Sebagai rakyat Malaysia, siapa saja yang tidak biasa dengan perkataan ” Mekdi”. Nampaknya McDonals’s perasan akan nama itu. Pada 20 Ogos 2019, New Strait Times melaporkan berita tentang McDonald’s Bukit Bintang adalah yang pertama menukar papan tanda menjadi ” Mekdi” di Malaysia! Rakyat Malaysia sangat teruja akan perkara ini dan meraikannya bersama-sama.
McDonald’s sudah banyak meraikan Malaysia dengan memperkenalkan makanan berasaskan makanan tempatan. Ya, pasti anda terfikir tentang manisan berperisa Cendol dan sebagainya. Kali ini, McDonald’s sekali lagi berjaya menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia! Kita dapat lihat rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan agama bergambar bersama-sama di hadapan “Mekdi”.
McDonald’s Bukit Bintang terpilih untuk menukar papan tanda kerana ianya adalah cawangan tertua di Malaysia. Beroperasi pada 29 Mei 1982 dan banyak transformasi dilakukan sepanjang 35 tahun. “Mekdi” ini dijadikan tribut untuk rakyat Malaysia yang banyak menyokong restoran makanan segera ini!
Sudah pastinya perubahan ini dilakukan semperna Merdeka dan Hari Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Jika anda berkesempatan untuk singgah di Bukit Bintang, jangan lupa mencuba Nasi Lemak McDonald’s. Nasi Lemak McDonald’s disajikan dengan ikan bilis rangup, aroma nasi bersantan yang sedap dan Ayam Goreng McD!
Dengan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 62 buat Malaysia! Merdeka!