Tercari-cari steakhouse sekitar Nilai yang bukan sahaja menyediakan hidangan yang sedap, malah turut menawarkan harga yang berpatutan? Singgah sahaja di Maboro Steak House!
Lokasi restoran ini sangat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah Bandar Baru Nilai. Jumlah pelanggannya juga sangat ramai terutamanya pada jam 8 malam ke atas.
Ini menunjukkan yang restoran Maboro Steak House sangat popular di Nilai. Agak-agak apa yang membuatkan restoran ini begitu terkenal? Teruskan membaca ya!
Kebanyakan restoran yang namanya menjadi sebutan ramai pasti menawarkan harga yang agak mahal untuk hidangan mereka. Namun, berbeza pula dengan restoran ini.
Hal ini kerana menu-menu di sini yang berasaskan makanan Barat ditawarkan pada harga yang berpatutan! Bukan harganya sahaja yang murah, ianya juga lazat.
Menunya dibahagikan kepada beberapa jenis – steak, fish, chicken, lamb, burger, sandwiches, rice, pasta dan juga sizzling. Pesan sahaja mana-mana menu yang kena dengan selera anda!
Antara menu yang terlaris ialah Chicken Chop, Lamb Chop dan Chicken Cheezy. Semuanya sedap-sedap belaka, rugi tak cuba!
Sekiranya anda peminat tegar stik, kami yakin anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti stik di Maboro Steak House ini. Rata-rata pelanggannya juga meninggalkan ulasan yang postif tentangnya.
Ada berbagai jenis stik yang boleh dicuba. Antaranya ialah T-Bone Steak, Ribeye Steak, Sirloin Steak, Sizzling Steak dan Black Pepper Steak.
Untuk kepuasan yang lebih berganda, cubalah Mixed Steak dan Steak Combo, hidangan yang menggabungkan beberapa jenis stik kegemaran anda.
Harganya juga sangat berpatutan kerana kebanyakannya bawah RM 20. Sangat berbaloi dengan saiz hidangan yang besar dan kualiti yang terbaik!
Servis dan kebersihan – semestinya dua aspek ini akan dititikberatkan oleh anda sebagai pelanggan sebelum singgah di mana-mana restoran, bukan?
Jangan risau, kebanyakan pelanggan yang pernah ke sini mengakui yang servis di restoran ini memang ‘tip top’! Kebersihannya juga terjaga.
Suasana restoran yang luas dan santai membuatkan ramai pengunjungnya berasa selesa. Memang sesuai jika anda ingin singgah bersama keluarga atau rakan-rakan!
Masih mahukan nasi juga? Tidak mengapa, restoran ini juga turut menyediakan nasi. Ada tiga jenis nasi goreng yang boleh dipesan – biasa, kampung dan cina.
Yee Mee Sizzling juga turut disukai ramai pelanggan di sini. Ada Prawn Sizzling, Chicken Sizzling, Cuttlefish Sizzling dan Seafood Sizzling.
Perut mula berkeroncong kerana membayangkan keenakkan stik di Maboro Steak House ke tu? Jangan lepaskan peluang ini, singgah sahaja jika anda berpeluang ke Nilai!
Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Singgah pada waktu yang bersesuaian ya, takut nanti berebut tempat duduk dan ruang parkir pula.
Alamat: pt 9898, Jalan BBN 1/3h, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi: Setiap hari, 4 petang – 2 pagi
Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Nilai? Klik sahaja di link di bawah. Selamat menjamu selera!