Kuey teow merupakan sejenis mi Cina yang diperbuat daripada beras. Ianya sangat popular di negara kita. Kuey teow ini juga merupakan salah satu kategori makanan berat.
Cara masakannya juga berbagai. Agak-agaknya apakah aneka jenis cara masakannya? Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi kuey teow untuk dicuba.
#1 Kuey Teow Sup Thailand
Ingin menikmati kuey teow yang sedap dan sihat? Cubalah kuey teow sup versi Thailand ini, sihat dan menyelerakan. Resepi ini dikongsikan oleh Lynda Nazri di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Bahan kuah:
1 ekor ayam
Kicap sotong
Kicap cair
Lada hitam (ditumbuk halus)
Lada sulah
1 labu bawang putih (dikisar)
Akar ketumbar
1 ketul kiub ayam
garam
perencah
gula
Bahan hiasan:
Kuey teow
Taugeh (dicelur)
Kangkung/sawi celur
Kacang tumbuk *optional
Lobak masin (dicelur)
Ayam/daging/perut (diracik halus)
Serbuk cili kisar
Cili jeruk
Daun ketumbar
Cara-cara:
Didih kan air dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam,lada sulah dan lada hitam
Sementara menunggu ia untuk mendidih, tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi.
Perasakan bersama garam, gula dan perencah.
Tunggu ayam lembut sedikit.
Kemudian, keluarkan ayam untuk diracik isinua.
Boleh hidangkan bersama bahan hiasan.
#2 Char Kuey Teow
Siapa sahaja yang tidak sukakan char kuey teow? Bukti popularitinya terserlah apabila gerai char kuey teow boleh ditemui di banyak tempat. Anda juga boleh buat sendiri, menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Wan LuQman di laman Facebook.
Bahan-bahan:
bawang putih (dicincang)
bawang merah (dicincang)
halia kisar
isi daging
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
cuka hitam
1 sudu kecil gula
kicap manis
1 bungkus kuey teow halus
2 sudu besar sos tomato
daun kucai
kobis
daun bawang
Cara-cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan halia kisar.
Setelah bawang garing, masukkan isi daging.
Letakkan 1 sudu cili kisar dan tumis.
Setelah bahan tumis garing, masukkan sos tiram dan kicap cair.
Masukkan cuka hitam untuk aroma.
Perasakan dengan 1 sudu kecil gula.
Masukkan kicap manis untuk warna yang pekat.
Masukkan kuey teow halus dan sos tomato untuk aroma.
Tambahkan sebutir telur jika mahu.
Masukkan daun kucai, kobis dan daun bawang.
Goreng hingga layu sedikit.
Apabila warna char kuey teow sudah cantik, sedia untuk dihidangkan.
#3 Kuey Teow Th’ng
Kuey teow Th’ng ini merupakan hidangan kuey teow yang popular di Penang. Tak perlu jauh-jauh ke sana, kerana anda boleh membuatnya sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Adlina Musa di laman Facebook.
Bahan-bahan:
kuey teow
bawang putih
daun bawang (dibasuh dan dipotong)
daun sup (dibasuh dan dipotong)
Bahan sup:
ayam (dipotong empat)
fish cake (dicelur dengan air panas)
fish ball (dicelur dengan air panas)
gula batu
halia
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
kiub pati ayam
garam
Bahan sambal hitam:
cili
bawang putih
belacan
asam jawa
kiub pati ayam
Cara-cara:
Basuh bahan sup dan masukkan ke dalam air yang diisi dalam periuk.
Setelah mendidih, masukkan ayam dan biar ayam masak.
Setelah siap, keluarkan ayam dari sup dan carik-carikkan isinya. Ketepikan isi ayam dan sup.
Untuk bawang putih goreng, cincang bawanag putih yang dibuang kulit.
Menggunakan minyak, goreng menggunakan api perlahan hingga keperangan. Ketepikan.
Untuk sambal hitam, pastikan nisbah bawang putih dan cili adalah sama.
Goreng sekejap bawang putih sebelum dikisar untuk aroma.
