Jika anda berjalan-jalan sekitar Alor Setar, jangan lupa untuk singgah ke laksa Ikan Sekoq Mergong yang sangat terkenal di Alor Setar.
Selain makanan lauk pauk Melayu ala-ala kampung, laksa juga antara menu yang popular jika jika anda berada di Utara. Laksa boleh dikatakan patut cuba jika anda berada sekitar Pulau Pinang, kedah, ataupun Perlis.
Laksa versi daerah ini sangat berbeza dengan laksam yang terkenal di kawasan Terengganu atau Kelantan. Ianya juga berbeza dengan laksa Johor.Laksa di sini biasanya dibuat daripada sumber ikan.
Antara tempat makan yang popular untuk anda cuba adalah Laksa Ikan Sekoq Alor Setar yang terletak di Jalan Gangsa. Untuk alamat lengkap pula adalah No 66 Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong Jalan Gangsa 05150 05350 Alor Setar.
Kenapa ianya dinamakan dengan Laksa Ikan Sekoq? Hal ini kerana anda dapat lihat seekor ikan akan diletak dalam makanan anda. Ikan yang digunakan pula adalah ikan kembung.
Apa yang menarik di sini, anda boleh tambah makanan anda semula secara percuma. Memang sangat berbaloi dengan harga. Senang cerita, anda boleh makan sampai dengan kenyang dengan harga pada sepinggang laksa. Tetang harga pula, ianya bergantung pada harga pasaran ikan kembung. Berdasarkan maklumat, ianya adalah antara RM 4.50.
Imej via Foursquare
Di sini juga terdaatnya cendol pulut untuk dipesan bersama laksa. Seperti mana dengan laksa, anda boleh tambah cendol anda seberapa kali anda mahu. Anda bolehlah mencuba cendol durian pulut ataupun cendol biasa. Memang extra vaganza jawabnya kalau makan di sini.
Kami pasti setelah melihat gambar di atas, anda pasti tidak sanabr untuk terjah ke kedai makan ini.
Untuk mereka yang ingin datang ke sini, kami kongsikan kordinat GPSnya.Manakala untuk maklumat terkini dan komen tentang tempat makan ini, anda bolehlah melawat Facebook mereka di sini.
6°08’27.1″N 100°21’47.6″E ataupun 6.140876, 100.363210
Waktu urusan pula adalah dariapda 11.30 pagi hinggalah 7.30 malam.
Akhir kata, selamat menjamu selera dan jangan lupa untuk kongsi padangan dan komen anda jika anda pernah makan di sini. Jika anda mempunyai tempat makan cadangan untuk laksa yang berdekatan, jangan lupa untuk cerita tentangnya juga.