Mencari tempat makan Kuala Selangor? Anda berada di halaman yang tepat kerana kami menyediakan 20 tempat makan di sini yang pasti tidak akan menghampakan anda!
Kuala Selangor terkenal dengan kunang-kunangnya. Malah, senarai di sini pun diperolehi kebanyakannya daripada mereka yang dalam perjalanan pergi atau pulang dari melihat serangga bercahaya itu.
Berikut disenaraikan 20 tempat makan di Kuala Selangor dan menarik untuk anda kunjungi jika anda singgah di Kuala Selangor. Teruskan membaca!
Alamat: Jalan Pantai Jeram, 45800 Kuala Selangor
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 3:30 – 10 pm
Imej via Foursquare
Aroma Ikan Bakar bukan nama yang asing. Ada banyak komen mengenainya. Ia lokasi makanan laut yang dikenali ramai. Lebih-lebih lagi kedudukannaya yang berhadapan dengan laut, akan memikat hati pengunjung yang ingin makan sambil melihat matahari terbenam.
Seperti biasa, waktu malam atau waktu makan malam adalah waktu paling sibuk. Kerana itu, layanan kepada pelanggan agak terkesan. Begitu juga dengan mutu makanan. Waktu siang seperti selepas waktu makan tengah hari adalah waktu terbaik kerana anda tidak perlu berebut meja dan menunggu lama.
Alamat: Jalan Tanjong Karang, 45000 Kuala Selangor
Imej via Foursquare
Kalau selalu anda makan sate biasa yang bersaiz kecil, apa kata cuba makan sate di sini yang saiznya jauh lebih besar? Restoran Satay Hut terkenal dengan sate mereka yang mempunyai dua saiz pilihan iaitu biasa dan besar.
Selain sate, mereka juga ada masakan lain seperti mi bandung. Jika anda hendak ke Sekinchan untuk melihat kunang-kunang, anda akan melepasi restoran ini. Biasanya mereka ada ramai pelanggan hampir pada setiap masa terutama jam 3 petang hingga 1 malam.
Oleh itu, mereka ada ramai pelayan. Jangan risau mengenai tempat letak kereta kerana mereka mempunyai tempat letak kereta yang boleh memuatkan kira-kira 27 buah kereta pada satu-satu masa. Ada juga tempat lain di mana anda boleh meletakkan kereta anda. sebelum itu, diingatkan bahawa tiada penghawa dingin di sini.
Alamat: 587, Jalan Bandar Baru Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Khamis – Selasa, 12 pm – 10 pm
Sebut sahaja tempat makan di Kuala Selangor, semestinya nama restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor ini akan tersenarai. Restoran ini menyajikan mi udang yang bukan sahaja diburu orang Selangor, malah seluruh Malaysia.
Udang yang disajikan segar dan bersaiz besar dan kuahnya juga memang secukup rasa. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan tidak mencekik darah. Memang menarik, tidak hairanlah ianya sentiasa dibanjiri dengan pelanggan.
Alamat: MY Selangor Kuala Selangor Pasir Penambang No. T26, Jalan Pasir Penambang, 45000
Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 11 am – 10 pm
Ingin menikmati makanan laut? Bukan mudah nak jumpa kedai makan yang menyajikan makanan laut yang segar dan berbagai. Isu sebegitu tidak akan anda hadapi jika anda singgah di Jetty Seafood Restaurant.
Terletak di Jalan Pasir Penambang, makanan laut yang popular di sini ialah ketam dan kerang. Saiz untuk makanan laut juga berbeza, namun kesegarannya tetap sama. Pilih sahaja jenis masakan yang diinginkan, pasti dapat disediakan.
Alamat: Batu 2 Jalan Tg Karang, Jalan Klang – Teluk Intan, Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis, 10 am – 7 pm
Cuaca panas pasti membuatkan anda teringin untuk menikmati minuman yang menyegarkan tekak. Untuk itu, singgahlah menjamu selera di Cendol Durian Borhan untuk merasai cendol durian yang dijamin sedap.
Durian yang disajikan memang berkualiti tinggi dan manis. Cendolnya juga cukup rasa lemaknya, memang menyegarkan tekak. Harga yang ditawarkan berpatutan dan servis restoran juga dipuji ramai. Rugi jika anda tak singgah!
Alamat: Lot 321, Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 10 am – 6 pm
Soto merupakan sajian yang enak dinikmati semasa sarapan atau minum petang. Jika anda berada di Kuala Selangor, lekaslah terjah Warung Soto Pasir Penambang untuk merasai soto Jawa asli yang digilai ramai.
Kuah yang pekat, isi ayam yang banyak dan bergedil yang sedap merupakan antara tarikan istimewa soto di sini. Selain soto, anda juga boleh menikmati otak-otak sebagai menu sampingan.