Kisar semua bahan sambal. Ketepikan.
Sedia untuk dihidang.
#4 Kuey Teow Hong Kong
Kuey teow Hong Kong ini ala-ala kuey teow Ladna. Ianya selalu dihidangkan bersama makanan laut seperti sotong, sangat lazat! Resepi ini dikongsikan oleh Ifah Mohd Zaki di laman Facebook.
Bahan-bahan:
kuey teow
kicap manis
sedikit minyak
1 biji telur
sotong
bawang putih
sos tiram
air
lobak
jagung
kobis
sawi
air tepung jagung
garam
Cara-cara:
Gaulkan kuey teow dengan kicap manis. Goreng dengan sedikit minyak.
Setelah kelihatan layu, angkat.
Salut kuey teow dengan sebiji telur telur dan gaul.
Goreng kuey teow yang disalut hingga garing. Ketepikan.
Tumiskan bawang putih.
Masukkan sos tiram, kacau dan masukkan air.
Setelah mendidih, masukkan semua sayur dan sotong.
Masukkan telur, jangan kacau lagi.
Mula kacau perlahan-lahan supaya telur tidak hancur.
Setelah sup hampir masak, pekatkan kuah dengan air tepung jagung.
Kacau hingga sedikit pekat.
Perasakan dengan garam.
#5 Kuey Teow Tomyam
Bayangkan keenakan kuey teow tomyam yang kaya dengan rasa dan aroma yang harum. Memang bikin terliur! Anda juga boleh membuatnya sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Amirah Husain di laman Facebook.
Bahan-bahan:
ayam (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (dibelah enam)
3 batang serai (dipotong serong)
2-3 inci lengkuas (dipotong)
akar daun ketumbar (dicuci bersih)
daun ketumbar (untuk hiasan)
daun limau
pes tomyam
jus limau
sos ikan
5-6 sudu susu cair
lobak
bunga kobis
cendawan
tomato
Cara-cara:
Masukkan air ke dalam periuk.
Tambahkan bawang besar, lengkuas, serai dan akar ketumbar. Biar mendidih.
Setelah mendidih, masukkan ayam.
Masukkan pes tomyam.
Setelah mendidih dan ayam separuh empuk, masukkan jus limau.
Perasakan dengan garam dan perencah.
Masukkan sos ikan.
Masukkan sayur yang keras dahulu dan biar separuh empuk.
Kemudian, masukkan susu cair untuk pekatkan kuah.
Setelah sayur dan ayam empuk, masukkan sayur yang lembut.
Akhir sekali, masukkan daun limau. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
#6 Kuey Teow Goreng
Kuey teow goreng – hidangan yang ringkas namun masih lazat untuk dinikmati. Resepinya mudah, rugi jika anda tak cuba sendiri! Resepi ini dikongsikan oleh Hairin Nissa di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Udang segar
2 ulas bawang putih
5-6 tangkai cili padi (mengikut kepedasan)
Taugeh
Kucai
Telur
Kicap manis/masin
Cuka
Minyak masak
Kuey teow
Perencah
Garam
Cara-cara:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan telur.
Masukkan udang dan kuey teow. Gaul sebati.
Masukkan kicap dan sedikit cuka.
Masukkan garam dan perencah.
Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai.
Gaul sebati, tutup api dan sedia untuk dihidang.
#7 Kuey Teow Daging Halia
Kuey teow ini rasanya lebih “kaw” kerana adanya halia. Ianya juga sedikit berkuah, jadi kekenyangan memang berganda. Resepi ini dikongsikan oleh Wan LuQman di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Kuey teow
Lada sulah
3-4 sudu besar bancuhan tepung jagung
Kucai
Daun bawang
1 biji telur besar
Cuka hitam
Daging
Kicap cair
Halia
Bawang putih
2 sudu serbuk pati ayam
Cara-cara:
Goreng daging, boleh digoreng kosong atau bersama kicap. Ketepikan.
