Raya semakin menjengah, jadi sudahkah anda membuat persiapan yang sepatutnya? Bila tiba sahaja Hari Raya Puasa, pasti malam raya itu kecoh satu rumah kerana masing-masing sibuk membuat persiapan sempena 1 Syawal, bukan?

Selain daripada memasang langsir baru, menukar perabot dan mengemas rumah, sudah tentulah balang kuih raya wajib diisi dengan aneka jenis kuih raya yang menarik.

Tidak tahu kuih raya apa yang boleh anda hidangkan kepada tetamu? Usah gundah, di sini kami akan senaraikan 10 jenis kuih raya yang wajib disediakan semasa Hari Raya Aidilfitri. Teruskan membaca ya!

#1 Tart Nenas

tart nenas @ aziekitchen

Imej via aziekitchen

Kuih ini memang cukup dekat dengan orang kita. Tidak kira tua atau muda, jika kuih ini tidak kelihatan semasa hari raya, memang boleh bikin muram!

Mungkin jika dilihat dari luarannya, cara penyediannya kelihatan susah. Namun, sangkaan itu meleset sama sekali! Antara bahan yang diperlukan untuk menu ini ialah mentega, tepung gandum, gula, tepung jagung dan esen vanila.

Kemudian sudah semestinya ada jem nenas untuk intinya. Untuk sapuannya pula, anda hanya perlukan kuning telur, sedikit air dan pewarna kuning. Sediakan acuan, picit, masukkan inti dan gulung. Cukup ringkas!

#2 Almond London

almond london @ floriaputrajaya

Imej via floriaputrajaya

Nama kuih ini cukup glamor. Bila tiba sahaja Hari Raya Puasa, kuih ini merupakan antara kuih yang cepat sahaja dikebas oleh para tetamu. Penat tuan rumah nak isi balang kuih raya!

Cara penyediannya juga agak mudah. Bahan-bahan asas untuk membuat kuih seperti tepung gandum, tepung jagung, mentega, gula, telur dan esen vanila semestinya digunakan.

Untuk isi kacang pula, anda boleh menggunakan badam biji. Untuk salutan, hanya perlukan coklat dan untuk ‘topping’, anda boleh menggunakan badam cincang.

#3 Semperit Susu

semperit susu

Imej via snapguide

Satu lagi kuih raya yang cukup ‘legend’ – semperit susu. Kepada yang sedang berpuasa, terdengar namanya saha pasti sudah bikin kecur air liur. Belum lagi anda terbau aromanya semasa dibakar di dalam ketuhar, memang menggoda!

Cara membuat kuih ini agak mudah. Bahan yang diperlukan juga tidak terlampau banyak – hanya tepung jagung, esen vanila, susu pekat, mentega dan acuan untuk membentuknya sahaja. Untuk ‘topping’ pula anda perlukan cip coklat atau ceri. Senang sahaja!

#4 Cornflakes Madu

cornflakes madu @ resepimalaysian

Imej via resepimalaysian

Rasa manis dan kerangupannya memang tidak dapat ditandingi. Terkadang, si pemakan sendiri tidak sedar berapa belas (atau puluh?) kuih yang telah mereka jamah dek kerana terleka dengan keenakannya. Inilah keistimewaan utama kuih Cornflakes Madu!

Bahan yang diperlukan untuk menu ini sangat mudah untuk didapati. Anda hanya perlukan cornflakes, madu, mentega dan gula kastor sahaja. Untuk ‘topping’, ada boleh menggunakan ceri atau taburan manik manakala paper cup digunakan untuk membungkusnya.

#5 Biskut Suji

biskut suji @ wanista

Imej via wanista

Kuih yang cukup gebu ini pasti termasuk dalam senarai kuih raya kegemaran anda, bukan? Bukan sahaja lembut dan gebu, rasanya juga manis. Memang boleh membangkitkan ‘mood’ raya seseorang!

Biskut suji ini memerlukan beberapa bahan asas untuk dibuat. Antaranya ialah tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, gula aising dan minyak sapi. Untuk ‘topping’ anda boleh menggunakan hirisan ceri.

Enamsahaja bahan asasnya? Ya, ini bukan temberang! Agak mudah untuk membuatnya, jadi bolehlah anda cuba sendiri menjelang raya ini.

#6 Popia Simpul Kasih

simpul kasih

Imej via suaraperak

Asyik kuih raya yang manis sahaja. Teringin menukar selera? Cubalah tambah Popia Simpul Kasih dalam senarai kuih raya anda. Pasti licin dikebas tetamu!

Selain dibuat kuih raya, kuih ini juga boleh dijadikan snek. Sambil anda menonton drama raya di kaca tv, kudap sahaja Popia Simpul Kasih ini bersama saudara-mara.

Bahan yang diperlukan ialah kulit popia, serunding ikan dan minyak untuk menggoreng. Ringkas dan senang untuk dibuat!

#7 Kuih Kapit

kuih kapit @ resepi memikat suami

Imej via Facebook

Kuih ini asalnya tidak berinti. Namun pada zaman kini, ada yang menambah inti seperti inti coklat dan peanut butter. Cukup kreatif! Namun jika tidak berinti, kuih kapit ini masih enak dimakan.

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat kuih kapit ialah tepung gandum, gula pasir, santan, telur, garam dan minyak. Untuk membentuknya, anda perlu menggunakan acuan khas.

#8 Biskut Kacang

biskut kacang @ dari dapur

Imej via DariDapur

Biskut kacang atau lebih terkenal dengan jolokan biskut mazola ini wajib anda masukkan dalam senarai kuih raya anda. Bukan sahaja digemari kanak-kanak, malah orang dewasa dan warga emas juga sangat menyukainya.

Rasa kacang yang lemak-lemak manis membuatkan ramai ketagih dengannya. Cara penyediannya juga agak mudah. Antara bahan yang diperlukan ialah kacang tanah, tepung gandum, minyak jagung Mazola, gula kastor dan serbuk penaik.

#9 Popia Nestum

popia nestum @ senangnya masak

Imej via Facebook

Kuih ini hasil gabungan yang unik. Popia yang selalunya digunakan untuk menu yang masin atau pedas yang disalut dengan tepung nestum yang cukup manis – jadilah Popia Nestum!

Antara bahan yang digunakan untuk membuat hidangan ini ialah kulit popia, horlicks, nestum dan gula halus. Bahannya ringkas sahaja, namun proses menggulungnya agak susah. Jika anda beli sendiri, lebih mudah dan berbaloi!

#10 Biskut Sarang Semut

biskut sarang semut

Imej via Facebook

Nama kuih raya ini memang unik. Bentuknya yang seakan-akan sarang semut ini menjadi punca ianya dinamakan kuih Sarang Semut. Kuih yang rangup di luar dan lembut di dalam ini manis rasanya.

Bahan yang diperlukan untuk membuatnya ialah mentega, tepung jagung, tegung gandum, gula aising, tepung kastard dan esen vanila. Kuih ini selalunya dihidangkan bersama ‘topping’ taburan manik yang berwarna-warni dan dibungkus bersama ‘paper cup’.

Kesimpulan

Ini baru sahaja sedikit kuih raya yang kami senaraikan. Sebenarnya ada banyak lagi, namun jika kami senaraikan kesemuanya, sampai raya puasa tiba pun tak akan habis!

Kepada yang tiada idea mahu buat atau hidang kuih raya apa sempena Hari Raya Aidilfitri yang semakin dekat ini, cubalah buat kuih yang kami senaraikan ini. Bukan sahaja tetamu, malah ibu mentua anda pasti akan tersenyum hingga ke telinga. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.