Bagi yang berada berdekatan KLCC, anda boleh menjamu selesa di Little Penang Cafe yang terletak di dalam Menara Petronas Berkembar KLCC. Little Penang Cafe menyajikan makanan yang popular di Pulau Pinang seperti laksa Penang, mee kari Penang, mee hokkien Penang dan banyak lagi.
Jika tiba-tiba tekak teringin sangat nak makan masakan Penang, little Penang Cafe ini sesuai untuk anda kunjungi kerana ia juga mesra family dan halal. Jika ingin makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan, ia juga sesuai buat anda.
Dari nama restoran ini sahaja, kita sudah tahu pastinya ia menyajikan masakan Pulau Pinang. Laksa Penang cukup terkenal di sini, ramai juga peminat laksa Penang terutamanya asam laksa. Laksa Penang ini menggunakan resepi original laksa dari Pulau Pinang, rasanya memang laksa Penang.
Selain dari Laksa Penang, anda juga boleh mencuba kuey teow, Nyonya kari ayam, kerabu pucuk paku, mee jawa penang, set acar ikan, Ju Hur Char, Lorbak dan lain-lain lagi. Ada juga nasi lemak Penang ayam dan ikan sebagai pilihan makanan berat.
Makanan seperti rojak, wantan, pad thai, ngoh hiang dan banyak lagi masakan Penang yang boleh anda cuba. Mungkin ada nama resepi yang anda tak dapat gambaran, kena lihat sendiri menu yang ada di sini. Memang tak bosan kalau datang berkali-kali, macam-macam boleh cuba.
Selain makanan, terdapat pelbagai pilihan dessert dan minuman di Little Penang Cafe ini. Sesuai dengan pilihan makanan yang banyak. Anda boleh pilih apa pencuci mulut menarik untuk makan bersama laksa penang. Menarik bukan?
Contoh pencuci mulut yang disediakan adalah seperti cendol, cendol durian, ais kacang, pulut hitam dan banyak lagi. Minuman pula adalah seperti air kelapa asli, soya cincau, air bandung, sirap limau selasih, Kopi O Penang, Kopi ais, Honey Lemon, Asam Boi dan banyak lagi.
Suasana di Little Penang Cafe ini sangat tenang dan santai. Datang untuk makan, tetapi masih boleh istirehatkan minda anda setelah penat bekerja. Ada ketika restoran ini padat dengan ramai pelanggan, tetapi jangan risau, tempat makan yang selesa tetap ada buat anda.
Harga makanan di sini adalah berpatutan. Namun, hidangan kuantitinya agak banyak. Jadi, kami sarankan anda boleh menempah makanan mengikut keperluan anda supaya tidak membazir dan lebih jimat.
Jom baca juga tempat menarik di HH Kek dan Kopi Ipoh, Satay Station Cyberjaya dan Maulana Cafe.
Alamat: Lot No. 409-11, Level 4, Menara Berkembar Petronas, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 Pagi – 10 MalamNo Telefon:03-21630215