, Menu Yang Wajib Dicuba

Selain laksa Sarawak, mihun belacan juga merupakan antara menu yang rugi jika tidak anda cuba. Menu ini merupakan antara menu yang ‘laku keras’ selepas laksanya.

mee hoon belacan

Imej via Foursquare

Menu ini disediakan bersama sotong kembang. Gabungan belacan dan makanan laut yang masin namun tidak terlampau ini membuatkan ramai menggemarinya.

Berharga RM 6 sepinggan, ianya juga bersaiz besar. Jadi, harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan. Anda wajib cuba!

Servis Yang Cemerlang & Kebersihan Terbaik

Soal servis dan kebersihan restoran, anda tak perlu risau. Kerana rata-rata pelanggan yang pernah ke sini memuji servis dan kebersihan yang ditawarkan di samping keenakkan hidangannya.

Makanan tidak mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan walaupun kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Pekerja-pekerjanya juga dikatakan tidak sombong dan ringan tangan membantu pelanggan. Memang terbaik!

Banyak Lagi

mi kolok @ moms laksa kopitiam

Imej via Foursquare

mi jawa

Imej via Foursquare

Menu-menu lain juga boleh didapati di sini. Antara yang boleh anda cuba ialah mi kolok yang juga merupakan salah satu makanan Sarawak. Sambal kicapnya memang pedas namun sedap.

Mi Jawa juga turut disediakan di restoran Mom’s Laksa Kopitiam. Sate yang disajikan bersama mi ini enak, kalau minta lebih pun pasti berganda kelazatannya.

Kesimpulan

Anda pasti sudah mula terliur kerana membayangkan kelazatan hidangan-hidangan di restoran Mom’s Laksa Kopitiam, bukan? Apa tunggu lagi, lekaslah singgah restoran ini jika berpeluang ke Kuching!

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang sesuai ya, takut berebut pula ruang dalam restoran nanti.

Alamat: Ground Floor, SL-2, Jalan Astana, Ave Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari,5 pagi – 4.30 petang

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Kuching? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!
Tempat Makan Menarik Di Kuching

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .