Siapa yang menetap di Perlis berdekatan dengan Jalan Utan Aji pasti tahu akan sebuah kafe ala Bali yang bernama Maulana Cafe ini. Ia adalah sebuah restoran atau kafe dalam kampung yang berkonsepkan Bali Style.

kafe ala bali
Imej via [fb]
kafe ala bali
Imej via [toprated]

Terdapat pemandangan suasana hijau daun dan hutan yang boleh anda lihat. Sambil berada di sini, anda boleh menikmati makanan western yang sangat lazat.

kafe ala bali
Imej via [ig]

Maulana Kafe ini juga menyediakan ruang makan di roof top dimana anda boleh melihat pemandangan bawah dari atas. Menarik kan? Ia adalah berbeza dengan restoran-restoran western yang lain.

Uniknya lagi, ia terdiri dari 3 tingkat sebenarnya. Jadi, anda nak pergi ke tingkat berapa? Yang pasti, ia merupakan kafe makan terbuka. Sambil makan boleh menghirup udara segar di sini.

kafe ala bali
Imej via [fb]

Menu Makanan Di Maulana Cafe

Maulana Cafe menyediakan makanan western seperti chicken chop, lamb chop, pizza, burger, spicy udang analog dan banyak lagi jenis makanan. Terdapat juga pelbagai jenis menu spagetti yang boleh anda pilih seperti spagetti garlic pamesan cheese, spaghetti chicken, spaghetti preggo dan macam-macam lagi.

kafe ala bali
Imej via [ig]

Memandangkan ramai juga yang suka makan nasi, Maulana Cafe turut sajikan menu seperti nasi hujan panas, nasi ayam kunyit, nasi ayam rendang, nasi lemak, nasi ayam paprik dan nasi ayam kicap. 

kafe ala bali
Imej via [ig]

Selain itu, anda juga boleh makan mee kari dan mee rebus di sini. Nak ratah kepak ayam berempah sahaja pun boleh, serendah RM 1.90 sahaja. Menu bersup pun ada iaitu mee sup, bihun sup dan kuey teow sup. Memang seronok kalau datang makan tengahari atau makan petang di sini. 

kafe ala bali
Imej via [ig]

Sekiranya anda penggemar makanan western, ini adalah port makan menarik untuk anda datang di Perlis. Rasanya juga sangat lazat, berbaloi dengan harganya. Sangat murah bagi kafe ala Bali seperti ini.

Suasana Maulana Cafe

Memandangkan ia beroperasi pada waktu malam juga, jika suka suasana yang sejuk dan berangin, datang pada waktu malam juga menyeronokkan. Maulana Cafe, kafe ala Bali ini juga sesuai untuk anda bergambar atau ootd kerana akan menampakkan suasana kampung yang indah dan ala Bali.

kafe ala bali
Imej via [ig]

Walaupun pada luarannya adalah kampung, tetapi suasana dalam restoran ini tampak mewah dan eksklusif. Sangat cantik dan membuatkan anda terpegun apabila melangkah masuk ke sini. Nak datang untuk makan malam bersama yang tersayang pun boleh.

Tak perlu risau tentang parking, pasti akan ada tempat letak kereta yang sesuai buat anda kerana kawasan ini tidak sibuk seperti di bandar! 

Jom baca juga tempat menarik di Sampan Steamboat Setapak, BBQ Lamb Kemensah dan Kak Su Laksa Perlis. 

Lokasi: 460, KG. SRI MEDAN, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 4 Petang – 11 MalamNo Telefon: 017-3205874

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.