Tak tahu nak sarapan di mana ? Kalau di Ipoh, bolehlah anda mencuba bersarapan di Line Clear Café yang terletak di Medan Selera Koperasi Perumahan Perak Berhad. Café ini bernombor 8, bagi masyarakat Cina nombor ini dikatakan nombor yang membawa tuah atau ada ‘ong’.

Keistimewaan di Line Clear Ipoh

Apa yang menarik di sini ? Anda boleh mencuba mee kicap yang merupakan hidangan utama di sini. Nampak simple tetapi rasa keenakannya ada ‘ummpph’. Ia disajikan bersama semangkuk sup dan sambal untuk dimakan bersama. Sup yang dihidangkan cukup ringkas tetapi mempunyai rasa yang tersendiri.

Mee Kari Line Clear

Imej via facebook

Bagi masyarakat Cina, hidangan sebegini sudah cukup sinonim dengan kehidupan mereka. Sudah tentulah, kerana hidangan di Line Clear Café’ ini diinspirasikan dari menu makanan masyarakat Cina tetapi halal ya. Jangan ragu – ragu untuk menikmatinya. Yang pasti, makanan di Line Clear Café ini disediakan oleh orang Muslim.

Bukan hanya mee kicap yang dihidangkan di sini, terdapat juga mee kari dan juga mee sup yang pastinya sedap. Jika anda bukan penggemar mee, boleh sahaja menukarkan menu kepada kuetiaw ataupun bihun sebagai hidangan.

Anda juga boleh mencuba hidangan berasaskan gorengan seperti mee goreng biasa, mee goreng basah, kuetiaw goreng kerang, dan bermacam hidangan goreng yang menggunakan mee, bihun atau kueatiaw.

Roti Telur Goyang

Imej via facebook

Roti Gedik Pilihan Sampingan

Selain hidangan mee, anda boleh mencuba roti bakar telur mata atau sesetengah tempat menamakannya Roti Gedik atau Roti Telur Goyang.

Hidangan ini dimakan bersama kicap dan lada yang disertakan bersama. Pasti sedap biarpun simple. Selain roti gedik, ada satu lagi hidangan berasaskan roti yang boleh dicuba iaitu Roti Telur Mozzarella Goyang.

Bila anda mencuba roti ini pasti akan terasa keju Mozzarella nya yang begitu asyik sekali. Sedap dimakan panas – panas.

Imej via facebook

Kuih Muih Pun Ada

Sambil menunggu pesanan utama tiba, apa kata cuba kuih – muih tradisional yang ada di sini. Pulut panggang atau pulut udang bersama inti kelapa yang begitu menyelerakan pasti membuka selera. Tak cukup satu, pasti ambil lagi untuk kali kedua.

Kuih nona manisnya pula seakan menggamit selera anda. Begitu terasa lemak dan manisnya kuih ini. Boleh juga dijadikan sebagai pencuci mulut atau hidangan terakhir setelah menikmati hidangan utama.

nonamanis

Imej via facebook

Café ini sentiasa mendapat kunjungan ramai tidak mengira bangsa. Malahan, ia juga menjadi café pilihan sesetengah masyarakat Cina.

Setiap hari, pasti café ini dipenuhi para pelanggan dan pelanggan sememangnya ramai jika di hari cuti atau di hujung minggu. Café ini dibuka setiap hari seawal jam 7.00 pagi.

Bagi anda yang ingin mencuba makanan di sini, pastikan tiba awal jika berkunjung di hujung minggu bagi mengelakkan terpaksa menunggu lama untuk makan di sini.

Alamat : Line Clear Café, Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.