Alamat: Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin & Jumaat, 7 am – 12 pm
Nak sarapan dengan unik? Apa kata anda sarapan dengan roti canai pelangi. Kenapa pelangi? Kerana ada 7 jenis roti canai yang berlainan warna. Ada roti canai durian, strawberi, jagung, epal, keladi dan original.
Sarapan dengan RM 2.30 untuk seorang, anda akan dapat roti canai bersama kuah kari atau kuah dal beserta air pilihan. Selain roti canai, ada juga nasi lemak, nasi ambeng, pecal dan bermacam jenis kuih.
Alamat: 46, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm
Satu lagi tempat makan di Kuala Selangor yang wajib anda kunjungi ialah Mustawa Family Cafe. Kafe ini menyediakan sajian tempatan dan sajian Barat yang cukup berbagai dan semestinya menggamit selera.
Anda boleh mencuba hidangan seperti Grilled Chicken Chop, Nasi Kambing Mustawa, Grilled Lamb dan Aglio Olio. Saiz hidangan di kafe ini memang besar, jadi semestinya kekenyangan terjamin.
Alamat: Jalan Klang – Teluk Intan, Taman Merpati, 45800 Jeram, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 7 pm
Satu lagi tempat makan cendol di Kuala Selangor ialah restoran Cendol Bakar Kuala Selangor yang terletak di Jalan Klang – Teluk Intan. Ada pelbagai jenis cendol dan sajian tempatan yang boleh dicuba di sini.
Untuk cendol, anda boleh pesan cendol Biasa, VIP, Tapai, Pulut Tapai, Durian dan Pulut Durian. Rasa lemak manis dan kualiti durian yang cemerlang merupakan antara tarikan utama cendol di sini. Selain itu, keropok lekor mereka juga turut mendapat sambutan hangat.
Alamat: 66, Jln Peninsular Utama 1, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 10 am – 11 pm
Terletak berdekatan dengan Jeti Baru Kuala Selangor, warung ini boleh dikatakan sebuah hidden gem di Kuala Selangor. Walaupun sedikit tersorok, jumlah pelanggan yang singgah menjamu selera di sini sentiasa ramai.
Antara menu istimewa yang mencuri hati pelanggan disini ialah Nasi Goreng Udang Galah dan Mi Udang Galah. Udang galah yang disajikan bersaiz besar dan cukup segar, tidak hairanlah warung ini cukup tersohor.
Alamat: Jalan Sultan Ibrahim, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 8 am – 5 pm
Mencari lokasi sarapan dan makanan tengah hari yang kena dengan citarasa ramai? Restoran Pantimor yang terletak di Jalan Sultan Ibrahim ini merupakan salah satu tempat makan yang sesuai untuk tujuan tersebut.
Restoran ini menyediakan masakan kampung yang berbagai. Nasi campur yang disajikan dengan beraneka jenis lauk tempatan seperti asam pedas dan masak lemak memang cukup menyelerakan. Harga juga dikatakan murah!
Alamat: 12, Jalan Parit 2 Sungai Burung, Kampung Sungai Burung, 45400 Tanjong Karang, Selangor
Waktu operasi: Selasa – Jumaat, 3 pm – 10 pm | Sabtu & Ahad, 12 pm – 10 pm
Rasai keunikan makan di Kuala Selangor di Ketam Merah Cabin yang menyediakan makanan tempatan, makanan laut dan makanan barat. Jika anda mempunyai ahli keluarga atau sahabat yang mempunyai citarasa berbeza, anda memang perlu datang ke sini kerana hampir kesemua menu ada.
Setiap restoran mempunyai signature dish termasuklah di Ketam Merah Kabin. Menu yang perlu anda cuba adalah Chili Crab. Makanan laut yang disediakan di sini semua segar-segar.
Lobster Butter, Lala Kam Heong, Udang Goreng Tepung dan Ikan Bakar pasti dapat menambah selera anda. Patutlah banyak komen positif dari pengunjung.
Alamat: Bandar Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7.00 am – 5:15 pm,
Untuk sarapan, pasti antara menu sarapan yang wajib ada dalam senarai ialah roti canai dan nasi lemak. Warung Pak Abu yang terletak di Bandar Melawati ini ada menyediakan menu-menu tersebut yang cukup istimewa.
Sambal nasi lemak yang pedas dan secukup rasa merupakan antara punca nasi lemak di sini laku keras. Roti canainya yang lembut dan rangup juga cukup lazat dinikmati bersama kuah kari. Jangan lupa untuk minta kuah lebih, lebih sedap!
Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 12 pm – 8 pm
‘Saiz hidangan yang cukup besar, 2 kali ganda besar daripada restoran biasa’ – ini merupakan antara ulasan positif yang diterima oleh Warung Mee Kari Pak Man Koboi. Jelas menunjukkan yang warung ini bukan biasa-biasa.