Goreng kuey teow sekejap dengan 1 sudu besar kicap cair. Ketepikan.
Tumis halia dan bawang putih cincang.
Masukkan air mengikut jumlah kuey teow anda.
Bila air mula mendidih, masukkan dua sudu serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah. Tunggu hingga mendidih.
Setelah itu, masukkan dalam 3-4 sudu besar bancuhan tepung jagung.
Setelah kuah mula pekat, masukkan daun bawang dan kucai.
Tutup api dan masukkan sebiji telur. Kacau perlahan.
Masukkan daging yang digoreng tadi.
Akhir sekali, renjiskan cuka hitam.
#8 Kuey Teow Ladna
Kuey teow ladna ini mungkin kelihatan sama seperti kuey teow kungfu, namun bezanya ialah ia tidak disalut dengan telur. Resepi ini dikongsikan oleh Slipper’z Echin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
Ayam (dipotong dadu)
Sotong atau udang
2 ulas bawang putih 2 ulas
Sayur (kobis/sawi/carrot/tomato dan lain-lain)
Fishball/fishcake
3 sudu tepung jagung yang telah dicairkan
T2 biji telur
Kuey teow
Kicap manis
Cara-cara:
Untuk kuahnya, masukkkan air (mengikut jumlah makan).
Masukkan bawang putih.
Masukkan ayam/sotong/udang/fishball/fishcake.
Masukkan semua sayur dan renehkan.
Masukkan telur, biar sebati dengan kuah.
Masukkan perencah dan perasakan dengan garam atau gula.
Masukkan cili padi (mengikut kepedasan).
Akhir sekali, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Ketepikan kuah.
Untuk kuey teow, lumur kuey teow dengan kicap manis dan gaulkan.
Goreng sekejap atas kuali yang tidak melekat.
Sedia untuk dihidangkan.
#9 Kuey Teow Bandung
Selalunya kita terdengar tentang mi bandung. Jangan terkejut, kuey teow bandung pun ada. Anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Azahari Abdullah di laman Facebook ini.
Bahan-bahan:
Cili kering atau cili boh 2 sudu besar
1/2 sudu teh udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1/2 sudu teh biji lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato atau 1/2 biji buah tomato
( semua bahan di atas dikiar halus)
makanan laut atau ayam/daging
bunga kobis
1 cawan air
gula dan garam secukup rasa
kiub pati ayam *optional
kuey teow
tauge
1 biji telur
Cara-cara:
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan makanan laut atau ayam/daging.
Masukkan 1 cawan air.
Masukkan sayur.
Boleh juga tambah kiub pati ayam.
Masukkan kuey teow.
Masukkan tauge.
Masukkan telur yang tak perlu dikacau.
Sedia untuk dihidang.
#10 Kuey Teow Homemade
Apa kata kali ini anda cuba buat sendiri kuey teow? Boleh dijadikan stok di kemudian hari. Resepi ini dikongsikan oleh Kak Yong Ima Shida di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 ¾ cawan tepung gandum (340g)
1 cawan tepung pulut (125g)
½ cawan tepung beras (60g)
1 biji putih telur
1 cawan air (250ml) ** +1-2 sudu besar jika perli
1 sudu teh garam
½ cwn tepung ubi (ditabur semasa proses memesin supaya tidak melekat)
Cara-cara:
Satukan ketiga-tiga jenis tepung ke dalam bekas.
Masukan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli.
Tambah sedikit air sehingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.
Setelah menjadi doh, boleh gelek menggunakan mesen mi/pasta. Tambah tepung semasa menggelek bagi elak melekat.
Gelek sehingga nipis sebanyak dua kali.
Setelah itu, boleh digelek menggunakan mata untuk kuey teow.
Setelah siap, rebus di dalam air bersama 1 sudu besar minyak. Jangan terlalu lama.
Setelah mi timbul (sudah masak), angkat dan kiraikan di bawah aliran air untuk buang kanji.
Toskan hingga kering.
Gaul bersama minyak sebelum disimpan/dimasak.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi kuey teow, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!