Bagi penduduk kawasan sekitar Kuala Kurau, Perak, nama Teratak Selera Pantai bukan lah suatu nama baru. Teratak Selera Santai menawarkan pelbagai hidangan berasaskan makanan laut dan juga hidangan makanan Barat dan sangat popular di kawasan ini.

Gerai ini terletak berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Baharu di sekitar Jalan Pantai, Sungai Baharu. Ia juga terletak hanya 6.4 km dari Pekan Kuala Kurau dan berhampiran dengan Pantai Ban Pecah.

Memulakan operasi setiap hari mulai jam 7.00 pagi, restoran ini turun menyediakan hidangan sarapan pagi buat para pelanggannya.

Sarapan

Imej via facebook

Sarapan Pun Ada

Pelbagai menu hidangan disediakan untuk sarapan pagi yang boleh anda cuba. Menu sarapan pagi terdiri dari hidangan ala Barat dan juga hidangan ala kampung.

Bagi penggemar hidangan ala Barat, anda boleh mencuba hidangan roti telur goyang yang ternyata sangat menyelerakan. Ia juga dihidang bersama sosej, keju, kacang panggang, coleslaw dan juga sayuran segar.

Namun, jika anda lebih menggemari hidangan ala kampung pula, boleh lah mencuba hidangan ala kampung terutamanya pulut ikan masin yang sudah jarang dijual di tempat lain.

Ikan Bakar

Imej via facebook

Menjamu Selera Hidangan Tengahari

Perut terasa lapar menjelangnya tengahari, janganlah gusar dan gelisah kerana gerai ini turut menyediakan hidangan makan tengahari. Antara hidangan yang sangat popular sewaktu makan tengahari adalah hidangan ikan bakarnya yang ternyata memikat rasa dan perut yang sedang kelaparan. Selain itu, terdapat juga lauk pauk yang disediakan di sini buat santapan para pelanggan.

Bihun Sup

Imej via facebook

Hidangan Hanya RM 1

Kalau anda nak tahu, gerai ini turut menyediakan hidangan bajet buat para pelanggannya. Bagi pelanggan yang datang di sebelah petang, anda berpeluang menikmati hidangan di sini dengan harga hanya RM 1 sahaja.

Hidangan seperti mee sup, bihun sup dan juga laksa dijual pada harga RM 1 sahaja di sebelah petang. Walaupun harganya begitu murah, namun sebagai pelanggan, pasti anda berpuas hati dengan hidangan tersebut dan merasa kenyang.

Western

Imej via facebook

Makan Malam

Pada sebelah malam pula, gerai ini menyediakan pelbagai menu yang sangat menarik. Antaranya adalah mee Tsunami, burger gergasi, hidangan western Tsunami, nasi goreng ketam, shellout, kuetiaw udang dan bermacam hidangan lagi yang pasti membuka selera.

Mee udang dan mee ketam turut menjadi menu hidangan di sini. Hidangan western yang dihidangkan di dalam dulang atau talam juga memberi satu kepuasan buat para pelanggannya kerana saiz hidangannya agak besar.

Ayam bakar madu juga menarik perhatian para pelanggan dan enak dimakan begitu sahaja. Harga makanan yang dijual di sini adalah sangat berpatutan membuatkan orang ramai menjamu selera di sini.

Gerai yang sentiasa mendapat sambutan ini ditutup pada jam 12.00 tengah malam setiap hari.

Alamat : No 71, Jalan Ban, Kampung Sungai Baru, 34350 Tanjung Piandang

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.