Mi kari di sini bukan sahaja bersaiz besar, malah kuahnya pekat dan aromanya juga boleh bikin sesiapa sahaja terliur. Hidangan lain seperti asam pedas, sate, laksa dan nasi ayam juga tidak kurang hebatnya. Pesan sahaja semuanya, pasti lebih meriah.
Alamat: C-3, Jalan Sultan Ibrahim, 45000 Kuala Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 8 am – 4 pm
Imej via Foursquare
Apa yang menarik di kopitiam ialah suasananya yang ringkas, bersih dan selesa. Sebagaimana kopitiam yang lain, di sini anda boleh temui makanan Malaysia dengan kombinasi pelbagai kaum. Jadi, anda akan temui nasi lemak, mi kari, sandwich, kuih-muih dan pelbagai lagi menu masakan tempatan.
Nasi lemaknya adalah antara yang paling diminati pengunjung. Namun, kuantiti makanan dalam pinggan adalah tidak begitu banyak. Oleh itu, bagi sesetengah orang, ia agak mahal.
Anda boleh singgah bersarapan di sini sebelum memulakan aktiviti anda bersama alam di Kuala Selangor. Bagi yang memerlukan internet, wifi ada disediakan di sini.
Alamat: Lot 216 , Jalan Bernam , Batu 6 , Sungai Gulang-Gulang, Kuala Selangor
Waktu operasi: 10 am – 3 pm (sehingga habis)
Pasti ada yang suka akan makanan Jawa. Jika anda tergolong darinya, dapatkan di Warung Ibu di Kuala Selangor, pasti tidak akan mengecewakan.
Nasi ambeng dan soto merupakan menu utama yang anda perlu cuba. Untuk nasi ambeng, anda boleh memilih pelbagai jenis lauk sama ada ayam, ikan dan lain-lain.
Warung Ibu menyediakan sarapan dan makan tengahhari. Selain nasi ambeng dan soto, pelbagai lauk-pauk dan aneka gulai disediakan dengan enak. Pasti anda rambang mata untuk memilihnya.
Alamat: No 5 Peninsular Park, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 5 – 10 pm
Bagi penggemar masakan Barat, anda boleh kunjungi Thyme Taste & Grill Restaurant yang terletak di Pasir Penambang. Di sini, ada pelbagai jenis menu bersaiz besar yang pasti kena dengan citarasa anda.
Nama ‘Thyme’ untuk restoran ini sebenarnya ada maksud yang tersendiri. Hal ini kerana restoran ini menggunakan daun herba tersebut untuk kebanyakan sajiannya. Tidak hairanlah menu-menu di sini dikatakan secukup rasa dan harum aromanya.
Grilled Chicken, Grilled Lamb, Spaghetti Carbonara dan Lamb Stew merupakan antara menu terlaris di sini. Lamb Stew yang disajikan juga lembut dan kuahnya boleh buat sesiapa sahaja ketagih.
Alamat: Jeram, Kuala Selangor
Waktu operasi: Jumaat, 7 pm – 11 pm | Sabtu & Ahad, 5.30 pm – 11.00 pm
Ahmad’s Char Kuey Teow antara char kuey teaw tersedap yang terdapat di Kuala Selangor. Gerai ini dibuka hanya 3 hari iaitu pada hujung minggu.
Menu popular dan terlaris di sini adalah char kuey teow ayam grill. Memang sedap di makan sewaktu panas. Makan bersama cili jeruk yang rangup pasti menyelerakan anda.
Menu lain yang ada seperti char kuey teow kongfu dan char kuey teow kambing perap. Memang anda tak dapat jumpa di tempat lain.
Alamat: Jalan Permatang, Kampung Permatang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 pm
Tak perlu tunggu sambutan Hari Raya untuk menikmati ketupat. Bagi yang mengunjungi Kuala Selangor, anda boleh menikmati ketupat di Warong Ketupat yang bertempat di Kampung Permatang.
Ketupat di sini disajikan dengan pelbagai jenis kuah. Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah kuah kacang dan rendang ayam yang secukup rasa. Sajian lain seperti sate, lodeh dan serunding juga turut disediakan di sini.
Alamat: Kampung Sungai Yu, 45500 Tanjung Karang, Selangor
Waktu operasi: 8 am – 6 pm
Minuman yang disediakan dalam gelas besar merupakan idea yang diperoleh untuk restoran ini. Nak tau besar mana? Anda perlulah ke sini dan mencubanya.
Selain menu untuk makanan tengahhari, anda juga boleh mencuba pelbagai masakan panas yang lain.
Sudah jumpa tempat makan di Kuala Selangor yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu jika berpeluang.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!